Rate

6

Romance Series 61645

Pakaian dia dengan Izz telah di sediakan. Beg plastik yang penuh dengan barang-barang mandi itu tidak lupa dia bawa sekali. Bila tengok balik, kebanyakan barang-barang tersebut milik Izz. Alahai suami dia, dia guna produk pun hanya pencuci muka dan colgate sahaja. Tapi bila tengok suaminya. Allah, pencuci muka ada tiga. Jel untuk muka pun dia ada, rambut pun ada perapi, sabun mandi pun guna sabun cair yang extra pelembab pula tu. Dalam bilik, satu beg besar Izz penuh dengan proudak. Patut lah handsome semacam saja. Baru Aunie tahu yang Izz ni boleh tahan juga dalam bab-bab penjagaan kulit. Kalah dia yang perempuan ini.

Aunie memanjangkan langkah mendekati Izz yang sudah membelek-belek motosikal ayahnya. Entah apa yang di beleknya. Izz kelihatan santai dengan baju lengan pendek dan seluar trek. Santai-santai pun handsome juga. Suami siapa lah yang handsome sangat ni. Eh terpuji suami sendiri pula. Hehehe...

"Buat apa ni? " soal Aunie lalu meletakkan begnya dan beg plastik di bahagian tempat duduk belakang. Izz yang di tegur itu terus mendongak melihat Aunie. Dia sekarang ini tengah duduk mencangkung di hadapan tayar motosikal itu.

"Tengah makan. Darling nak sikit? "
Nampak yang dia tengah sibuk tengok keadaan motosikal itu di tanya pula. Mesti lah kena perli.
Aunie yang sudah tarik muka buat Izz tersenyum simpul. Comel bila Aunie mulai tunjuk perangai sebenarnya.

"Oh tengah makan. Makan apa? Jangan cakap makan tahi kambing bulat-bulat pula. " sejurus itu Izz gelak. Apa lah yang sampuk isterinya itu sampai boleh fikir tahi kambing pula. Satu habuk tahi kambing pun dia tidak nampak. Cakap macam tu pula.

"Saya tak nampak pun tahi kambing dekat sini. Banyak tahi lembu adalah. "

"Ohh, maknanya awak makan tahi lembu lah macam tu? "

Izz ketawa lagi. Dia mahu kenakan Aunie. Alih-alih dia pula yang terkena. Cepat saja sia memeluk isterinya itu. Tangan melingkar di pingang, wajahnya kini berhadapan dengan Aunie. Dia senyum saat mata jatuh ke arah bibir mugil milik isterinya.

Aunie faham dengan pandangan Izz itu. Dia ingat lagi cara Izz pandang dia semalam. Darah mulai mencanak-canak menanti saat Izz mengucup lembut bibirnya.

"Hoi tahu lah sah dah suami isteri. Tapi jangan tunjuk sangat kat orang. Maksiat! "

Jeritan itu membuatkan mereka tersedar mereka berada di mana saat ini. Izz terus leraikan pelukannya. Merah padam muka Aunie bila kena jerit macam itu. Malunya! jerit dia dalam hati.

Izz pula berlagak biasa. Belakang lehernya di gosok-gosok. Dia sendiri malu dengan tindakannya tadi. Apa lah bodoh kau ni Izz. Nak buat hal ke kiss isteri kau depan rumah bapak mertua kau? Nampak dek orang lain. Mati lah jadi gosip!

Muka Umairah yang muncul di ambang pintu rumah. Bukan main panjang lagi sengehan budak bertuah itu. Dapat usik angah dan abang ngah dia. Best gila bila nampak muka masing-masing pucat lesi. Macam asam kecut pun ada juga. Hahaha.

"Buat benda tu biar tak nampak orang. Ini depan adik ni. Gangguan seksual betul! " komen Umairah. Kaki di sarungkan dengan selipar warna hijau. Terus sahaja dia mengatur langkahnya ke arah pokok mangga depan rumah.

"Diam lah! Siap suruh tengok! " panas muka dan telinganya bila adiknya yang baru sahaja habis peperiksaan Spm itu nampak agenda mereka. Malu tau tak, malu!

"Ehh adik tak tengok okey. Adik tertengok! Dah adik nak keluar. T E R nampak benda tu, adik tegur lah. Kalau adik tak tegur lain jadinya kan abang ngah. "

Sengaja perkataan 'Ter' itu dia tebalkan agar angahnya faham. Bukan dia sengaja. Izz yang tiba-tiba masuk namanya itu hanya mengangguk laju. Aunie memberi jelingan maut padanya sebab setuju dengan kata-kata Umairah. Dia ni geng siapa? Aku ke adik ni. His laki tak boleh harap betul!

"Nak pergi mana ni? "
nampak banyak barang yang angahnya bawa buat dia tergerak hati untuk bertanya. Beg-beg segala nak bawa bagai. Jangan cakap mahu lari rumah. Menangis tak berlagu abang ngahnya nanti.

"Mandi sungai. "
Aunie yang diam itu buat Izz rasa bersalah. Kesian Umairah, dia tanya kakaknya pula tak menjawab. Jadi biarlah dia ini sebagai abang ipar menjadi orang tengah. Tahu isteri nya malu. Masakan tidak, muka pun masih merah macam punggung monyet. Eh apa yang aku mengarut ni?

"Nak ikut! "
Jerit Umairah teruja.

Sudah lama dia tidak ke sungai. Sebab ayahnya melarang ke sana kalau sorang diri. Bila ada peneman, lagi lagi angah dan abang iparnya itu tiada alasan yang ayahnya boleh marah dia ke sana. Sebab dua bodyguard di hadapannya ini ada. Dari dulu lagi Aunie dengan Umairah gila sangat dengan sungai. Setiap kali cuti sekolah, mesti mereka berdua dan geng kampung akan menjadikan sungai di hujung itu sebagai tempat lepak mereka. Tapi bila dah ada tanggungjawab masing-masing. Sungai itu sudah lama tidak menerima cemar duli dari si permaisuri Aunie dan puteri Umairah ke sana.

"Tak boleh! " kata Aunie tidak mengizinkan.

"Alah! Adik nak ikut juga! " pujuk si adik.

"No means no! Dah pergi sana shoo! "

"Amboi halau kita macam kita ni kambing. Okey tak apa, bagi tau kat ibu! "
Umairah sudah merajuk. Jangan harap Aunie akan pujuk. Cepat sahaja Umairah melangkah hendak masuk ke dalam rumah semula.

"Macam lah adik tak tahu. Angah tak nak adik ikut sebab angah nak manja-manja dengan abang ngah kan. Okey, adik tak nak ganggu dah. Sorry ganggu tadi. Jangan pula kat sungai nanti korang terbabas! "
Jerit Umairah dari dalam rumah. Ketawa Izz di buatnya dengan ayat terakhir adik iparnya itu. Terbabas, ingat mereka bawa bas ke nak ke sungai sampai terbabas segala.

Merah muka Aunie. Faham akan maksud adiknya. Cepat sahaja dia pukul bahu Izz. Yang dia ketawa tu kenapa. Malu aku lagi sekali!

Izz mengesat airmatanya. Dia terus duduk di atas motosikal itu lalu hidupkan enjin. Sekejap sahaja, enjin sudah berjaya di hidupkan. Aunie naik lalu membonceng di belakang Izz.

"Darling pakai tali pingang keledar please. "
pesan Izz lembut.

Tali pinggang? Aunie menggaru kepalanya. Apa yang Izz maksudkan tali pinggang pula ni. Dia tidak faham, seumur hidupnya dia belum pernah jumpa motosikal yang ada tali pinggang. Kah memang ada?

"Tali pingang? Motosikal ni ada tali pinggang ke awak?" soal Aunie bodoh.

Izz memicit kedua belah keningnya. Ya Allah, isteri siapa lah yang bijak sangat ni. Lain yang dia maksudkan lain pula yang Aunie fikir.

"Itu lah darling tak tahu. Minta tangan darling. Dua-dua saya nak. " pinta Izz tanpa melihat Aunie. Pula, minta tangan? Nak buat apa tangan dia.

"Tamaknya sampai dua nak minta. Peliknya tali pinggang keledar motosikal ni. " komen Aunie. Tapi dia bagi juga tangannya pada Izz. Izz senyum bila tangan itu sudah berada di celah pingangnya. Cepat sahaja Izz meletakkan tangan Aunie di pinggangnya dan menarik badan Aunie agar rapat dengan dirinya.

Aunie jadi malu saat tangan menyentuh perut Izz. Badan dia bertemu dengan bahagian belakang Izz. Rasa akan haba tubuh badan itu yang buat Aunie rasa nyaman. Izz senyum bukan main bila Aunie sudah meletakkan dagunya di bahu. Terus Izz mengerakkan bahu kirinya agar Aunie mengangkat kepalanya.

"Yang ini dah melebih ni. Darling kena bayar ekstra lah kalau nak lay down kat bahu saya. "

"His dengan isteri sendiri pun kedekut. "

"Mesti lah, saya nak bayaran cash! "

"Berapa? "

Dengan aku pun nak berkira. Aku ni isteri dia kut! Bebal Aunie. Tadi bukan main mahu dia peluk pinggangnya lagi. Tapi bila dia tambah sedikit tindakkannya. Izz sudah minta bayar. Tak adil lah macam ini.

"Bila dah habis pantang seminggu ni. Saya nak terus darling bayar. No more tolak-tolak. Kalau darling cuba lari. Saya double kan lagi bayarannya. Faham?"

Habis pantang seminggu? Aunie tidak faham akan maksud yang Izz cuba sampaikan. Cakap itu biar lah terang. Nak berlapik-lapik tu buat apa. Aku bukan faham sangat. Pantang seminggu...

Larit otak mencerna apa yang di maksudkan si suami. Bila dapat tangkap maksudnya itu. Merah muka Aunie jadinya. 'Double? ' Tambah 5 kali ganda lah merah muka dia. Terus dia sembabkan wajahnya di belakang badan Izz. Gatal betul laki dia ini. Ah!!!

Izz ketawa. Dia tahu yang Aunie sudah faham akan maksudnya. Geli hati betul dapat sakat Aunie macam tu. Minyak di tekan lalu Izz membawa motosikal tersebut meluncur di jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience