BAB 2

Romance Completed 2287

‘Aqasha Hakimi! Kenapa nama itu sering sahaja bermain di fikiranku?’ Aku menggengam jari-jemariku seeratnya, cuba mengumpulkan kembali kekuatan yang terbang melayang seraya selepas membaca sebaris nama itu. Aku menjadi selemas-lemas wanita apabila kenangan itu menghantui diri. Sedangkan, akulah juara di tempat kerjaku, namun aku kalah kepada sebuah memori yang sudah sebati denganku sehinggakan terlalu sukar untuk aku mengusirnya.

Aku menghelakan nafas. Terlalu susah untuk aku melupakan sebaris nama itu walaupun sudah sepuluh tahun aku mencuba. Malah, ketika melihat atau mendengar deruman kapal terbang sahaja berjaya menarik fikirkanku untuk kembali mengingatinya. Manakan tidak, dia sering bercerita kepadaku tentang cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang..Aqasha Hakimi rakan karibku atau rakan-rakanku sering mengatakan dia ialah … ‘Ah! Susah untuk menyebutnya.’

Aqasha Hakimi! Terlalu banyak kenanganku bersamanya. Pernah aku cuba melupakannya, tapi.. Ah! Sia-sia sahaja, semakin aku cuba melupakannya, semakin hebat kenangan kami bersama belari-lari mindaku. Aku meraup muka dengan kedua belah tanganku, mencuba mengumpul kembali kekuatan yang masih bersisa. ‘Aqasha Hakimi,’ hatiku merintih dan kenangan bersamanya kembali menerjah mindaku.

“Assalamualaikum,” dia menyapaku mesra ketika kami bertembung di kaki lima kelas.

“Waalaikumsalam. Tak nak turun makan ke?” aku ramah bertanya.

“Tak, malas nak turun. Waktu balik nanti baru nak ke kantin. Jadikan petang ni?”

“Insya-Allah, jadi. Jumpa di perpustakaan tau.”

Aqasha Uzair hanya mengangguk, dan rakan karibku, Farah pantas menarik tanganku agar mengikut langkahnya. Aku hampir terjerit akibat tindakan spontannya itu.

“Asyik nak bercinta je!” Farah bersuara dan sepantas kilat lengannya sudah menjadi mangsa cubitanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience