BAB 3

Horror & Thriller Completed 3241

Lelaki tua itu bersila di depan Marimar. “Zakry datang ke kampung ini dua bulan lepas. Dia meminta ilmu menundukkan wanita dari waris Wakiman. Wakiman adalah pengamal ilmu hitam dan kepandaiannya diperturunkan kepada anak cucunya. Dalam masa dua minggu, dia kuasai ilmu sesat itu dengan mudah. Kemudian, dia merayu nama kamu pada malam jumaat minggu lepas dengan harapan agar kamu selalu merindui dan berkehendakkan dia.

Tapi, kebetulan malam tu kamu sedang sembahyang tahajjud. Jadi jampinya tak kena pada kamu. Kalau kamu terkena, setiap malam dia akan mendatangi diri kamu sebagai suami tanpa kamu dinikahi. Bila kamu sudah terkena ilmu keramatnya, susah untuk diubati. Bimbang boleh meragut nyawa.”

Mendengar cerita ustaz Muhydin, memutik rasa marah. Tubuh kaku Zakry dipandang sebelah mata. “Siapa ustaz yang sebenarnya?” Marimar hairan. Bagaimana ustaz itu tahu segala-galanya?

“Saya ayah Zakry.” Lelaki tua itu mengeluh penuh kesal. Marimar bertambah terkejut. “Saya perasan perubahan Zakry. Dia menghilangkan diri hinggalah saya menemuinya di kampung ini. Saya tak sangka penduduk kampung ni kurung dia di rumah penghulu. Penghulu tak suka dia berada di sini untuk menuntut ilmu dengan waris Wakiman. Jadi dia ditangkap.”

Tiba-tiba datang dua orang lelaki bersama dengan seseorang yang ditutup wajahnya dengan kain kuning yang panjang. Gaya lengguk berjalan, dapatlah Marimar meneka jantina orang itu walaupun langkahnya tidak kuat kerana tapak kakinya luka berdarah. Wanita itu hanya mengenakan T-shirt dan seluar sukan berjalur merah ditepinya. Orang itu di minta duduk melutut kira-kira 10 meter dari kedudukan Marimar.

“Kamu selamat tapi malangnya ‘benda’ yang dihantar Zakry kepada kamu melencong pada adik kamu. Kami terlambat mengambil dia di asrama. Jadi dia dah terkena ilmu lambaian bulan yang Zakry hantar pada kamu. Hubungan darah menyebabkan dia terkena tempiasnya.” Lelaki tua itu mengalih pandangan pada orang yang duduk berlutut itu. “Saya minta mereka tutup mukanya dengan kain kuning supaya kamu tidak melihat wajahnya yang ngeri.”

Marimar mengalirkan air mata lagi. “Betul dia adik saya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience