BAB 6

Horror & Thriller Completed 3241

Di belukar, nampak sesuatu bergerak keluar. Beberapa ekor anjing hitam berdiri merenung arah Marimar. Lidah terjelir dan matanya berwarna merah. Giginya tajam seperti mata pisau. Haiwan-haiwan itu berdiri dalam keadaan bersedia untuk menyerang walaupun mereka tidak dapat melepasi garisan dari garam.

Safiya menggeluarkan sehelai sapu tangan sutera berwarna putih dari poket seluar dan diselitkan dicelah jari telunjuk dan jari hantu. Dia mula melambai-lambai sapu tangan sutera itu menghala ke bulan.

“Marimar binti Norain.” Safiya menyebut nama kakaknya dan berbintikan ibunya. “Aku minta pengabdian jasad dan rohmu. Aku minta serahkan hayat dirimu. Tunduk dan sujud padaku. Patahkan takdirmu dan dampingi aku.” Safiya mengulang seruan yang pernah Zakry lafazkan ketika berdiri di atas tanah berhadapan anak tangga bongsu dan melambaikan tangan bersama sapu tangan menghala ke bulan purnama setiap malam terpilih… malam jumaat. Ada mantera yang turut bersama mengiringi seruannya.

“Safiya mengulang upacara yang selalu Zakry buat. Marimar, terus berzikir.” Pesan Ustaz Muhydin. Dia terus membantai Safiya dengan rotan sambil membacakan beberapa potong ayat al-Quran.

Safiya terduduk di sebelah Marimar tetapi diluar lingkaran garam yang ditaburkan. Safiya nampak kepenatan. Tubuh badannya lebam. Kukunya bertukar warna ungu dan dicelahnya keluar darah.

Ustaz Muhydin berlalu di depan Marimar. “Dia sudah lemah.”

Zakry yang diam dari tadi mula bersuara. Dia ketawa mengekek. Dari penglihatan Marimar, biji mata Zakry bagaikan tersembul seperti sesumpah. Mata putihnya merah menyala. Kulit badannya hitam hangus. Dia merenung Marimar.

“Belaan Muhydin boleh menang kalau darah kamu tumpah ke bumi. Darah kamu adalah perjanjian dirinya dengan iblis tu. Jadi, jangan biarkan dia menyentuh dan mencelakakan kamu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience