BAB 3

Spiritual Completed 1048

“Ewah…… sejak bila kau pandai melawan nie ha…! Lupa diri ya. Hei perempuan! Kau sedar tak kau tu siapa. Kau tu tunang aku tahu tak. Bakal isteri aku. Faham.” Kasar gertakan Haikal itu.

“Haikal, sampai hati kau…..”

“Aku tak dapat apa yang aku nak. Aku bosan……” Haseena tunduk memandang lantai. Dia faham apa yang dimaksudkan Haikal. Disebabkan dia tengah period, pertengkaran terjadi. Tidak pernah hendak mesra. Apabila sudah okey, barulah hubungan jadi baik. Kalau tidak sepak terajang mengena tubuhnya. Oh Tuhan! Sampai bila nasibku akan berubah, hati Haseena merintih kesal.

“Ingat aku tak suka cara kau layan aku macam ini.” Haikal beredar tanpa menghiraukan Haseena. Haseena rasa seperti mahu menjerit, biar semua orang dengar siapa Haikal sebenarnya.

Hari itu Haseena tidak bersemangat meneruskan kerja yang terbengkalai. Pen biru yang selalu digunakannya dipusing-pusing sambil tangan kirinya menongkat dagu. Dia memandang kertas putih yang bersih itu.

Lantas diterokai fikiran tajamnya yang ligat berfikir. Tercetuslah madah-madah berseni hasil nukilannya.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaanku tak kekal lama. Rintik-rintik hujan mulai turun dari tengah hari hingga dinihari. Sehinga aku pasrah pada takdir.

Kenapa? Kenapa kau berubah? Dahulu kau seorang yang penyayang. Pandai menjaga hati ini. Tidak pernah mahu berkasar. Sehinggalah kita bertunang. Kau mulai berubah sikap.

Hina sangatkah aku di matamu? Tetapi kenapa baru sekarang? Kenapa tidak sewaktu belum bertunang? Semasa kita di tahap untuk mengenali hati budi masing-masing? Di mana aku masih mentah untuk mengenali sejauh mana kejujuran dan keikhlasan hati seorang lelaki….

Fikiranku masih lagi dibuai pertanyaan, kenapa ya, kau berubah? Teman-teman sepejabat pun hairan bin pelik. Dahulu kau manusia yang bertimbang rasa, pemurah, selalu belanja makan kawan-kawan rapat dan bukan kaki disko. Semenjak kau membawaku ke diskolah aku semakin berjinak-jinak untuk terus setia mengunjunginya. Pada hal aku nekad untuk tidak bersuka ria di tempat seperti itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience