Rate

3

Romance Series 61656

Aunie masuk ke dalam biliknya. Bilik yang sederhana besar itu sudah di hiasi cantik. Tilam di lapik cadar baharu. Coraknya pula bentuk hati. Aunie senyum sendiri. Perlukan dia buat semua itu hanya untuk buatkan hati Izz senang. Sedangkan dia? Bagi Aunie , dia bukan tidak mencintai lelaki itu.
Tapi hatinya belum mampu menerima suaminya itu sepenuh hati. Ingat lagi peristiwa 4 bulan lepas. Cara Izz mengajak dirinya untuk berkahwin memang lain dari yang lain.

"Jom kahwin!"

Bulat mata Aunie melihat lelaki itu. 'The what? Dia nak kahwin dengan aku? '

"Awak main-main kan? "
Aunie tidak percaya. Lelaki itu pasti mahu bergurau dengannya.

"Nope! Saya nak kahwin dengan awak! "
Kata lelaki itu sekali lagi.

"Walaupun tanpa cinta? "

Lelaki itu senyum mendengar apa yang keluar dari mulut Aunie. Gelas yang masih separuh penuh itu menjadi tempat dia menghilangkan rasa. Di tatap wajah Aunie yang masih mahu jawapan darinya.
Izz menarik nafas dalam sebelum menjawab soalan Aunie.

"You know what Aunie. Mungkin cinta belum lagi hadir antara kita. Tapi saya yakin dengan kuasa Allah. Tentu ada hikmah di sebaliknya kenapa kita di temukan. 3 kali berturut-turut saya, awak nampak muka yang sama. Lepas tu, mama kenalkan awak dengan saya. Awak rasa apa maksud di sebalik semua ni. Takdir. "

Aunie diam. Dia bersandar pada kepala bangku. Benarkah apa yang Izz cakap. Mereka di takdirkan bersama? Memang betul, dalam sebulan ini. Mereka asik terserempak sahaja. Tapi tiada yang berlaku, cuma mata sahaja yang berbicara. Tapi bila Datin Hasnita, rakan kepada Ibu dia memperkenalkan dia dengan anak tunggal mereka. Baru lah Aunie kenal siapa Izz Irfan.
Baru 2 kali mereka keluar bersama. Izz sudah mengajak dia untuk berkahwin. Betul kah apa yang lelaki ini fikirkan?

"Tapi Izz, semua ni cuma secara kebetulan. Awak tak rasakah apa yang awak buat ni terburu-buru?"

Pantas Izz menggelengkan kepala.

"Kita dah kenal sebulan lebih Aunie. Awak tak yakin ke?"

"Kita cuma bertembung macam tu je. Ini pun baru dua kali kita buat temu janji. Awak tak risau bila kita dah kawin nanti. Awak tak dapat terima saya. Awak tak takut ke semua tu jadi. "

Ya, itu sebab Aunie takut untuk menerima Izz. Dia takut selepas mereka berdua kahwin nanti Izz akan berubah arah. Sebelum kahwin, beria-ia mahu berkahwin. Tapi bila sudah sah menjadi suami isteri. Semua tanggungjawab hilang entah ke mana. Alasannya sebab tidak mencintai satu dengan yang lain.

Izz melepaskan nafas lemah. Hatinya benar-benar mahu menjadikan Aunie sebagai yang halal buatnya. Dia tidak tahu kenapa. Tapi bagi Izz. Aunie orang yang pertama mampu menjadikan tulang rusuknya bergetar. Apabila semua itu dia rasai. Dia yakin, Aunie lah tulang rusuk yang di carinya selama ini.

"Sebab saya yakin. Awak orang yang betul-betul sesuai jadi pendamping saya dunia dan akhirat. Aunie, mana lebih baik. Saya kahwin dengan awak lepas tu kita bercinta lepas kahwin. Atau pun awak nak kita bercinta dulu. Lepas tu saya tinggalkan awak bila awak betul-betul dah jatuh hati dengan saya? "

Diam. Aunie terdiam mendengar apa yang di katakan oleh Izz. Renung yang di berikan lelaki itu kelihatan sangat iklas padanya. Hatinya kini bergaduh dengan otaknya sendirian. Hati kata jangan, otak kata ya. Mana satu yang patut dia pilih? Hati atau otak? Ahhhhh! Aunie jadi pening.

"Kalau awak rasa saya ni tak layak untuk awak. Awak call saya terus. Tapi kalau awak rasa saya ni yang terbaik untuk awak. Call mama saya. Assalamualaikum. "

Izz bangun lalu note yang tertulis 50 itu di letakkan pada meja. Aunie terkebil kebil melihat Izz yang sudah jauh di hadapan. Sekejap sahaja, bayangan lelaki itu sudah hilang. Kepala di urut urut. Apa yang dia patut buat sekarang ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience