Rate

2

Romance Series 61656

"Aunie! Kau dah kahwin dah. Tahniah! "
Ujar Syaf serayu memeluk Aunie

"Terima kasih Syaf sebab datang ye. "
Tangan Syaf di gosok-gosok Aunie gembira. Rakan sekerjanya itu datang juga walaupun dia sibuk.

"Ehrem! "
Derhaman itu mematikan lamunan Aunie. Dia mendongak kan kepalanya apabila ada tangan yang sudah mendarat di bahunya. Siapa lagi kalau bukan Izz. Suaminya.

"Alamak, cik abang dah sampai. Aku pergi dulu ye. " Pinta Syaf apabila Izz sudah senyum manis di sisinya. Faham akan pandang Izz itu, mahu berdua-duaan dengan Aunie. Macam dia tidak faham. Pantas tubuh Aunie di peluknya lalu satu ciuman di berikan sahabatnya itu.

"Jaga dia baik-baik tau. " Sempat lagi Syaf pesan begitu pada Aunie dengan mengenyit kan mata. Aunie senyum melihat gelagat Syaf. Sungguh, kasihnya pada Syaf hanya Allah yang tahu.

"Siapa tu? " Soal Izz apa bila hilang bayang Syaf.

"Kawan. " Balas Aunie sepatah.

"Kawan yang macamana? "

Aunie menjeling ke wajah Izz hairan. Ai? Nak tahu juga ke? Takan lah dengan si Syaf pun dia nak cemburu juga.

"Kawanlah. "sejurus dengan itu Aunie meninggalkan Izz yang masih berbaju Melayu. Sedondon dengannya. Aunie terkedek-kedek berjalan apabila baju kebaya moden yang di gayakannya itu terlalu panjang. Susah untuk dia berjalan saat ini. Apabila dia mahu melangkah setapak, hujung bajunya itu dia terpijak yang menyebabkan Aunie hilang imbangan dan....

"Are you okay darling? "
Aunie dapat rasakan tangan yang memeluk pinggangnya erat dari jatuh. Wajah Izz di lihat saat Aunie membuka matanya. Nasib baik lah aku tak jatuh!
Izz menolong Aunie bangun. Entah macamana, Aunie terpijak kaki Izz yang menyebabkan suaminya menjerit kesakitan. Aunie cemas. Sakit sangat kah aku pijak kaki dia.
Baru sahaja Aunie mahu melihat kaki Izz yang tertutup dengan baju kebayanya. Sepantas kilat Izz mendokong erat badan Aunie. Terbutang mata Aunie apabila Izz kini berjalan sambil mendokongnya. Tangan terus di lingkarkan pada leher Izz. Takut nanti dia jatuh.

"Awak tak malu ke? "
Apabila ada suara-suara sumbang yang menyatakan Izz dengan Aunie pasangan yang sweet. Makcik-makcik dia lah tu. Aduhi!!! Malunya.

"Buat apa saya nak malu . Awakkan isterinya saya. " Mendengar apa yang di katakan Izz itu, memerah wajah Aunie, panas. Dia terus menyembunyikan wajah di dada Izz yang membuatkan Izz ketawa. Nakal! Nakal! Nakal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience