Rate

1

Romance Series 61645

"Aku nikahkan dikau dengan Aunie Syar binti Ahmad dengan maskahwinnya 100 ringgit tunai."

Sejurus dengan itu tok kadi mengoncangkan tangannya menandakan lelaki itu perlu melafaskan akad dengan sekali nafas.

"Aku terima nikahnya Aunie Syar binti Ahmad dengan maskahwinnya 100 ringgit tunai. "

Tok kadi melihat dua orang di sisinya lalu bertanya akan benar sebutan si lelaki atau pun tidak. Kedua-duanya mengangguk yang membuat semua orang menadahkan tangan berdoa dengan 'sah' nya hijab kabul antara Aunie Syar dengan Izz Irfan.

Di peluk tubuh Aunie yang kecil itu seerat-eratnya. Pipinya pula kini di cium tanda kasih. Puan Aminah bersyukur, anak keduanya itu sudah menjadi isteri orang. Selepas diri di dakap erat oleh sang ibu. Kini giliran kakak dan adik perempuannya pula yang memeluk dan menciumnya.

Namun, tindakannya terhenti apabila suaminya sudah duduk melutut di hadapannya. Terketar tangan Aunie menyalam tangan Izz. Bagai ada kuasa elektrik yang mengalir ketubuhnya saat kulitnya bersentuh kulit lelaki itu. Mak ai! Sejuk gila! wajah suaminya di renung lama. Pucat betul wajah Izz saat ini. Takut sangat ke?
Apabila tangannya di cuit, Aunie baru sedar apa yang dia lakukan. Izz menyarungkan cincin di jarinya. Demikian juga dia membuat perkara yang sama. Pantas bibir cium tangan kasar itu. Terima kasih Allah sebab lancar pernikahan kami walaupun aku belum mencintai dia. Tapi Inshaallah perasaan tu ada nanti.

Sejurus dengan itu, dagu Aunie di angkat dan dahinya di cium oleh Izz lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience