BAB 3

Romance Completed 2287

“Ke situ pula dia, you know me better Farah.” Tempelakku untuk menutup mulutnya. Sengaja aku menegaskan suaraku sebagai tanda aku tidak bersetuju dengannya. Ketawa Farah membuatku semakin geram dan sekali lagi dia menerima ‘hadiah cubitan’ dariku.

“Cik Nuha Medina , sudahlah jom jalan cepat sikit.” Aku memandang Farah dan dia mengeyitkan mata bundarnya padaku. Aku faham benar akan telatahnya, apabila dia mengeyitkan mata, itu bererti dia sudah penat mengusikku dan itu secara automatik memberikan kemenangan kepadaku.

Dari jauh aku melihat Aqasha Uzair melangkah ke arahku. “Dah lama tunggu? Mana Farah?” Dia menanyaku.

“Farah dah balik, perut dia meragam tadi.” Dia sekadar mengangguk mendengar jawapanku.

“Jom mula sekarang. Kita belajar Matematik Tambahan hari ni ya? ” Aqasha Uzair meminta persetujuanku.

“Ikut la. Kalau Kimi nak belajar Matematik Tambahan, Nuha boleh ja.”

Keadaan di dalam perpustakaan yang sejuk membuatkanku berasa kurang selesa. Untuk menghilangkan rasa sejuk, aku menggosokkan kedua telapak tanganku dengan harapan haba dari telapak tanganku mampu memanaskan sedikit badanku. Serentak itu, aku terdengar ketawa kecil yang keluar dari bibir Aqasha Hakimi. Aku menjelingnya dan dia menekup mulut dengan tangannya seolah-olah dia tidak sengaja ketawa kepadaku.

“Itu pun nak belajar di luar Negara. Sejuk air-cond pun dah pucat bibir,” dan dia ketawa lagi kepadaku. Setelah memberitahuku bahawa dia ingin mengambil barang, Aqasha Uzair bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari perpustakaan.

Dia kemudiannya masuk ke dalam perpustakaan bersama jaket panas berwarna hitam di tangannya. Aku pantas ketawa. “Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.” Ketawaku masih bersisa.

“Cik Nuha sayang, jaket ni bukan untuk Kimi, tapi…” Pantas tangannya menyarungkan jaket hitam ke badanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience