BAB 6

Romance Completed 2287

Aku mencuba untuk terus kuat. Aku yakin, aku pasti boleh! Tapi entah mengapa aku merasakan kepalaku semakin berat. Kesan demam barangkali!

“Aira, darah!” Aqasha Uzair bersuara cemas dan serentak itu dia bangun mendapatkanku. Aku merasakan ada cecair pekat yang mengalir dari hidungku. Kebetulan, aku lupa untuk membawa tisu hari ni.

Aqasha Uzair berada di sebelahku. “Biar, Kimi tengokkan,” dia mengambil sapu tangannya dan mengelap darah yang ,mengalir. Aku cuba mengelak, lantas dia memegang kuat lenganku. Kudrat perempuanku tidak mampu lagi melawan, aku biarkan sahaja.

“Kimi dah cakap tadi, kita balik. Tapi Nuha degil.” Dia mula memberi syarahan kepadaku. Aku memekakkan telinga, malas aku mendengar bebelannya.

“Siap.” Dia berkata sepatah. Aku bangun dari kerusi untuk ke tandas. Tetapi kepalaku terasa semakin berat dan aku pantas memegang pintu kelas. Aqasha Uzair terus memegang lenganku dan dia memapahku untuk ke kerusi.

“Aira! Hakimi! Apa awak berdua buat ni? ” Suara Cikgu Marzuki, guru disiplin sekolah memetir. Aku terkejut dan seraya itu aku cuba melepaskan tangan Aqasha Uzair dari terus memapahku. Hilang segala sakitku apabila melihat wajah bengis Cikgu Marzuki.

“Kami.. errrr..taa..taaakkkk” tergagap aku menjawab. Memandang muka bengis Cikgu Marzuki pun aku tidak mampu, inikan pula untuk menjawab, aku seperti sudah kehilangan suara. Hilang sakit kepalaku mengenangkan perkara yang telah terjadi ini.

“Kami belajar cikgu, tadi saya cuma nak tolong Aira, dia demam.” Aqasha Hakimi bersuara, begitu berani lagaknya. Aku tahu prinsipnya, berani kerana benar, takut kerana salah dan aku tahu dia mencuba untuk membuktikan kebanaran.

‘Sudah, jangan banyak alasan.’ Cikgu Mazurki menengking. Air mataku sudah bergenang, aku takut menghadapi situasi sebegini dan akhirnya air mataku mengalir jua. Mengalir laju sama hebat seperti hatiku yang berombak kencang.

“Cikgu, tadi saya cuma nak tolong Aira, dia demam jadi saya hanya papah dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience