Rate

8

Romance Series 61656

Izz menyandarkan badannya pada kepala katil. Aunie yang sudah terlelap di sebelahnya di jeling. Wajah Aunie di sentuh. Dia menundukkan badannya lalu mengucup dahi Aunie. Sayangnya pada si isteri yang sudah seminggu di kahwinnya. Izz menegakkan badannya semula. Ingatan kembali merewang pada cerita kakak Iparnya.

Farisha yang menatang dulang itu duduk di hadapannya. Cawan yang sudah di sediakan Farisha tuangkan air kopi. Perlahan dia beri pada Izz. Dia ambil cawan tersebut walaupun hatinya mulai di garu ingin tahu.

Farisha melepaskan nafasnya. Persoalan Izz itu sangat menekan jiwa. Dia tidak sepatutnya menceritakan hal itu pada sesiapa. Tidak perlu untuk buka kisah lama. Tapi memandangkan Izz sudah bertanya. Dia pun bukan sesiapa. Suami adiknya juga. Biar lah, dia jelaskan semua untuk pengetahuan lelaki itu. Biar Izz tahu siapa Izam sebenarnya.

"Izam tu tunang Aunie dulu. " Farisha memulakan kata. Izz tekun mendengar.

"Dia orang yang paling Aunie sayang antara kawan kawan dia. Aunie gembira sangat bila dapat tahu yang Izam pun menaruh hati dekat dia. Bila dah suka sama suka, dua-dua pun dah jatuh cinta. Jadi mereka tunang lah. " cerita Farisha di awal kisah Aunie dengan Izam.

"Kenapa dia orang putus tunang kak long? " kini Izz menyampuk. Tidak mahu dia dengar kisah cinta antara Aunie dengan lelaki bernama Izam. Yang dia mahu tahu sekarang ini kenapa mereka putus tunang.

Nafas di hela.

"Mereka bukan putus tunang Izz. Tapi... " Farisha terjeda. Dia tidak tahu bagaimana mahu cerita pada Izz perkara itu. Hal yang sangat menakutkan sesiapa yang melihat, mahu pun mendengar. Patutkah dia teruskan cerita?

"Tapi? " Izz mulai tidak sabar. Kata kata Farisha itu buat dia semakin rasa gunda gulana. Perkataan tapi itu sangat menarik minatnya untuk tahu kesudahan cerita.

"Izam meninggal dunia selepas beberapa hari mereka tunang. "

Izz yang tadi layu badannya kini sudah menegak. Meninggal dunia? Maksudnya mereka putus tunang sebab lelaki itu meninggal dunia? Wajah Farish berubah. Bibirnya mulai bertukar pucat. Izz semakin di rindun pelik.

"Dia me... men... ningal... Se... Sebab kena langgar kereta. Di hadapan di depan mata kami.Depan mata Aunie!" jelas Farish lagi. Izz tidak tahu macamana untuk beriaksi sekarang ini. Antara mahu sedih, menangis tak tentu pasal atau pun tenang dengar cerita si kak long. Izz jadi bingung sendiri. Apa yang perlu dia lakukan.

"Aunie tu lain Izz. " air mata yang tadinya di paksa agar tidak keluar dari tubir mata kini melimpah juah. Dia sedih bercerita akan hal ini pada Izz. Tapi nampak ke ikhlasan Izz yang mahu tahu benar cerita tersebut buat hati Farisha tambah sayu. Tak sangka, Izz benar-benar mahu mengenali hati Aunie yang di selubung rasa rindu. Rindu pada arwah Izam.

"Sebelum ini. Dia tak nak kawan dengan mana-mana lelaki. Hati dia kunci serapat mungkin supaya tiada satu pun akan berjaya memiliki hati dia. Sebab terlalu sangat dengan janji dia dengan arwah Izam, dia sanggup pekakkan telinga. Buatakan mata, bekukan perasaan semata-mata untuk Izam. Tapi Aunie tak sedar, cara dia tu seolah-olah Izam masih hidup. Dia buat tak tahu tapi sebenarnya Aunie dah teruk. Fikiran dia mula merewang tak tentu pasal. Sampai dia nekad nak bunuh diri. "

Izz tergamam mendengar apa yang Farisha ceritakan. Aunie sanggup bunuh diri pasal mamat Izam itu? Api cemburu mulai menyelinap di hati. Cepat cepat dia beristighfar menghilangkan rasa itu. Tidak baik sekiranya cemburukan orang yang sudah pergi. Syaitan akan selalu berbisik mahu menyesatkan umat manusia. Hanya dengan diri sendiri, kita mampu bezakan mana yang baik mana yang betul.

"Macam macam kami cuba bantu dia Izz. Dari bantuan hospital sehinggalah guna cara islam. Akhirnya Aunie pasrah dengan pemergian arwah. Kami ada cuba juga nak bagi dia semangat untuk lepaskan arwah Izam lagi dengan cara kenalkan dia dengan kawan aka, kawan abang long. Tapi satu pun dia tak nak. "

Farisah menarik nafasnya sedikit sebelum menyambung semula ceritanya.

"Dia tak pernah pun nak cakap pasal hal cinta ini kan pula nak kahwin. Walaupun dia dah sedar akan pemergian arwah. Tapi Aunie masih menghadapi masalah kemurungan. "

"Dia masih berharap akan kasih Izam. Dia pasti Izam akan tunggu dia di akhirat kelak. Aka ingatkan dia kan macam ni sampai bila-bila. Tapi rupanya apa yang aka fikir tu meleset. Semuanya bila dia jumpa dengan Izz. "

"Maksud aka? "

"Bila dia jumpa Izz. Aunie cakap dia nak mendirikan rumah tangga. Kami semua terkejut gila. Sebab Aunie tu kalau dah sayang orang, cinta dia tak akan mudah untuk terbahagi. Hatinya hanya ikhlas untuk seorang. Tapi bila dengar apa yang dia cakap. Semua rasa happy. Sebab bukan mudah nak bagi orang move on Izz. Nak ambil masa tu mungkin sampai berbulan. Aunie tu bertahun. Jadi kami pun setuju walaupun tak kenal Izz siapa. "

Izz yang tadi merenung wajah Farisha mulai menundukkan apabila semua seisi keluarga mulai bertapak di ruang tamu. Menemani mereka berdua yang sudah tegang wajah menerima hakikat yang telah Allah swt rancang.

"Kami sangat bersyukur Izz sebab Aunie pilihan Izz untuk jadi suami dia. Walaupun Izz baru sahaja jadi ahli keluarga kami. Tapi cara Izz layan Aunie buat kami rasa gembira. Izz tak kekok nak berada di dalam keluarga yang serba kekurangan macam kami ini. " Sampuk si Ayah yang sudah menunjuk muka sedihnya. Nak tengok puan Aminah? Menangis sudah wanita itu sejak dari tadi.

"Ayah, Izz kahwin dengan Aunie ikhlas. Izz akan buat apa sahaja untuk orang-orang yang Izz sayang. Bagi Izz keluarga ini dah sangat melengkapi satu dengan yang lain. Jatuh bangun sama-sama. Jadi Izz pun nak ada rasa itu dalam diri Izz. Kasih sayang yang melimpah ruah kat keluarga ini sangat Izz kagumi. Izz perlu belajar menghargai apa itu kasih sayang. " balas Izz tulus. Semua mata yang memandang ke arahnya sudah senyum manis. Masing-masing dengan air mata. Si abang long pun ikut sama.

"Izz! "
Jeritan itu mengejutkan mereka semua. Baru sahaja mahu melihat Aunie yang berada di dalam bilik. Aunie sudah keluar meluru mencari suaminya. Bila nampak Izz sudah berdiri melihat ke arahnya. Cepat di ratap tubuh itu. Aunie peluk semahu-mahunya Izz yang sedikit tercengang dengan tindakannya itu.

"Darling. Kenapa ni? " Lembut sahaja dia bertanya sambil menggosok gosok belakang badan Aunie. Bahu Isterinya sudah naik turun maksudnya Aunie sudah menangis. Perkataan malu hilang depan keluarga. Tidak di hiraukan senyuman yang sudah meniti di bibir mereka.

"Saya minta maaf. Sebab saya awak susah! " Sedu Aunie. Izz tersenyum kecil. Alahai isteri dia sudah buat segment wayang cinta di depan keluarga pula. Tunggu lah sampai masuk bilik sayang oii.

"Its okey. Saya tak marah kat darling pun. Saya kan sayang darling. " pujuk Izz apabila pelukan di leraikan. Air mata yang mengalir di sekah Izz perlahan. Wajah itu mulai kemerah merahan dek tangisan yang menggila. Izz senyum, akhirnya. Air mata itu di lepaskan juga untuk dirinya. Dan dia tahu bukan untuk sesiapa mahu pun Izam.

"Napa darling nangis? Apa saya dah buat sampai darling saya ni nangis? " soal Izz. Entah kenapa air matanya naik gatal mahu melimpah. Cepat sahaja Izz seka. Melihat Aunie yang sudah menangis akan dirinya. Izz jadi tahu sendiri, dia penting di sisi Aunie. Isterinya itu mulai menerima dia sebagai seorang yang penting dalam hidupnya.

"I need you." tutur Aunie jelas tidak jelas tapi cukup untuk Izz menangkapnya.

"But why? " pancing Izz lagi. Dia mahu dengar sendiri dari mulut gadis itu yang dia juga mulai mencintainya.

"I really love you. "

"Me too darling. I always love you. And my love never end! "

Sekali lagi tubuhnya di peluk erat oleh si isteri. Melepaskan segala resah di hati. Yang dulunya bertanda tanya. Ada kah apa yang dia lakukan ini betul? Mengahwini lelaki yang baru sahaja di kenali. Tanpa ada rasa cinta yang singah di hati kekumit pun? Tapi Aunie sedar, hilangnya Izz dalam hidupnya bagaikan hilangnya diri dia sendiri. Perasaan ini tidak seperti dengan arwah Izam. Yang hanya sempat menjadi tunangnya. Izz yang lebih tinggi pangkat darjatnya perlu di sanjungi. Kalau Izz meninggalkan dia, hidupnya pasti akan lebih teruk dari dahulu.

Semua yang memandang babak sedih itu mengucapkan syukur dalam hati masing-masing. Betul, Allah menguji hambanya dengan apa yang hambahnya itu sendiri mampu tempuhi. Tidak sesekali memberi dugaan yang di luar kemampuan mereka. Sungguh, niat yang maha Esa sanggatlah memberi hikmah. Kita hanya mampu merancang, segalanya terletak di tangan tuhan. Sekiranya itu yang terbaik, maka Allah akan datangkan susah dahulu. Jika itu akan mendatangkan kemudaratan akhirnya. Perkara itu akan jadi senang di awal permulaan dan di timpa pelbagai dugaan yang Inshallah akhirnya ada kemanisannya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience