BAB 9

Spiritual Completed 1048

“Ibu asyik cari kesalahan Haseena aje. Kenapa ibu tak ambil peduli apa yang anak ibu buat selama ini? Bila dah jadi macam nie baru ibu datang jumpa Haseena. Berterus terang sajalah ibu, Haseena nie bukan anak ibu kan.” Ibu Haseena terdiam.

“Kenapa ibu diam, cakaplah ibu. Sekurang-kurangnya Haseena puas bila dapat tahu kedudukan sebenar.” Air mata Haseena berguguran jua akhirnya. Ibunya tersentak dan untuk ke sekian kalinya terpaksalah dia membuka cerita lama yang hampir dilupakannya.

“Memang betul kau bukan anak ibu. Ibu bela kau masa kau baru lahir lagi. Ibu sebenarnya kasihankan ibu kandung kau yang hidup dalam kedaifan masa melahirkan kau.” Haseena sedikit pun tidak terkejut mendengar luahan hati ibunya.

“Memang betullah telahan Haseena selama ini. Ibu tak sepatutnya merahsiakan dari Haseena. Sekarang Haseena nak tahu siapa ibu kandung Haseena !” Haseena mendesak.

“Maafkan ibu Haseena. Ibu tak berniat nak menyinggung perasaanmu, nak. Tapi ayah kau mendesak ibu. Kalau ibu lebihkan kau, ibu akan kehilangan dia,” secara tak semena-mena, ibunya menangis sambil mengeluarkan gambar ibu kandung Haseena yang sebenar.

“Haseena nak tahu di mana tempat tinggal ibu Haseena. Haseena nak tengok dia.” Haseena memegang kedua-dua tangan ibu angkatnya.

“Maafkan ibu sekali lagi, Haseena. Ibu kau sebenarnya dah tak ada lagi.” Mereka dua beranak bertentangan mata.

“Maksud ibu.”

“Dia dah meninggal dunia setahun sudah selepas disahkan mengidap kanser payudara.”

“Sampai hati ibu merahsiakan semuanya ini dari Haseena. Tidakkah ibu dan ayah sedar ibu dan ayah dah mengabaikan Haseena selama ini. Biarpun Haseena anak angkat. Haseena sedih bu. Patutlah apa yang Haseena buat semua tak kena di mata ayah.” Sebak menguasai suasana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience