BAB 1

Romance Completed 2287

Aku membetulkan posisi tubuhku yang sudah mengebas selepas hampir dua jam duduk di dalam pesawat ini. Ya, sejuk! Adalah istilah yang tepat menggambarkan keadaan tubuhku kini yang menggeletar. Badanku tidak betah apabila berada di tempat yang sejuk. Aku masih ingat ketika aku bercuti di Genting Highlands, tatkala orang lain cuma berbaju lengan panjang nipis, aku pula lengkap memakai jaket panas.

Aku menoleh pada ibu dan abah yang kini sedang terlena diulit mimpi, pasti segala keletihan yang dicurahkan semalam melayan tetamu yang berkunjung ke rumah sebelum kami berangkat kini diganti dengan lena yang nyaman.

Dalam kedamaian melihat wajah dua syurga ku ini, terbit perasaan bangga apabila impian ku untuk membawa ibu dan abah ke rumah Allah untuk menunaikan umrah dengan menggunakan duit hasil titit peluhku menjadi kenyataan.

‘Ah, bosan!’ hatiku meronta. Masihku ingat ketika pertama kali aku menaiki pesawat, ketika itu usiaku 18 tahun dan aku menaiki pesawat yang sama, Emirates. Tika itu, aku asyik bermain permainan ‘game’ yang disediakan iaitu di skrin setiap tempat duduk. Aku ketawa sendirian mengenangkan saat itu, aku terlalu leka bermain sehinggakan aku tidak menyedari kehadiran pramugari yang datang untuk menghidangkan makanan. Akhirnya ibu menepuk perlahan pahaku memberi isyarat bahawa pramugari memberikan makanan untuku.

Aku teringatkan novel yang sempatku beli di KLIA sebentar tadi. Tanganku pantas mencari novel tulisah Sophie Kinsella di dalam beg bimbitku. Aku membaca untuk membunuh kebosanan yang menghujam jiwa ini.

“Miss, tea or coffee?” ramah seorang pramugari menanyaku.

“Yes, sure. I would like to have fresh juice please, any juice will do.” Jawabku.

Mataku terpana seketika. Sebaris nama Aqasha Uzair ku pandang. Kosong! ‘Ah! Mengapa aku harus memilih novel yang tertulis namanya?’ gumamku sendirian. Aku menutup novel tersebut lantas memejamkan mata, cuba mengusir setiap kenangan yang bertamu di minda. Semuanya sia-sia. Tidak mungkin dapat kulupakan sebaris nama itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience