BAB 4

Spiritual Completed 1048

Agaknya kerana kemanisanku kau cintai. Sudah hilang manis, kau berubah hati. Aku dijadikan pemuas nafsumu. Mangsa kejahilanmu. Semua ini tercipta tanpa kerelaanku, Haikal.

Kau tak layak digelar suami. Apatah lagi lelaki yang bakal menjadi pemimpin keluarga. Tanyalah mana-mana wanita disisimu, apa yang dicari dalam sebuah ikatan perkahwinan. Selain kebahagiaan, kasih sayang dan perhatian suami.

Ke mana perginya kasih sayangmu terhadapku dahulu? Aku dilayan bagaikan puteri raja. Aku kesal. Sedih pilu beraja di hati. Kini….. apa lagi yang tinggal…….

Tiba-tiba. Tut..tut. tut tut …. Siapa pula yang hantar mesej nie. Getus Haseena di dalam hati. Terbang ilham seninya untuk dilakarkan di atas kertas serba putih itu.

“Haseena, apa rancangan kau malam ini?” Hamizah rupanya.

“Nantilah aku beritahu kau. Sekarang nie aku busy.” Haseena berbalas mesej dengan sahabatnya Hamizah.

“Okeylah, nak aku jemput kau ke petang nanti?” Tanya Hamizah lagi.

“Boleh juga. Lagipun malam nanti aku kena balik jalan kaki, biasalah macam selalu. Bergaduh lagi. Lepas nie aku tak nak fikir tentang Haikal lagi. Aku dah nekad. Nak putuskan…..”

Haseena tidak dapat membalas mesej Hamizah. Tiba-tiba saja, pintu pejabat dibuka. Dua orang kakitangan pejabat iaitu kerani pentadbiran dan kewangan datang marah-marahkan dia kononnya dia telah mengadu hal-hal yang tak sepatutnya tentang masalah kewangan kepada Encik Razlan majikan mereka.

“Siapa lagi kalau bukan kerja Haikal yang mereka-reka cerita ini.” Haseena meluahkan masalahnya kepada Puan Amirah, esekutif pemasaran syarikat Floral Entertainment, sebelum pulang ke rumah.

“Sabarlah Haseena. Pasti ada hikmahnya di atas apa yang berlaku. Pesan saya carilah jalan yang sebaik-baiknya dalam menyelesaikan masalah. Ini soal masa depan Haseena. Haikal belum jadi suami Haseena. Apa cerita pulak kalau dah jadi suami Haseena nanti.” Puan Amirah menasihati Haseena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience