BAB 8

Spiritual Completed 1048

“Kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Haseena memeluk erat Hamizah. Tangisannya mengiringi irama pop dance yang dimainkan ketika itu. Lama mereka berpelukan. Buat seketika mereka jadi hairan, beberapa anak muda bertempiaran lari.

“Lari, lari! Lariiii……… Haseena aa, Rosss, polis kat luar sana. Lari cepat lari semua…..” Abang Bob yang sangat mereka kenali bertempik menyuruh mereka lari.

“Haseena, polis Haseena. Aku takut.” Hamizah menarik tangan Haseena. “Cepat Haseena, lutut aku dah menggeletar nie.” Keadaan menjadi bertambah kecoh, sekelip mata sahaja beberapa orang anak muda sempat ditangkap pihak berkuasa. Termasuklah juga Haseena dan teman baiknya Hamizah. Mereka membuntuti polis. Diam.

Esoknya ibu Haseena datang hendak menjamin. Bukan sekadar datang hendak menjamin, Haseena dimarahinya. Malangnya, ibunya diberitahu polis, ujian air kencingnya positif, dia bakal di tempatkan di pusat pemulihan.

Ibu diberitahu polis lagi, pusat hiburan tersebut telah disahkan menjadi pusat pengedaran dadah dan juga sarang pelacuran. Sudah lama pusat hiburan itu diintip pihak berkuasa. Setelah bukti mencukupi barulah polis bertindak menangkap pihak yang terlibat.

Haseena sendiri kehairanan bagaimana dia boleh terlibat dengan dadah. Sedangkan dia ke pusat hiburan itu untuk melepaskan tension di dada. Dia juga dituduh sebagai GRO kelab malam tersebut. Dia mengiakan tuduhan polis tersebut. Itulah saja jalan yang ada untuknya melepaskan diri dari cengkaman Haikal.

“Kau saja cari nahas, pergi berhibur di pusat hiburan tu. Ibu bukan ada duit nak jamin kau.” Marah ibunya lagi.

“Ibu, tak ada gunanya ibu marah Haseena sekarang. Haseena tidak kisah sama ada ibu nak jamin Haseena atau tidak.” Haseena bertekak dengan ibunya.

“Kau nie Haseena, memang anak yang degil. Sejak dari dulu lagi perangai kau tak pernah berubah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience