Rate

7

Romance Series 61645

Sampai sahaja di sungai itu. Aunie turun segerah. Sehingga Izz pun tidak di lihatnya lagi. Minat sangat dengan sungai sampai suami sendiri pun boleh lupa. Aunie, Aunie!

????????
"Baby! Mama dah sampai. Baby rindu mama tak? " Soal Aunie yang sudah mendapatkan pokok tinggi di tepi sungai itu. Aunie kini sedang memeluk pokok besar itu. Langsung tidak perasan akan Izz yang sedang pelik melihat dia.

"Darling pernah kawin kan sebelum ni? " tanya Izz tiba-tiba. Beg dan beg plastik tadi di bawanya. Nak harap Aunie, lupa semua bila nampak sungai.

Kahwin? Apa gila suami aku ni. Aku ni masih anak dara tau tak! Tengok muka Izz yang suram itu buat Aunie seram. Tempat ini dah berpuaka kah sampai Izz yang tadi bukan main lagi romantik bertukar lagak. Aunie melepaskan pelukannya lalu dia mendapatkan Izz yang tengah selongkar beg plastik itu.

"Kenapa awak tanya macam tu? " Izz yang diam itu di goncang perlahan bahunya. Suaminya itu melepaskan nafas. Dia berdiri lalu membuang pandangan ke sungai. Wajah Aunie tidak di lihatnya sedikit pun.

"Darling dah ada anak kan? "

Lagi! Aunie terkejut separuh mati bila dengar pertanyaan suaminya itu. Anak? Anak apanya kalau dia baru sahaja berkahwin. Tadi cakap dia sudah kawin lepas tu tanya lagi dah ada anak. Ada, anak tekak lah.

"Awak cakap apa ni? Saya tak pernah kahwin pun awak. Nak ada anak tang mana. Saya baru kahwin dengan awak kan? " Tangan Izz di raihnya lalu di gengam erat. Mohon agar suaminya itu tidak salah anggap. Siapa buat fitnah ni? Aku nak sumbat cili padi dekat mulut dia. Baru tahu bertapa pedasnya aku rasa sekarang ini.

Izz sebenarnya mahu senyum sekarang ini. Tapi sengaja dia tahan. Nampak muka Aunie yang cuak itu buat dirinya lebih bahagia. Aduh, kalau lah bukan sebab dia sengaja mahu mengada berlakon sekarang ini. Dia peluk Aunie sekuat hati. Biar hilang wajah kerisauan di wajah isterinya itu.

"Tu. Siapa dia? Awak jangan nak tipu dengan saya. Pokok mana yang awak menggatal sampai dia boleh muncul? "

Tangan sudah menunjuk ke satu arah. Aunie melihat apa yang Izz tunjuk sebenarnya. Terbutang mata Aunie bila tengok apa yang Izz tunjuk. Lah, pokok tu ke?

"Apa lah awak ni! " tangan di lepaskan. Ingatkan apa lah yang Izz cakapkan. Anak lah, kahwin lah. Pasal pokok yang dia peluk itu pun boleh mengundang rasa cemburu Izz kah? Lawaknya...

"Sampai cakap baby mama segala. Saya tanya lah dia tu siapa. Bukan anak darling ke kalau macam tu? " Aunie yang sudah berjalan ke arah pokok itu di ekori oleh Izz. Tangan menyentuh pokok besar itu. Aunie senyum. Sampai bila-bila pun dia tidak akan lupa akan sejarah pokok ini.

"Awak nak tahu ke kenapa saya panggil dia baby? " soal Aunie tiba-tiba. Izz laju mengangguk. Dia pun ikut sama buat apa yang Aunie lakukan. Menyentuh pokok kayu itu.

"Sebab di sini lah perjumpaan pertama saya dengan Izam. " jelas Aunie perlahan.

Izam? Izam mana pula ni? Panas hati dia saat nama itu di sebut Aunie. Nada suara Aunie mulai lembut bila sebut nama itu. Cepat-cepat Izz mengurut dadanya. Beristighfar agar hati yang di landa cemburu itu sejuk. Dia kena dengar dulu cerita Aunie. Baru dia tahu siapa sebenarnya Izam itu.

"Izam tu siapa darling? " Izz memberanikan diri untuk bertanya. Alah tanya sahaja lah, alang-alang dah isterinya buka cerita. Dia pun mahu tahu kisah silam isterinya.

"Bekas tunang saya. "

Bom! Rasa berpinar pandang Izz sekali ini. Menerima satu kebenaran dari mulut isterinya sendiri. Izz jadi menyesal sebab tanya. Tapi otak ingin tahu juga, kenapa Aunie kata bekas tunang?

"Maaf lah. Saya tau awak tak suka kan. Lupa kan je lah ye. " Badan Izz di peluknya. Bila dia menoleh tadi dia perasan akan riak wajah Izz yang berubah. Lagi-lagi bila dia cakap bekas tunang. Tak sepatutnya dia cerita pasal Izam. Kisahnya dengan lelaki itu sudah berlalu. Lebih 3 tahun, biarlah kisah itu jadi antara memori terindah dia mencintai seorang insan bernama
Izam.

Walaupun hati di landa cemburu. Tapi Izz tidak sanggup melihat wajah Aunie yang sudah kelihatan murung itu. Mungkin ini bukan masanya untuk dia membongkar siapa Izam sebenarnya. Insyallah, satu hari nanti dia tahu siapa lelaki itu.

"Jangan sedih-sedih. Mari kita mandi sungai. " Izz mencuit bibir Aunie sebelum dia berlari ke arah sungai. Aunie sudah senyum penuh makna. Terus sahaja kaki laju mengikut suaminya yang sudah jauh di hadapan.

"Darling dalam lah kat sini. " ujar Izz apabila dia berada di tengah-tengah sungai itu. Air sungai yang sejuk itu menyegarkan badannya. Hilang rasa melekit bila seharian tidak mandi.

"Itu yang Best tu! " balas Aunie pula. Hanya mereka berdua sahaja ada di sana. Tiada orang lain pun. Baru sahaja Aunie hendak buka tudungnya. Izz menjerit kecil menegah agar isterinya itu matikan niat tersebut.

"Kenapa? " soal Aunie. Izz memuncungkan bibirnya ke arah belakang gadis itu.

Aunie menoleh, ada dua orang di belakangnya yang jauh sedikit jarak mereka dari jarak dia dengan Izz.Seorang perempuan seorang lagi lelaki. Entah siapa, dia tidak pasti. Mungkin pasangan macam mereka juga kut.

Aunie membaiki semula tudungnya. Apa lah malang nasib dia, baru mahu cuci rambut yang dah basah ni. Tak jadi pula sebab ada dua makhluk Allah itu. Bukan nasib malang Aunie, bersyukur lah sikit suami kau sempat bagi tahu kau ada orang kat sana. Nampak dek lelaki itu rambut dia. Bertambah lah dosa Izz. Kesian suaminya nanti yang baru je sah jadi pemikul dosa-dosa dia semalam.

"Awak nak sabun. " pinta Izz separuh merengek. Aunie senyum dengar rengekan Izz itu. Tak sangka Izz yang besar macam tu pun boleh merengek manja macam anak kucing. Aunie menggapai botol sabun yang ada di belakangnya. Baru sahaja Aunie menoleh semula melihat Izz. Suaminya itu sudah tiada. Ai? Dah pergi mana dah?

"Awak... " Aunie memanjangkan panggilannya.

"Awak... " Seminit dua minit. Tiada!

"Awak... " sekali lagi dia panggil tapi tidak dengar sahutan dari Izz.

"Awak! "

Aunie mulai rasa tidak sedap hati. Dia bengkas bangun mendekati sungai. Dia masuk ke dalam sungai dan berenang ke tengah.

"Awak!!! " Nafas mulai tidak tentu arah. Otak mulai bercelaru. Bila fikirkan yang Izz ada kata dalam tadi. Aunie mulai gelabah. Takan lah... Oh tidak oh tidak... Izz!

Terus sahaja Aunie bawa dirinya menyelam kedalam sungai tersebut. Mencari Izz di dasar sungai. Tapi bila tidak nampak apa-apa Aunie timbul semula ke permukaan sungai. Air mata sudah pecah. Dia tidak mahu, dia tidak mahu perkara itu jadi lagi. Izz tidak akan tinggalkan dirinya seperti ini. Tidak!

"Izz! " Jerit Aunie lalu sekali lagi cuba mencari Izz di dalam dasar sungai itu. Tapi tudung express yang dia kenakan membataskan penglihatannya. Terus kain tudung itu melilit wajah Aunie yang menyebabkan Aunie tidak dapat melihat. Dia tidak mampu bernafas. Kakinya masih mampu mengawal imbangan badan tapi tudung itu menyebabkan dia hilang nafas. Aunie cuba buka akan tudung itu tapi air yang Agak deras itu membuat dia tidak mampu membuka tudung itu.

"Izz! " Jerit Aunie lagi. Oksigen tidak mampu dia hirup apabila Aunie sudah hilang imbangan. Kakinya sudah tidak mampu di kawal. Dia mengucap dalam hati semampu yang dia boleh. Air sudah masuk melalui hidung dan mulutnya. Perut pun sudah penuh menerima air deras itu. Aunie tidak mampu buat apa-apa. Matanya mulai layu, tenaganya mulai hilang. Jika ini lah pengakhiran hidupnya, Aunie redha...

Tiba-tiba satu benda besar menerpa ke arahnya. Tubuh Aunie di rangkul kemas dang cepat sahaja di bawa ke daratan. Perlahan tubuh itu di letakkan di atas pasir sungai. Izz cepat sahaja buat CPR bila Aunie tidak beri respon saat dia menampar wajah itu lembut berberapa kali.

Satu kali... Dua kali... Tiga kali...

Baru Aunie sedar dan memuntahkan air yang ada di dalam perutnya. Izz mengucap syukur lalu tubuh Aunie yang lemah itu di peluknya erat. Bagai tidak mahu di lepaskan. Di kucup dahi Aunie berulang kali. Dia takut, dia takut akan kehilangan insan tersebut. Sayang dia bukan di buat main.

"Aunie... " seru Izz dengan tangisan. Tersedu-sedu Izz menangis melihat Aunie yang terkapai kelemahan itu. Dia bawa kepala itu ke dadanya.

"Saya minta maaf. " Kata Aunie dengan suara serik-serik bahasa. Tangannya terus menyentuh pipi Izz yang sudah basah bercampur tangisannya. Izz menggelengkan kepala. Itu bukan salah Aunie. Salah dia sebab tinggalkan Aunie tadi. Niat mahu mengambil buat jambu air yang ada di tepi sungai itu. Tapi bila dia balik semula tempat mereka mandi tadi. Mahu jugur jantung Izz tengok Aunie sudah lemas di tengah sungai itu. Izz buang semua apa yang di kutipnya dan terjun menyelamatkan Aunie.

"Tak, salah saya sebab tinggalkan awak." air mata keluar lagi. Aunie senyum kecil, air mata Izz di sekahnya dengan ibu jari.

"Janji jangan buat macam tu lagi. " pinta Aunie. Izz menganggukkan kepalanya. Tidak sesekali dia akan buat seperti itu. Aunie lah segalanya bagi dia.

"Aunie! "

Izz jadi cemas bila Aunie sudah menutup matanya. Dia tidak mahu Aunie meninggalkannya.Dia tidak rela. Andai nyawa boleh di tukar ganti. Izz sanggup nyawanya di ambil sebagai ganti untuk Aunie.

"No, no, Aunie! "

Jeritan Izz sayup-sayup kedengaran di corong telinganya. Semakin lama semakin pudar, Aunie akhirnya hanya nampak hitam...

"No! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience