BAB 1

Spiritual Completed 1048

Fikirannya bercelaru dan fikirannya berkecamuk. DIa kini berdepan dengan sebuah situasi yang menuntutnya membuat keputussan yang rasional. Dia mahu berubah, tetapi tidak tahu bagaimana hendak berubah, kerana tanpa disedari yang terjadi adalah dari kesilapannya sendiri. Dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya sendir, mengapa mudah benar dia jatuh hati dan mengucapkan kata cinta yang adakalanya memakan dirinya sendiri.

Lalu dia bangkit dan membuka laci meja belajarnya dan mengambil sebatang pen dan sebuah buku A4. Dia meluahkan apa yang terpendam dihatinya. Dia memang minat menulis sejak dibangku sekolah lagi.

Apa salah aku sebenarnya? Kenapa aku sahaja yang bersalah? Kenapa? Di mana kesilapanku? Benarkah aku yang membuat silap? Kau, Haikal ! Hanya menuding jari padaku seorang! Seolah-olah kau saja yang benar! Yang baik belaka! Lelaki contoh konon, persetankan! Kenapa tidak tunjukkan saja sikapmu yang sebenar? Mengapa nak berselindung?

Mengapa? Mengapa harus hipokrit? Kau memang tak sedar diri. Adakah kerana kau takut? Ah! Kau memang lelaki yang tak pernah kenal erti kepuasan. Lelaki ego, lidah bercabang. Selagi aku ada di depanmu, selagi aku masih disisimu. Kau buat apa yang kau suka. Yang pasti hebat lakonanmu. Hero di pentas sandiwara.

Kenapa mata ini tidak mampu menitiskan air mata? Adakah kerana sejarah hitam itu telah sebati dengan hidupku? Haseena bertanya lagi pada diri.

Masih adakah ruang untukku menebus kesalahan lalu? Masih adakah peluang untukku hidup bahagia seperti orang lain? Masih adakah waktu untukku mengubah kehidupan yang sudah lama aku abaikan ini? Masih adakah……? Ah terlalu banyak persoalan yang tidak mampu aku jawab. Oh Tuhan, hina sungguh diri ini. Berilah peluang untukku berubah? Berilah ruang untukku mengubah keadaan! Berilah waktu seadanya untukku. Jeritan batin Haseena tiada siapa yang tahu. Jika ada yang tahu mungkin menuduhnya insan yang tak bermaruah. Sedih! Sedihnya hati. Hatinya menangis lagi…..

Entah jam berapa dia dapat melelapkan matanya, dia tidak pasti.

Deringan bunyi telefon bimbit membuat Haseena kaget seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience