BAB 2

Spiritual Completed 1048

“Hello….Haseena !”

“Hello!”

“Tak kerja ke hari nie?” Kedengaran suara yang amat dikenali selama ini.

“Dah pukul berapa ya! Kejap lagi Haseena sampai office.” Jawab Haseena sambil menguap lagi. Dia masih mengantuk.

“Eh Haseena, berapa kali aku nak cakap, 11.30 pagi jumpa aku di cafeteria. Kau cuma ada masa setengah jam lagi.” Kata suara itu lagi. Kasar. TaHaseena n terputus.

Haseena menggeHaseena t. Lemah longlai dia menuju ke bilik air.

Hati Haseena membengkak. Lelaki nie tak sudah-sudah nak menyusahkan hidup aku.

Cepat-cepat Haseena bersolek. Berhias ala kadar. Dia sudah lambat ke tempat kerja. Biasanya Haikal yang menjemputnya ke tempat kerja. Akhir-akhir ini Haikal sering membiarkan dia pergi kerja sendiri. Dia resah menunggu teksi. Kelihatan beberapa orang anak muda yang tiada arah tujuan cuba mengusik Haseena. Tiada responddari Haseena mereka beredar.

Setengah jam menunggu teksi Haseena bosan dan berasa ingin pulang saja ke rumah. Sebaik saja ingin berpatah balik sebuah teksi berhenti. Dia tersenyum panjang melihat kelibat teksi itu berhenti sedangkan dia tidak menahan teksi itu. Sampai di pejabatnya iaitu Flora Entertainment Haseena disergah seseorang. Dia terkejut. Mata mereka bersatu.

“What do you want? Please don’t disturb me, okey. Cukuplah dengan apa yang telah kau lakukan terhadapku selama ini.” Tinggi nada suara Haseena.

Phang! Satu tamparan hinggap di pipi Haseena. Tidak cukup dengan itu dia ditolak hampir jatuh ke dalam longkang. Dia mahu melawan tetapi tidak berdaya. Air mata pun tidak lagi mampu menitis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience