BAB 7

Romance Completed 2287

“Sudah! Kamu berdua ikut saya ke bilik pengetua sekarang.” Cikgu Marzuki bersuara tegas. Tiada kompromi lagi dalam soal ini. Aku kehilangan kata, lidahku kelu, aku seperti kanak-kanak yang baru belajar mengenal perkataan, tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Aku takut, benar-benar takut. Tidak dapat ku bayangkan wajah ibu dan abah apabila mendapat tahu hal ini.

Seperti yang aku jangka, aku dipindahkan sekolah selepas daripada peristiwa itu. Biarpun hatiku meronta, namun akalku masih waras agar tidak menderhaka. Hatiku perit, terlalu perit. Luka fizikal masih mampu diubat, bisa sembuh lukanya. Tapi luka di dalam, tiada ubatnya, bahkan lukanya akan terpahat selagi diri ini masih bernafas. Aku tahu itu hanya cinta remaja, cinta yang tidak pasti menjaminkan kebahagiaan, namun hatiku kuat meronta agar kami tidak pisahkan. Mana mungkin dapat ku harung hati yang lara ini tanpa dia. Namun, aku pasrah, aku redha. Ibu dan abah tahu yang terbaik untukku. Andai aku dan Hakimi akan dipertemukan semula nanti, aku amat bersyukur. Andai sebaliknya, pasti ada hikmah disebalik tiap yang terjadi.

“Miss, please tight on your seat belt.” Pramugari bertugas mematikan lamunanku. Serentak dengan itu aku dapat rasakan gegaran kecil. Pesawat ini berlanggar dengan kepulan awan barangkali. Aku memegang tangan ibu apabila aku merasakan gegaran yang berlaku semakin kuat.

“Ya Allah, selamatkanlah kami.” Aku memejamkan mata mencuba untuk bertenang. Lama-kelamaan aku rasakan pergerakan pesawat semakin lancar dan akhirnya lampu memasang tali pinggang dipadamkan.

“Alhamdulillah.” Aku mengucapkan syukur.

Mataku memandang jam di tangan, lagi 2 jam kami akan mendarat. Jam itu… ‘Ya, jam itu!’ Hatiku meronta, meronta agar tidak dibebani untuk terus mengingati Hakimi lagi. Jam itu pemberiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience