Chapter 5

Romance Completed 17677

BAB 5 :

KAU SANA AKU SINI

Amylia kembali ke sekolah setelah cuti selama tiga hari. Dia kembali dengan perasaan yang baru. Dia tidak mahu lagi memikirkan tentang cinta. Sekarang, elok tumpu perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.

Kejayaan perlu dikecapi, barulah cinta sejati dapat dihargai.. kan kan?

"Lia rindulah.." rakan-rakan Amylia menyambut kedatangannya dengan gembira.

Tidak jauh dari situ, Fatah memerhati. Hatinya yang kosong selama dua, tiga hari kebelakangan ini tiba-tiba berbunga apabila melihat kedatangan Amylia hari ini.

"Hai Lia." Fatah menegur sambil menghadiahkan segaris senyuman.

Mendengar teguran dari Fatah, rakan-rakan Amylia sudah saling mengusik. Lelaki tegur perempuan weyh.. Batak lah sikit.. HAHA!

Amylia memandang Fatah apabila dia ditegur. Melihat senyuman yang dihadiahkan oleh Fatah membuatkan jantungnya berdegup dengan laju. Tetapi dia berpesan dalam diri. Tidak akan tertipu dengan segala rayuan gombal daripada lelaki itu !

"Hai.." balas Amylia tidak ikhlas. Sempat dia menjeling Fatah.

Kelakuan Amylia mengejutkan diri Fatah. 'Kenapa ni ? macam marah je ? aku buat salah ke ?'

***

Dahi Amylia terukir garis-garis halus. Marah ada. Geram ada. "Kenapa suka-suka masukkan nama aku ni? Aku tak tanya lagi kat bapak aku tau!" marah Amylia.

"Alaa.. Lia. kau join jelah.." kata Rania. Dia memandang dengan Amylia sambil membuat muka simpati. Rania itu memang suka melebih-lebih orangnya. Bak kata kawan-kawannya yang lain ratu over.

Sempena cuti sekolah, mereka sekelas bersetuju mengadakan perkhemahan selama tiga hari dua malam di Agrotek Resort , Kuala Selangor.

Amylia memang teringin bersama-sama rakannya berkelah dan menghilangkan tekanan yang melanda dirinya kebelakangan ini. Tetapi sebaik saja tahu Fatah akan turut sama mengikuti perkhemahan tersebut, perasaan terujanya untuk menyertai hilang serta merta.

"Jomlah Lia.. abaikan mamat tu. Kita pergi and kita enjoy sama-sama. Anggap je dia tu tak ada okey ?" rakan-rakannya berusaha memujuk lagi.

Amylia diam sebentar. Dia memandang Umairah. Rakannya itu juga turut mengharap penglibatannya dalam perkhemahan itu.

"Ermm.." satu persatu wajah mereka dipandang. "Okeylah..."Sebaik saja mendapat persetujuan daripada Amylia. Kesemua

rakannya bersorak kuat. Yeah.. yeah...

***

"Sayang.. apa khabar denganmu, di sini ku merindukan kamu.. ku harap cintamu takkan berubah, kerna di sini ku tetap untukmu.." Suasana di dalam bas pelancongan itu kecoh dengan nyanyian mereka. Baik lelaki mahupun perempuan, kesemuanya sama-sama menyanyikan lagu yang bertajuk Sayang nyanyian Shae, penyanyi kacukan Australia dan Indonesia itu.

"Jangan ragukan cintaku.. percayalah sayangku.." Umairah yang berada di sebelah Amylia turut menyanyikan lagu itu.

Amylia sekadar tersenyum. Sesekali dia turut menyanyi sama. Mengikuti perasaan teruja rakan-rakan sekelasnya itu.

"Yeahh.. tak sabarnya nak berkhemah!" Azwa yang duduk di belakang tempat duduk mereka bersorak riang. Salah seorang rakan Amylia yang terkenal dengan sikap pelawak dan nakalnya itu menegur Amylia.

"Woi Ly..kau tak cuak ke?" soal Azwa dengan nada serius.

Amylia memusingkan kepalanya memandang Azwa. " Cuak? kenapa?" soal Amylia semula.

"Dengar kata.. salah satu program untuk malam esok ialah,nightwalk. Ada berani ke ?" dia bertanya.

Mendengar sahaja perkataan nightwalk itu, jantung Amylia berdegup laju. Dia diselindung perasaan ketakutan.

Nightwalk merupakan suatu aktiviti yang dilakukan pada waktu,malam. Selalunya aktiviti akan dimulakan tepat 10:30 malam dan berakhir pada pukul 12:30 malam. Caranya adalah, dengan membawa para peserta ke tengah-tengah hutan ataupun jalan

yang gelap kemudian seorang demi seorang dilepaskan pulang.

Para peserta dikehendaki mengikuti jalan yang betul supaya cepat sampai ke penamatnya. Sepanjang perjalanan mereka, mereka akan diusik oleh para pelakon yang ditugaskan menjadi 'hantu'. Aktiviti ini bertujuan untuk membina keberanian dalam diri para peserta. Walaubagaimanapun, aktiviti ini memang amat dibenci oleh penakut-penakut termasuk Amylia sendiri. Kenapalah dia boleh setuju mengikuti perkhemahan ini.

"Lia.. Lia.." Azwa mengusik Amylia dengan membuat nada yang menakutkan.

Muka Amylia jelas pucat. "Stop it lah Azwa.." pinta Amylia. Dia benar-benar ketakutan..

Mak .. nak balik..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience