BAB 8

Horror & Thriller Completed 3241

“Tok Imam, susah kita nak mengubat Zakry kalau tubuh Marimar dah dimasuki mahluk halus. Biar saya gunakan jalan terakhir. Saya nak bunuh dia secara batin. Sementara itu, tok imam uruskan anak saya. Saya serahkan segala-galanya.” Tok Imam mengangguk. Ustaz Muhydin mendapatkan Marimar.

Usaha 10 lelaki berjubah putih diteruskan. Zakry dipaksa menerima pelbagai alternatif untuk membebaskan dirinya dari terus dicengkam ilmu yang dituntut. Sebiji telur digolek-golekkan ketubuhnya. Bisa badan Zakry ingin dikeluarkan.

“Ayah, sakit.” Zakry tidak tahan. Ustaz Muhydin tidak mempedulikan kata-kata anaknya. Mahluk itu masih didalam tubuhnya. “Maafkan Zakry … maafkan Zakry …” Kata maaf dilemparkan namun senyuman mengiringi ejekkan. Ustaz Muhydin dipermainkan.

Ustaz Muhydin menangkap dan menyimpul pergerakkan Marimar. Susah juga untuk ustaz Muhydin mengunci pergerakkannya kerana kekuatannya bukan seperti seorang wanita tetapi bagaikan 10 orang lelaki yang berbadan sasa.

Sehelai sejadah dilipat dan diletak di atas lehernya. Sebilah keris dikeluarkan dari sarungnya. Ustaz Muhydin mula membaca beberapa potong ayat al-Quran sambil menyembelih mahluk tersebut.

“Aku tak akan mati. Jangan harap aku akan berhenti. Pengikut aku ramai! Marimar tidak akan lepas bebas!” Suara garau keluar dari mulut Marimar.

“Allahuakhbar!” Ustaz Muhydin menjerit. Serta merta Marimar memejamkan mata. Dia terasa bagaikan ada satu bebanan berat keluar dari tubuhnya. “Alhamdullilah…” Ustaz Muhydin bersyukur. Mahluk itu sudah mati tetapi di alamnya dia masih hidup.

Dia memerhatikan tapak tangan dan muka Marimar. Mujur tiada yang luka. Dia bimbang darah menitis ke bumi. Dia membaringkan Marimar. Lalu berlari ke arah anaknya.

Sekitar sejam digunakan untuk membantu Zakry. Anjing melolong seperti tangisan kehilangan. Hujan yang turun semakin reda. Angin yang kasar kini sepoi-sepoi bahasa. Akhirnya, mahluk itu keluar dari tubuh Zakry. Yang tinggal hanya bisa-bisa. Selepas ini Zakry harus berjumpa dengan tok imam di Kampung Tujuh Tanah untuk diubati lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience