BAB 2

Horror & Thriller Completed 3241

Lelaki tua itu meletakkan tapak tangannya di kepala Marimar. Mulutnya terkumat kamit. Marimar merasakan tenaga baru memasuki tubuhnya. Segar dan kuat. Lelaki tua itu meminta Marimar membaca beberapa potong ayat al-quran untuk menenangkan hati dan fikirannya.

Seorang lelaki muda menebarkan tikar untuk diduduki 10 orang lelaki yang berpakaian serba putih. Seorang lagi sibuk membuat sempadan garisan. Satu bulatan besar dan satu bulatan kecil untuk Marimar menggunakan garam.

“Saya kat mana ni ustaz?”

“Kamu di Kampung Tujuh Tanah,”

Marimar berkerut muka. Macam mana dia boleh berada di kampung itu.

“Kamu kenal Zakry?” Marimar mengangguk. “Kerana dialah kamu berada di sini,”

Marimar keliru. Memang dia kenal Zakry. Lelaki itu rakan sepejabatnya. Tapi apa yang Zakry buat sampai dia boleh berada di sini.

“Kamu menaiki bas sampai ke Perak tanpa kamu sedari. Orang kata, tidur berjalan. Bagaimana kamu boleh ke sini… bagi saya itu misteri.” Kedengarannya kelihatan tidak logik tapi itulah hakikatnya. “Kami tahu kamu telah tiba di kampung ini selepas pergi ke rumah sewa kamu di Serdang. Sebab tu kami adakan pencarian. Tekaan saya tepat. Kamu terdampar di sini seorang diri. Mujur tidak ada apa-apa yang berlaku.”

Semasa cuba memahami apa yang berlaku, Marimar terpandang dua orang lelaki yang sedang mengusung Zakry. Zakry dibaringkan di depan sekumpulan lelaki yang berpakaian putih. Mereka sedang bersedia untuk mengalunkan bacaan ayat al-quran.

“Budak ni mengamalkan ilmu yang salah. Dia telah menjebak dirinya dalam permainan iblis. Dia menjejaskan hidupnya dan merosakkan hidup orang lain. Budak ni berhajatkan diri kamu sebagai teman hidupnya.”

“Apa? Tak mungkin. Dia lelaki yang baik... walaupun kadangkala dia suka mengusik dan mengganggu saya. Tapi saya tak ambil hati.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience