Rate

4

Romance Series 61656

"Darling! "
Seru Izz apabila dia sudah masuk kedalam bilik milik Aunie. Takut tersalah bilik pula. Nasib baik adik iparnya itu tidak marah apabila dia masuk bilik yang salah. Cepat sahaja adik iparnya itu mengusik dia.

"Kata girlfriend. Tapi bilik angah pun abang ngah tak tahu. Apa lah abang ngah ni. " Kata Umairah yang menunjukkan bilik Aunie pada Izz. Izz hanya mampu senyum sumbing bila dia dengar adik iparnya berkata begitu.
Memanglah angah tu girlfriend abang. Tapi kami kena kawin dulu baru tahu macamana girlfriend abang tu sebenarnya.

Kaki di panjangkan melangkah bila tiada siapa pun yang menjawab. Biar betul adik iparnya itu. Mana tahu Umairah mahu mempermainkan dia. Bilik yang dia masuk ini bilik kakak iparnya pula. Habislah dia kena libas dengan penyapu oleh suami kak long.

Izz mencari dari mana bunyi tersebut apabila dia dengar ada seseorang yang berbisik-bisik. Kepala di garuh. Patutkah dia pergi tengok? Ah dah memang sah pun bilik Aunie. Tengok je lah. Mana tau cicak tengah bergaduh ke. Boleh juga dia tolong jadi tukang sorak.

Matanya terbutang apabila mengetahui siapa yang berbisik-bisik itu. Aunie yang hanya mengenakan sarung batik dan tidak bertudung tertunduk -tunduk mencari sesuatu di dalam beg pakaiannya.

"His, aku ada letak kat sini. Mana dah dia pergi? "

Aunie yang membebel seorang diri itu di pandang minat oleh Izz. Bahagian belakang Aunie yang terdedah menaikkan naluri ke lelakinya. Perlahan Izz memeluk tubuh itu.

Sejuk terus badan Aunie apabila dia kini sudah berada dalam pelukan Izz. Lelaki itu bagai di sampuk apabila dia mengganas cuba mendapatkan apa yang di mahukan oleh setiap suami. Aunie tidak tahu bagaimana untuk dia menerangkan pada suaminya itu.
Bila Izz cuba bertindak lebih dari itu. Pantas Aunie menolak dada bidang itu lembut.

"Sorry. Saya tak boleh tunaikan apa yang awak nak malam ni. " Tutur Aunie perlahan. Izz yang sedikit kecewa dengan tindakan Aunie itu mengangkat kening.

"Kenapa? " soalnya ingin tahu.

Aunie mengetap bibir. Wajah Izz di pandang geram. Takanlah tak faham maksud dia kut. Di garu-garu bahagian belakang telinga menghilangkan resah. Nak bagi tahu ke tak? Aunie masih berkira-kira.

"Ada lah. "
Kata Aunie lagi. Walaupun Izz sudah sah menjadi suaminya. Tapi Aunie masih malu untuk menyatakan hal yang sebenar.

"Kenapa? "
Renungan Izz yang menggoda menambah lagi diebar di dadanya. Nafasnya jadi laju apabila Izz sudah menolaknya terbaring di tilam. Namun belum sempat jadi apa-apa. Aunie sudah menjerit menyatakan hal sebenar.
Izz menghentikan tindak lakunya. Rupanya, hal itu yang membuat Aunie menghalang dia dari cuba bertindak lebih dari itu. Satu ciuman di berikan pada pipi isterinya itu sebelum dia berdiri.

"Kenapa tak bagi tahu. Ingat apa lah sebabnya."
Aunie sudah duduk di atas tilam itu. Kakinya terjuntai seperti tadi.

"Malu lah. " Ujar Aunie lalu menutup wajahnya dari di renung Izz seperti itu. Izz ketawa kecil melihat gelagat isterinya itu. Comel betul.

"Malu konon. Tapi boleh je duduk depan saya tak pakai baju. "
Sejurus itu Aunie lintang-pukang berlari dari di lihat Izz. Dia lupa yang dia masih menggunakan sarung batik pada saat itu.
Ketawa besar Izz jadinya saat Aunie menujukan penumbuknya. Lawak benar isterinya itu. Dalam hati Izz sudah mengucapkan syukur. Syukur Allah menghadiahkan dia dengan isteri secantik Aunie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience