BAB 10

Romance Completed 2287

“Memang sesuai, herlok teruk dengan abang Mimie . Sampai sekarang membujang lagi anak dara ni.” Ibu sudah memulakan ceramah percumanya. Mimie ketawa melihat aku terkena.

“Best ke kerja di awan biru Mimie ?” Aku cuba mengubah topik dan Mimie begitu leka bercerita mengenai kerjanya. Mudah saja nak cucuk dia ni, aku tersenyum.

“Eh, abang!” Mimie melambaikan tangannya. Aku duduk bertetangan dengan Mimie dan pastinya aku tidak dapat melihat abangnya yang dia begitu beria mahu jodohkan denganku.

“Mimie , pagi esok kita turun awal sikit ye.” Abang Mimie bersuara dan serentak itu aku tergamam. Suara itu! Aku kenal akan suara itu.

“Tak mungkin, itu …” adakah dia?

‘Ah, bukan!’ Akalku pantas menafikan. Aku tidak berani untuk berpaling ke belakang. Keberanianku seolah-olah telah dicuri. Tapi, hatiku memberontak ingin tahu.

Aku dapat merasakan lelaki tadi sedang mengatur langkah ke arah kami. Aku mendongakkan kepala dan…

“Aira!”

“Hakimi!”

Jadi inilah abang kesayangan dan kebanggan Mimie itu? Sungguh aku terpempan keluh lidah untuk berbicara.

Sekiranya pertemuan ini memberi sinar baru dalam kehidupan kami, janganlah pisahkan kami lagi. Aku sudah tidak betah untuk menghadapinya lagi. Aku lemah untuk berhadapan erti kehilangan . Jadikanlah pertemuan ini merupakan perpisahan yang terakhir buat kami. Aku terlalu merinduinya. Pertemuan ini memberikan kebahagian baru dalam hidupku dan ku rasa bagai menemui diriku yang hilang semula. Air mata yang dari tadi hanya bergenang di kelopak mata, kini merembes keluar tatkala mata kami saling tertancap. Dapatku lihat sinar dari anak matanya itu. Semoga pertemuan ini menjaminkan perpisahan yang terakhir buat kami, biarlah kami hidup dengan tenang dan damai bersama rahmat kasih illahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience