Rate

9

Romance Series 61645

2 minggu kemudian...

"Awak... Kita nak pergi mana ni? Kenapa saya perlu tutup mata? Awak nak bawak saya lari ke siam ke? Awak jangan main-main! Saya repot kat ayah baru awak tahu! " Kata Aunie berbaur ugutan. Pandangan matanya terhalang kerana di ikat dengan kain berwarna hitam. Pergi mana Izz pun dia tidak tahu. Tanggan terus di lebarkan mencari suaminya yang dari tadi diam.

Bukan dia dapat Izz, tangan cuma menampar angin. Argh! Mana dah suami dia ni!

"Awak jangan lah main main! Saya jerit kang! " Resah Aunie di buatnya. Hei lah suami, dah pergi mana. Kenapa dia perlu di tinggalkan seperti ini. Semakin kuat tangan di lebarkan.

"Aduh! "

Aunie tersentak bila dengar jeritan kecil itu. Cepat-cepat dia menyentuh wajah lelaki itu. Tau lah lelaki sebab suara pun kasar macam itu. Dari hidung, mata, kening, terus ke bibir. Aunie tahu itu Izz. Baru sahaja mahu melepaskan sentuhan. Aunie terkejut bila jarinya di gigit!

Allah! Ini bukan Izz tapi budaya ni! Laju dia buka penutup mata itu. Izz sudah tersenyum manis padanya.

"Sakit lah! Gigit tangan orang pula! " marah Aunie lalu di lihat jari yang di gigit oleh Izz. Apa punya suami lah, ini kah cara romantik yang nak di tunjukkan. Baik tak payah dia ikut tadi kalau tahu jadi macam ini.

"Marah abang ke?" soal Izz sambil menyiku lengan Aunie. Jari di urut-urut. Serius! Izz gigit macam buaya! Amboi Aunie nak samakan suami dengan buaya. Pernah kena gigit buaya ke sebelum ini?

"Tak marah!Nampak ke muka saya ni marah! " Aunie menjelig tajam. Izz tersengih. Tak marah tapi bagi jelingan maut. Cepat sahaja jari Aunie yang dia gigit tadi dia gapai. Aunie hanya biarkan, tahu yang Izz mahu mula dah mukadimah memujuknya.

"Mana yang sakit tadi. Ini? Kejap ye abang doktor bagi ubat. " kata Izz lalu menarik tangan Aunie ke bibirnya.

Muah!

Jari telunjuk Aunie di ciumnya lembut. Izz angkat kepala melihat riaksi Aunie. Kosong! Wajah itu masih kelihatan masam. Senyum di tahan. Ohh jual mahal ye!

Muah!

Tangan kanan Aunie pula dia daratkan bibirnya. Lama dan lembut, biar Aunie tahu yang dia minta maaf betul-betul. Bila angkat wajah, eh! Masih tujuk muka tak puas hati. Izz melebarkan senyuman dia. Kalau taktik dia lepas ini tak berjaya juga. Entah lah macam mana nak pujuk lagi.

Tangan di lepaskan, tapi Aunie masih dengan muka sebelnya. Mahu tengok kehebatan Izz memujuk, jangan tunjuk sangat kita cepat terpujuk. Hahahahaha!

Izz kini berdiri di hadapan Aunie. Dia merenung wajah kekasihnya itu lama. Aunie yang tidak keruan dengan kelakuan suaminya itu cepat sahaja memalingkan wajah. Anak mata mereka bertembung! Satu perasaan aneh muncul di segenap hati. Ngilu! Itu yang Aunie rasa saat ini.

Perlahan Izz menjalarkan tangannya di pingang Aunie. Lepas itu di bahu isterinya pula. Senyuman nakal di tujukkan. Hati rasa berbunga-bunga bila Aunie bagi riaksi yang dia mahukan. Muka cuak! Semakin Izz suka!

"Nak buat apa ini? " soal Aunie sedangkan dia tahu pandang Izz itu. Gila! Apa yang Izz nak buat dekat depan rumah besar ini? Eh!

Baru sahaja Izz mahu mendapatkan apa yang dia tunggu tunggu tadi Aunie memalingkan wajah. Dada bidangnya di tahan agar Izz mematikan niatnya.

"Awak, rumah siapa ni? " Tanpa ada rasa bersalah, Aunie tidak memandang Izz. Di lepaskan perlahan pegangan tangannya pada bahu si isteri.

"Rumah kita lah. " Jelas Izz. Rumah kita? Bulat mata Aunie melihat bangunan besar di hadapannya. Rumah banglo macam ini Izz sediakan untuk mereka. Biar betul!

"Awak tak main-main kan? " Wajah Izz di pegangnya lalu di alih untuk menetap matanya. Minta kepastian. Kalau kalau Izz cuma bergurau, habis lah rasa teruja yang sudah mencanak canak di sudut hati. Izz mencubit pipi Aunie. Comelnya isteri orang ini! eh silap, isteri aku.

"Mana ada lah darling. Ini rumah kita! "

"Mesti mahal kan? " Cantik! Memang cantik. Tapi kalau dah cantik dan besar macam ini. Harga pun 2 juta kali lah cantikkan.

"Tak lah mahal sangat. Nak di bandingkan mahal dengan cinta kita, abang rasa cinta kita dekat Allah lagi mahal darling! " Bahu yang tadi di lepaskan di peluknya semula. Alah, apa lah sangat pemberian dia ini dengan kasih Aunie. Isterinya itu mencintai dia pun sudah cukup untuk balas segala apa yang dia sediakan.

"Jom jom jom abang tunjuk rumah kita! "

Ajaknya. Aunie di tarik lembut agar membuntuti langkahnya yang sudah panjang ke arah pintu hadapan rumah. Izz bersyukur, sangat bersyukur dengan riaksi Aunie yang gembira. Dia harapkan insan baru di nikahnya dua minggu lalu akan sentiasa tersenyum saat berdamping dengannya.

Selepas sahaja solat berjemaah, Izz terus ke tingkat bawah. Manakala Aunie menyediakan tempat tidur mereka. Kata Izz, rumah tersebut sudah di bersihkan oleh pembantu rumah yang di upahnya. Katanya lagi tiga kali dalam seminggu pembantu rumah itu akan datang. Empat hari pula Izz mahu dia yang uruskannya. Tujuan Izz lakukan begitu sebab dia tidak mahu Aunie jadi malas. Suka hati je cakap aku malas. Ingat dia tu rajin sangat lah. Ha ha ha, tapi Izz memang rajin pun orangnya.

Tak puas hati punya pasal. Aunie kemaskan lagi tempat tidur itu. Cadar yang tilam corak bunga bunga itu dia tukar dengan cadar corak hati. Nak mood romantik sentiasa mengelilingi dunia mereka berdua.

Selesai itu, Aunie terus ke almari. Baju tidur yang baru sahaja dia beli itu dia keluarkan. Senyuman simpul meniti di bibir. Ya Allah, aku buat semua ini sebab nak tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Harap harap Izz suka. Tanpa menunggu lama, kaki di panjang kan ke arah bilik mandi.

"Darling... " pintu di kuak dari luar. Mencari si isteri yang dari tadi asik dalam bilik. Kata nak teman dia tengok TV. Tapi dah setengah jam dia tunggu. Tak turun turun juga!

"Awak... "

Izz menolak belakangnya.

Glup!

Mata tidak percaya. Isteri dia kah yang tengah berdiri di ambang pintu bilik mandi itu. Getaran mulai menyelinap di ruang dadanya. Terketar ketar Izz di buatnya. Aunie hanya menggunakan baju tidur paras paha sahaja. Terserlah kejelitaan si isteri.

Aunie tidak puas hati. Suaminya itu macam tidak suka sahaja dengan apa yang dia pakai saat itu. Mata bukan main lagi terkejung keluar. Tapi Izz kejap kejap tunduk. Kejap kejap tengok tempat lain. Lepas tu gosok gosak belakang leher. Apa ini! Bukan itu riaksi yang dia mahukan!

Aunie tabahkan hati. Kaki melangkah perlahan mendekati si suami. Semakin dekat, semakin hebat debaran yang Izz rasakan. Kalau dalam filem ini, confirm kena bended! Filem Melayu lah. English tak. Dorang tu tunjuk semua pun tak apa.

"Dah nak tidur? " Soal Aunie perlahan. Nada suaranya di lembutkan, menggoda. Dada bidang Izz di belai perlahan. Memberi rasa senang hati suami. Sedangkan hati dia nak terjunam dah ke dasar juram. Hei, sabar je lah. Suami punya pasal aku buat je walaupun rasa nak mati!

"Ku smangat! Darling rupanya! Ingatkan pondan mana masuk rumah tadi! " Izz mengurut dadanya. Ingatkan betul betul pondan tadi. Nasib baik lah isteri dia. Kalau pondan nak aje dia tendang keluar tadi.

Pondan? Aunie mematikan tindakanya. Dia cakap aku ini pondan. Sampai hati! Terus di tolak badan Izz menjauh. Penat penat dia kuatkan hati nak buat semua itu. Izz boleh pula ingat dia ini pondan. Memang dasar betul lah! Tak hargai langsung apa yang dia cuba buat. Benci!

"Alah... Sorry lah darl. Abang ingatkan pondan mana tadi. Please jangan marah abang. Abang janji tak buat lagi please! " tangan Aunie di tarik bila isterinya itu melangkah keluar dari dalam bilik. Di peluknya Aunie dari arah belakang. Cuba memujuk si isteri.

"Susah susah je saya buat macam ini. Tapi awak cakap saya pondan pula. Tak nak dah kawan dengan awak. Tak nak tidur dengan awak. Pergi tidur lah sorang sorang kat bilik tu. Layan pondan awak! " rajuk Aunie. Badan cuba di lepaskan dari di peluk Izz. Dah buat salah minta maaf macam itu pula! sakit hati nak gila bila suami sendiri kata kita pondan!

"Isy... Tak baik tau tinggalkan tempat tidur masa suami nak kan isteri. Berdosa besar! Malaikat akan laknat sampai ke subuh. Darling nak ke macam itu? " Soal Izz. Bibir di daratkan ke bahu Aunie yang terdedah. Nak bagi ayat pujuk, mesti yang kaw kaw punya. Selitkan ilmu agama sikit, baru lah Aunie akan ikut kemahuan dia.

Bungkam Aunie dengar apa yang Izz katakan. Cepat sahaja dia memusingkan badannya menghadap Izz. Alangkah berdosanya dia buat Izz seperti itu. Sedangkan Izz cuma terkejut sahaja. Ya lah siapa lah tak terkejut dengan apa yang dia buat sekarang ini. Dia sendiri pun naik pitam tengok penampilannya yang memang seksi tahap babun. Babun babun jangan main eh, babun pun ada bulu tau tutup badan. Tapi yang peliknya, kenapa punggung babun terdedah? Apa lah, lari cerita dah ini...

"Maafkan saya... Saya ni jahatkan kat awak. Selalu tak buat apa yang awak nak. " Badan Izz di peluknya. Sungguh dia tidak ada niat untuk buat begitu pada Izz. Tapi hati kalau dah sakit, otak pun boleh datang penyakit. Buat benda tak nak fikir. Ikut je hati yang sarat berpenyakit!

Izz menolak lembut tubuh Aunie agar isterinya itu melepaskan pelukan. Ini lah istemewa jadi suami. cakap je nak apa kat isteri, semua pun boleh dapat selagi mematuhi syariat islam.
Di tundukan badanya sedikit, melihat si isteri yang sudah menangis. Alahai isteri ku, jangan lah menangis. Abang tegur sikit je.

"Lain kali jangan buat lagi okey. Dah dah jangan nangis. Abang pun minta maaf sebab salah anggap tadi... Maafkan abang tak? " Air mata yang menitik di pipi itu di sekah dengan ibu jari. Dia tidak mahu Aunie menangis, dia tidak mahu Aunie bersedih. Keceriaan Aunie adalah tanggungjawabnya.

"Saya maafkan awak! " Kepala di angguk kan. Mata di gosok perlahan. Oh bahagianya dapat suami macam Izz. Selalu kena pujuk kalau dia merajuk.

"Ini lagi satu. Darling dah minta maaf tapi buat lagi kesalahan kat abang! "

Laju sahaja Aunie mendongak memandang Izz. Apa yang dia buat kali ini? Takkan lah cepat betul dia buat salah! Mak apa kena dengan Aunie ini!

"Apa salah saya? Saya minta maaf awak. Saya tak akan buat salah tu lagi." Tangan Izz di kucup berulang kali. Mohon agar si suami masih mahu memaafi. Dua dalam satu kesalahan yang dia lakukan.

"Asik panggil abang awak je. Kan kita dah setuju nak tukar gelaran tu! "

Ooo itu yang buat dia jadi pesalah rupanya. Aunie ketawa geli hati. Ingat apa lah sangat sampai Izz merungut macam itu.

"Gelak pula. Darling mesti kena denda ini sebab layan abang macam ini! "

"Anything abang. Abang nak apa? "

Tersenyum Izz saat tangan Aunie sudah melingkar di lehernya. Bukan setakat macam itu je, kena bagi urutan free pula tu. Tapi bukan itu darling yang abang nak.

"Darling layan lah abang macam tadi. Sweet je tau abang tengok darling. " suaranya mula berubah romantik. Anak rambut Aunie yang berjuntai di wajah itu Izz selitkan di belakang telinga. Cantiknya isteri dia.

"Walaupun nampak macam pondan? Abang nak ke? " duga Aunie dengan tawa kecil. Izz turut ketawa dengan gurauan spontan itu. Cepat sahaja dia menarik Aunie ke katil.

"Please darling... "

Aunie ketawa lagi. Tangan yang mengurut belakang tengkuk Izz tadi di lurutkan di dada bidang Izz. Dengan senyuman tak henti, butang baju Izz di cabut satu persatu.

"Lambat lah darling ni! " Malas nak tunggu. Di cempungnya tubuh Aunie. Dengan bismillah, Izz melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Aunie? Biarkan sahaja...

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-13 20:29:31 

Sambungan please author sayang


NovelPlus Premium

The best ads free experience