Rate

5

Romance Series 61656

Izz tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di lihat sahaja pili paip yang sudah di pusing dua tiga kali. Tapi air tidak keluar pun. Izz mendengus lemah. Kelmarin dia terpaksa tidur tidak mandi disebabkan mata sangat mengantuk. Ahli keluarga isterinya pula berebut-rebut masuk ke bilik air. Ini lah kalau dah hidup kat kampung, cara kehidupan dia di bandar lain benar dengan di kampung isterinya. Tidak apa lah, yang penting isteri dia gembira dia pun gembira. Malu Izz bila tidur di sebelah Aunie. Badanya rasa sangat melekit dan tidak selesa. Tapi Aunie...

"Darling tak kisah ke kalau saya tak mandi ni? " soal Izz dengan wajah merah padam. Aunie yang berada di sebelahnya di pandang. Cahaya bulan dari luar jendela menolong dia untuk melihat wajah sang isteri. Aunie tersenyum mendengar apa yang Izz katakan. Pantas tubuh Izz di peluknya erat.

"Tak pun. Awak kalau tak mandi pun wangi. Lain lah kalau saya ni. Bau badak sumbu! " kata Aunie sambil ketawa. Izz menggaru-garu kepalanya. Wangi kah dia ini? Dia rasa lain macam sahaja aroma badan dia sekarang. Kenapa Aunie kata wangi. Pelik!

"Serius lah darling. Saya tak nak awak tendang saya nanti. Sebab busuk! " Izz tidak membalas pelukan isterinya itu. Di khuatir bau badannya melekat pada Aunie yang wangi bukan main lagi. Tapi Aunie tidak endahkan, malahan dia letakkan kepalanya di dada Izz.

"Betul lah. Awak tak busuk pun. "
Aunie cuba yakinkan. Tapi mimik muka Izz yang nampak berkerut-kerut itu tanda yang dia masih belum percaya dengan kata-katanya.

"Ye ke. Saya dah rasa lain macam dah ni. " Tangan sebelahnya di angkat. Izz hidu tangan sebelah kanannya. Itu yang di katakan Aunie wangi. Macam bangkai ada lah. Erhhh!

"Awak nak tahu kenapa saya cakap awak wangi? " soal Aunie tiba-tiba. Izz yang dengar akan soalan separuh berbisik itu menoleh melihat Aunie.

"Kenapa? "

"Sebab bau badan suami ni tak menganggu isteri. Kalau orang lain kata awak ni busuk, saya tak rasa. Sebab aurah seorang suami dengan lelaki yang baru setakat boyfriend ni lain. Tak sama!" Jelas Aunie panjang lebar. Izz sudah tersenyum. Pandai betul isterinya itu mengambil hatinya. Cepat saja tangan memeluk si isteri.

"Kalau macam ni lah. Saya tak nak mandi sampai bila-bila. Sebab saya tahu awak tak marah punya. " kening di angkat-angkat. Aunie senyum sambil mengangguk kepala.

"Kalau awak tak mandi sampai bila-bila pun saya tak kisah. Tapi jangan harap lah boleh masuk bilik lagi. Tidur kat luar lah jawabnya. "
Ketawa Izz mendengar amaran yang di katakan isterinya itu. Lawak betul sampai dia rasa mahu saja gelak kuat-kuat. Tapi bila ingat yang bukan mereka berdua sahaja di dalam rumah itu. Izz ketawa ala kadar sahaja.

"Awak. Kenapa belum mandi ni? "
Aunie yang berdiri di luar bilik mandi di pandang hairan oleh Izz. Kenapa Isterinya itu tercegat di sana.

"Air tak ada lah. Tak boleh mandi ."
Balas Izz. Kepala Aunie yang bertudung express itu di belai kasih.

"Ha, tak ada air? " Sampuk Puan Aminah yang melintas anak dan menantunya. Dia dengar perbualan mereka tadi.

"Ha' ah ibu. Tak ada air. Macamana ni Aunie nak mandi. " rengek Aunie pada ibunya. Puan Aminah rasa segan pula apabila anaknya itu berkelakuan seperti itu di depan Izz. Kepala di garuh. Saat mata terlihat akan suaminya. Cepat sahaja puan Aminah memanggil.

"Macamana ni bang. Air tak ada ni. " luah puan Aminah pada encik Ahmad. Suaminya itu sudah berpakaian baju panjang lengan. Pakaian rasmi ke kebun.

"Apa susah. Pergi je lah sungai tu. Boleh mandi dekat sana. " Cadang encik Ahmad.

"Alah abang. Tak gatal ke air tu. Takut nanti lain pula yang jadi dengan anak menantu kita. Dia tu tak biasa abang. " ujar puan Aminah. Dia mengerling ke atar Aunie dengan Izz yang sibuk bercerita sesuatu. Entah apa yang di ceritakan sampai merah padam muka Aunie.

"Tak ada yang nak di risaukan lah. Masa meracun dah habis dah. Air tu tak gatal pun. Dah abang nak jalan dulu. Suruh je Izz tu guna moto abang. "
Pesan encik Ahmad lalu melangkah keluar dari dalam rumah. Puan Aminah mendapatkan Aunie dengan Izz. Cakap saja lah apa yang suami dia cakap tadi.

"Ayah suruh mandi dekat sungai. Izz tak kisah kan? " takut lelaki itu menolak. Puan Aminah tahu macamana perangai Izz. Rakannya datin Hasnita banyak cerita akan anak tunggalnya seorang itu. Cerewet orangnya. Tapi dalam cerewet Izz, boleh pula dia pilih Aunie jadi isteri dia. Kuasa Allah swt.

"Sungai? " soal Izz hairan.

"Ha'ah. Sungai, pernah tak pergi? " Aunie mendongak melihat Izz. Lelaki itu mengangguk tanda yang dia pernah.

"Kalau Izz tak kisah. Boleh je pakai moto ayah. " Kata Puan Aminah lembut.

"Tak pun Ibu. Izz pun dah lama tak mandi dekat sungai. Mesti Best kan. " Agak Izz dengan senyuman mekar di bibir. Puan Aminah senang hati dengar apa yang Izz katakan. Bagus lah kalau anak menantunya suka.

"Yea!!!!! Mandi sungai! "
Jerit Aunie gembira. Ini lah tiba saatnya dia lakukan aktiviti renang yang lama dia tidak berpeluang untuk buat selama ini. Dalam hati Aunie sudah menjerit syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience