BAB 4

Romance Completed 2287

Aku tergamam dan terasa seperti darah menyerbu naik ke muka. Keadaan sejuk sebentar tadi sudah bertukar menjadi panas seolah-olah aku sedang berada di Gurun!

“Terima kasih,” hanya itu yang terkeluar dari mulutku, mulut becokku terkelu dengan tindakan spontannya.

“Sejuk lagi?” Dia bertanya sambil tersenyum kecil. Aku hanya menggeleng menjawab pertanyaannya.

“Orang cakap pelukan memberikan kehangatan. Kalau sejuk lagi…” Dia tidak menghabiskan kata-katanya tetapi dia mendepangkan tangannya seolah-olah sedang meraih seseorang ke dakapannya. Dia tergelak kecil dan masih belum puas mengusikku. Entah mengapa, jariku pantas mencubit lengan sasanya. Aqasha Uzair ketawa lagi.

“Kalau tangan comel Nuha tu cubit, seribu kali pun belum tentu sakit.” Aku termalu dengan ketelanjuranku tadi, namun dia masih tertawa.

“Malu? You are blushing!” Dia menempelakku. “Tak adalah,” aku pantas menafikan kata-katanya. Lantas aku mengambil buku dan kembali menyambung latihan sebentar tadi seraya member isyarat supaya dia juga menyambung kembali latihannya.

“Miss, would you prefer to have fish or chicken?” Pertanyaan pramugari mengembalikanku ke alam nyata.

“No, thanks.” Aku mencuba untuk menghadiahkan senyuman kepadanya tapi aku dapat merasakan senyumanku tadi palsu!

“Betul tak mahu makan?” Ibu memandangku. Aku menggeleng memberi jawapan tidak kepada ibu.

“Makan sikit, sedap kek ni.” Ibu menghulurkan kek kepadaku. Ya, benar! Aku gemarkan kek dan ketika kali pertama menaiki pesawat Saudi Arabia, aku telah menghabiskan ketiga-tiga kek iaitu kek ibu, abah dan juga kek aku. Tapi sekarang..Ah! Pasti madu pun akan menjadi pahit andai singgah di tekakku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience