BAB 7

Horror & Thriller Completed 3241

Ustaz Muhydin dan beberapa orang berjubah putih memegang Zakry. Zakry meronta kesakitan. Tapak kakinya dilibas dengan rotan berulang kali. Anjing yang menanti disempadan menyalak kesayuaan. Tak semena-mena guruh berdetum detam tanpa henti. Hujan renyai mula menyimbah bumi. Hutan sebelah sana kelihatan makin menyeramkan.

“Marimar … kalau awak memahami keinginan saya, semua ni tidak akan terjadi. Tidaklah saya merana begini. Tolonglah saya… tamatkan sengsara ini.” Zakry merayu.

Marimar tidak menghiraukan kata-kata Zakry. Bukan salah dia jika Zakry memilih jalan hitam. Dia terus berzikir walaupun diganggu tangisan Safiya. Kain yang membalut mukanya seperti ditarik pergi. Marimar memejamkan mata. Tak mungkin dia menunggu untuk melihat muka Safiya.

“Kak, tengok ni.” Pinta Safiya. “Tengoklah… sekali aje.” Safiya merayu dengan suara hiba. Tak sanggup Marimar menolak pemintaan Safiya.

Marimar membuka perlahan-lahan kelopak matanya. Safiya tersengih padanya. Matanya terbelalak. Keningnya tajam meruncing ke atas. Mulutnya penuh dengan buih-buih dan darah. Pipinya terbelah hingga menampakkan isi kerana dicakar-cakar. Rambutnya menggerbang.

Safiya mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket seluarnya dan mula memotong pergelangan tangan kiri berulang kali tanpa rasa sakit. Sambil ketawa, Safiya bersenandung. Mahluk itu menggunakan Safiya untuk mengumpan perasaan sayang seorang kakak kepada adiknya. Marimar mendekati Safiya. Dia merayu pada adiknya supaya menghentikan perbuatan itu. Tapi Safiya tidak peduli. Ustaz Muhydin yang sedang sibuk mengubati Zakry tidak menyedari apa yang berlaku antara dua adik beradik itu.

“Ustaz…” Marimar memanggil.

Ustaz Muhydin menoleh. Wanita itu tersengih padanya. Bukan sengihan biasa tapi penuh dengan kemenangan. Marimar berada di luar bulatan. Dia sedang memegang Safiya yang sudah terbaring tidak bernyawa. Ustaz Muhydin mengerutkan muka. Dia tahu, jiwa manusia yang paling lemah adalah ketika di saat kemuncak kesedihan atau kegembiraan. Situasi yang memudahkan mahluk halus meresapi jasad anak Adam dan Hawa. Pesanan Ustaz Muhydin diingkari. Nyawa Safiya terkorban akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience