BAB 8

Romance Completed 2287

“Tiap kali jam ini berdetik, tiap kali itu juga cinta Kimi untuk Aira berdetik mekar. Ingat jam ini, Kimi akan tunggu Aira. I hope you will do so. I really love you. I know neither this not the time for us to get in love. But, I can’t stop my mind to think about you. My love for you is much better then I love myself. Pleas wait for me, sayang.” Mungkin kerana pujuk rayunya itulah membuatkan aku terus kuat untk menunggunya sedangkan aku tidak pasti sama ada dia masih setia mengunggu aku atau kini dia sedang enak berpacaran bersama isterinya. Semangatku mati, benar-benar mati. Semangatku juga elah mematikan perasaan cintaku untuk lelaki lain walaupun sudah banyak pinangan yang aku tolak. Selama ini aku sabar menadah telinga menahan leteran ibu kerana aku sudah banyak kali menolak pinangan termasuklah dari seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang juru audit di syarikat terkemuka Mercu Holding dan memegang gaji lima angka.

Tidak ku pandang semua itu. Padaku, kekayaan belum tentu menjaminkan kebahagiaan. Setakat ini, aku mampu untuk menanggung diri dan aku mampu memiliki Honda Accord diusia muda. Aku lebih memerlukan seorang lelaki untuk aku merasai kasih sayang bukannya hanya mampu melimpahi aku dengan kekayaan. Walaupun Aqasha Uzair hanyalah cinta remajaku, aku tidak mampu melupakannya apatah lagi mengkhianati janjinya. Biarlah aku dikatakan membuang masa mudaku untuk terus setia. Biarlah aku dikatakan seperti menunggu buah yang tidak gugur. Tidak ku peduli lagi semua kata-kata itu, perkara yang lebih penting ialah percaya pada kata hati kerana kata hati tidak pernah berdusta. Tapi, benarkah kata hatiku ini? Adakah aku menunggunya hanya sekadar janji atau sayang? Aku buntu, benar-benar buntu.

Sejujurnya aku tidak mahu memungkiri janjiku yang telah ku semi dalam diriku sekian lama. Meski janjiku dimungkiri, tapi aku bukanlah orang yang sewenang-wenangnya culas pada janji Tapi, aku juga sayangkannya. Kalau tak sayang, takkanlah aku sanggup menunggu dan terus menunggu selama satu dekad bukan?

‘Ah, malas untuk aku memikirkannya!’ Hati kecilku meronta. Aku memaksa mataku untuk pejam, kerana itu merupakan fitrah manusia untuk tidur diwaktu malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience