BAB 7

Spiritual Completed 1048

“Haseena jangan ingat senang-senang kau nak putuskan hubungan kita. Awak tu perempuan murahan. Kalau bukan aku yang berani ambil siapa lagi nakkan awak.” Haikal mengejek lagi.

Ada kebenaran disebalik kata-kata Haikal. Haseena sedar siapa dirinya. Dia juga sedar bukan senang nak merubah segalanya. Namun dia masih punya hati dan perasaan untuk kembali ke jalan yang benar cuma dia tidak pasti apakah masih ada harapan untuknya bertaubat.

“This is my life. Awak tak ada hak ke atas aku.” Haseena bergegas menuju ke kereta Hamizah yang sedang menunggu sejak dari tadi.

“Tapi, awak dah lupa siapa diri awak, asal usul awak.” Haikal mengugut lagi. Haseena tak mengendahkan ugutan Haikal itu. Bertekak pun tiada gunanya lagi. Nasi sudah menjadi bubur.

“Kau tengoklah tadi, langsung tak bertimbang rasa. Sesuka hati nak kata apa. Dia ingat aku takut dengan ugutan dia tu.”Haseena melepaskan apa yang terbuku di hatinya kepada Hamizah.

“Aku tahu. Ini melibatkan dua insan. Cuma ada satu cara. Kau tinggalkan kampung, kau pergi bandar, kau cari kerja di sana. Haikal pun tak dapat cari kau. Ya, aku pasti. Dia tu harapan bapak dia. Syarikat bapak dia bakal dia warisi. Dia ada komitmen di sini.” Hamizah memberi cadangan. Haseena terkebil-kebil merenung masa depan yang tidak pasti.

Haseena pasti ada kebenaran di sebalik kata-kata teman baiknya itu, cuma dia lagi bingung untuk bertindak sejauh itu.

Memang tidak dinafikan, Hamizah selalu berada bersama Haseena ketika susah mahu pun senang. Malah ketika arwah ayahnya ada, selalu juga dia menumpang berteduh di rumah sahabatnya itu kalau dimarahi oleh ayahnya.

“Sekarang nie Tuhan nak tolong aku, sebab tu aku tak mengandung. Kalau aku mengandung, entahlah aku pun tak tahu apa nak buat. Mungkin Haikal lebih bertindak kasar terhadap aku,” luah Haseena sambil menarik anak rambut yang berjuraian di telinganya.

“Aku, faham, Haseena. Tabahkanlah hati kau hadapi semua ini,” kata Hamizah memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience