BAB 10

Spiritual Completed 1048

“Maafkan ibu, sayang. Berilah peluang untuk ibu tebus segala kegagalan ibu mendidik kau selama ini. Ibu akan melantik peguam untuk bebaskan kau.” Ibu angkatnya menangis kekesalan.

“Sudah terlambat ibu. Haseena tak menyesal masuk ke sini. Haseena tak minta ibu jamin Haseena, “ ujar Haseena seakan berputus asa.

“Umurmu masih muda. Banyak lagi masa untuk kau perbetulkan kesilapan lampau.”

“Biarlah Haseena menghabiskan masa di pusat pemulihan saja. Lagipun Haseena tak yakin boleh berubah menjadi baik bila berada di luar sana sekarang nie. Haseena dah muak tengok muka Haikal. Lelaki yang tak bertanggungjawab tu.” Haseena berterus terang.

“Haseena ….” Haseena tidak menghiraukan panggilan ibunya. Sudah kering air matanya untuk menangisi apa yang telah dilalui.

Barulah Haseena percaya kepada ketentuan hidup. Sampai masanya dia bertemu apa yang dicari-cari selama ini. Dia yakin di pusat pemulihan nanti dia menemui sinar kebahagiaan yang dicari-cari selama ini. Memandangkan saban hari penghuninya mendalami pengajian agama dan melakukan ibadat.

Ketika pihak penjara sedang sibuk hendak memindahkan yang berkenaan ke pusat-pusat pemulihan di negara ini, Haseena dikejutkan oleh polis wanita yang menjaganya, ada orang hendak berjumpa dengannya.

Sekali lagi Haseena terkejut dengan kehadiran orang tersebut yang sudi datang menjenguk. Namun dia sendiri yang tidak sudi untuk berbual dengan orang tersebut. Malah dia percaya lelaki itu sedang mentertawakannya. Dia menarik nafas panjang dan tanpa menoleh ke arah Haikal, dia beredar menuju ke penjara di mana dia ditempatkan.

“Ya Allah, jika sudah tertulis bahawa di pusat inilah berakhirnya kekecewaanku, kehidupan silamku dan mengembalikan kegembiraan dalam hidupku, maka aku pasrah dan akur dengan ketentuanmu. Jika benar, maka tiupkan kekuatan untukku untuk menjalani liku-liku kehidupan yang mencabar dengan penuh sabar dan redha dan jauhilah aku dari perkara yang bisa memesongkan aku dari landasan Mu Ya Allah.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience