Chapter 4

Romance Completed 17677

BAB 4 :

KAU SANA AKU SINI

Amylia berjalan dengan penuh riang. Senyuman tidak lekang dari wajahnya. Sesekali dia bernyanyi perlahan. Bahagia ya ?

Dari jauh Umairah memerhati Amylia. Jelas sekali hati rakannya itu sedang berbunga-bunga. Rasa ingin tahu timbul dalam hatinya.

"Lia !" tegur Umairah sambil memeluk lengan Amylia.

"Hah.. apa-apa.." soal Amylia seakan mengerti ada maksud di sebalik kemesraan Umairah.

"Macam tengah bahagia je? ada apa ni? Tak cerita pun kan.." kata Umairah dengan nada sedikit merajuk.

"Eh eh.. cerita apa? Salahkah kita happy macam ni?" Amylia menyoal namun senyuman masih tidak hilang dari wajahnya.

"See? mesti ada something ni. Cepat bagitahu ! kalau tak kita merajuklah!" ugut Umairah. Pautan lengan dileraikan. Dia memeluk tubuh.

"Ala ala.. janganlah merajuk. Okey-okey, kita bagitahu.." Amylia mengalah akhirnya.

Tak sanggup okey biar kawan baik merajuk lama-lama. Kemudian, Amylia menceritakan segalanya. Dari mula kena denda hinggalah Fatah mengatakan dia comel apabila ketawa. Dia bercerita dengan bersungguh-sungguh tanpa tertinggal satu perkara atau menokok tambah cerita. Kisah yang dia sampaikan itu sahih semata-mata !

"Huyoo.. untunglah orang tu kena puji.. Hahaha.." Umairah tumpang gembira mendengar cerita Amylia. Amylia tersipu-sipu malu. Dia dan Umairah bersama berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba mereka terserempak dengan Fatah dan rakan-rakannya. Kelihatan mereka sedang mengusik pelajar baru yang baru hadir semalam.

"Naseha. Fatah suka kat awak tau.." beritahu Amin. Salah seorang teman rapat Fatah.

Bahunya pantas ditumbuk oleh Fatah. Marah apabila dituduh sedemikian. Amin memegang bahunya yang kesakitan.

"Tengok , marah tanda suka.. suka tanda sayang.." dia mengusik lagi.

"Kau jaga kau Min. Aku dapat kau aku 'goreng' kau dalam kuali.." marah Fatah.

Pelajar baru yang bernama Naseha itu sekadar tersenyum simpul. Kelakar juga melihat budak-budak lelaki bergaduh. Kadang-kadang ayat yang digunakan ketika marah seakan tidak kena langsung! Tak masuk akal.

"Fatah suka Naseha. Fatah suka Naseha." Amin masih mengulangi usikan yang sama. Dia mengelilingi setiap penjuru kelas dan mengumumkan kenyataan tersebut. Apabila dikejar Fatah, dia cepat-cepat melarikan diri. Khuatir dipukul lagilah tu...

"Fatah suka.."

" Weyh gemuk..!"

Mereka terdiam sekejap. Fatah yang sedang memeluk bahu Amin kaku. Kedua mereka memandang Amylia dan Umairah yang berdiri di hadapan pintu. Wajah Amylia

dilihat masam.

"Pewitt.. skandal pertama Fatah dah datang..." kata Amin.

Rakan sekelas lain turut memandang. Mereka ketawa kecil. Teringat peristiwa yang berlaku kelmarin. Amylia dan Umairah masuk ke kelas tanpa bersuara.

Mereka menghampiri tempat duduk mereka. Pandangan Amylia tertancap pada Naseha yang sedang berborak mesra dengan rakan yang lain. Orangnya cantik, manis dan berkaca mata. 'Mesti budak pandai. Sebab tu Fatah suka dia.' hati Amylia sudah berkata-kata. Dia duduk di kerusinya dan memandang ke mejanya. Fikirannya melayang seketika. 'Aku baru nak rasa bahagia. Ingatkan Fatah mungkin ada simpan perasaan suka kat aku sikit. Siap puji aku comel. Tapi sekarang ? Aku dah ada saingan, dan aku yakin aku sendiri tak mampu tewaskan dia..'

Amylia memandang Naseha sekali lagi. Gadis itu turut memandangnya dan tersenyum. Amylia sendiri kagum dengan senyumannya. Apalagi Fatah? seorang lelaki?

***

"Tiga hari cuti? Lia nak pergi mana?" suara Umairah kedengaran di corong telefon bimbit.

Amylia menghela nafas. Telefon bimbit jenama nokia itu dipegang elok di telinga. Dia ban dan menghampiri jendela kamar.

" ... Lia sedih pasal Fatah eh ?" sekali lagi Umairah mengajukan soalan. Amylia tidak menjawab laju.

Dia cuba menahan air mata dari jatuh dengan mudah. Nafasnya ditarik lagi. Pada masa yang sama ingin menahan tangisan, Amylia juga tidak mahu rakannya itu susah hati memikirkan keadaan dirinya.

"Family kita nak balik kampung. Kami ada buat kenduri tahlil untuk arwah datuk. So, kita kena ambil cuti tiga hari. Boleh sampaikan pada cikgu kan?" Kata Amylia.

"InsyaAllah boleh. Tapi, Lia kena janji. Tak mahu sedih-sedih pasal Fatah lagi. Ya ?" pinta Umairah. Nada percakapannya berbaur risau. Dia tahu Amylia sedang kecewa. Kecewa dengan Fatah. Lelaki memang bijak. Bijak membahagiakan wanita dan bijak juga menyakiti hati wanita.

"Tak ada masa lah nak sedih pasal budak tu. Bukan sesiapa pun." Balas Amylia acuh tak acuh.

"Okeylah kalau macamtu... takmau sedih-sedih tau.." ujar Umairah. Sedikit lega dengan kata-kata Amylia.

Beberapa saat kemudian, talian diputuskan. Amylia merebahkan tubuhnya ke atas katil semula. Dalam hati, dia berazam. Berazam untuk melupakan Fatah. Cukuplah lelaki itu mengecewakan dirinya dalam diam. Dia tidak kuat lagi untuk menahan tikaman demi tikaman yang menusuk pada jiwanya. Air matanya juga sudah kering dihabiskan semata-mata menangisi lelaki yang tidak tahu menghargai perasaannya. "Mulai saat ini.. kau bukan lagi yang aku harapkan Fatah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience