BAB 5

Spiritual Completed 1048

Lelaki yang pentingkan diri sendiri itu tidak layak menjadi suami aku. Malam ini akan menjadi malam perhitungan aku dengan dia. Lihatlah nanti Haikal. Hati Haseena berbisik lagi.

“Kalau diikutkan hati, Haseena menyesal bertunang dengan Haikal, kak,” ujar Haseena lagi.

“Semuanya kerja Tuhan, Haseena. Apa yang berlaku ni semuanya ujian. Terpulang pada kita cara penerimaannya,” Puan Amirah menasihatinya lagi.

“Suami akak dah datang, bolehlah kamu tumpang sekali,” pelawa Puan Amirah.

“Tak apalah akak, saya balik dengan Hamizah, saya dah janji dengan dia.” Tutur Haseena ikhlas.

Malam itu Haseena mengambil keputusan untuk mengunjungi pusat hiburan. Dia merokok dan mengambil pil mengkhayalkan. Dia lebih senang hati begitu daripada menghambakan diri kepada Haikal tanpa sebarang ikatan. Bergaul bebas sekadar untuk enjoy, menari dan happy. Dia jadi lupa caranya itu membawanya ke lembah kehancuran.

Haseena tidak ingat lagi siapa dirinya. Seingatnya ibu dan arwah ayah tidak pernah ambil tahu kegiatannya pada malam hari. Dia kebingungan. Pelik pun ada. Mungkin kerana aku nie anak pungut, kepentingan aku tidak dihiraukan. Fikirnya lagi.

Kenapalah aku tidak pernah merasa kebahagiaan hidup. Semenjak dari kecil lagi. Semenjak arwah ayah ada, kelahiranku seperti tidak dapat diterimanya. Aku tidak di senangi oleh ahli keluarga ayah. Panas baran ayah juga tak bertempat.

Bukan ayah tidak sayang aku langsung, tapi caranya mendidik tak kena pada tempat. Tuhan sajalah yang tahu aku berkecil hati dengannya. Tapi, sampai bila aku harus memendam perasaan. Dia orang tua aku. Sudah jadi arwah pun. Eh melamun lagi, kalau di rumah sudah lama siap sebuah karangan. Ujar Haseena di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience