Chapter 8

Romance Completed 17677

BAB 8 :

KAU SANA AKU SINI

Amylia membuka matanya. Azan subuh yang kedengaran membangkitkan dia dari tidurnya. Amylia memandang sekeliling. Dia di dalam chalet. Tubuhnya elok terbaring di atas katil.

Tidak silap dia, semalam dia dan Fatah... atau itu cuma mimpi? Amylia cuba bangun tetapi rasa sakit pada seluruh tubuhnya. Dia memandang tangannya yang dibaluti sehelai cebisan kain. 'Betullah.. bukan mimpi..' kata hati Amylia.

Dia teringat jelas Fatah mengoyakkan bajunya semata-mata untuk membalutkan tangannya yang luka. Tetapi, bagaimana dia boleh di dalam chalet ni ? Rakan-rakannya yang lain sudah ke surau untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

Amylia bingkas bangun. Membersihkan diri dan segera menunaikan solat Subuh.

***

" Klik..Klik.."

Gambar diambil satu persatu. Macam-macam gaya yang ditunjukkan. Amylia masih dengan gayanya. Senyum dan mengangkat dua jari tanda peace.

"Hoi.. bergambar pula, cepatlah naik bas.." Hafiz menjerit dari pintu masuk bas.

Rania memandangnya. " Nantilah jambul! Hari masih muda.." seloroh Rania.

Amylia memandang hutan yang berada di belakangnya, tempat yang bakal menjadi kenangan pahit buatnya. Tiba-tiba Amylia terpandangakan lampu suluh miliknya yang

berada tidak jauh tempat dia berdiri. Tanpa berlengah, dia berjalan memasuki pinggir hutan tersebut dan mengambilnya.

Amylia melihat jarak tempat itu dengan kem. Rupanya tidak jauh. Hanya beberapa meter sahaja sudah sampai ke kem. Mungkin suasana gelap malam tadi mengaburi penglihatannya. Tetapi kenapa sesama digendong Fatah semalam, dia merasakan Fatah berjalan agak lama. 'Tak kan Fatah sengaja amik jalan jauh pula? Sebab nak berdua dengan aku? Ish! Tipulah..'

Bahu Amylia dipegang lembut. Amylia memandang. "Jom.. nanti tertinggal pula," ajak Umairah. Amylia mengangguk.

***

Air kotak milo dihulur padanya. Dia mengangkat wajah. Kelihatan Naseha ,pelajar baru berada di hadapannya.

"Nas ganggu ke ?" soal Naseha. Dia membahasakan dirinya sebagai Nas.

Amylia menggeleng laju.

"Tak adalah. Duduk jelah.." pelawa Amylia sambil menunjukkan kerusi kosong di hadapannya.

Mereka berdua duduk bersama di dalam kelas itu. Rakan yang lain sudah ke kantin untuk mengisi perut yang sudah kelaparan. Amylia memandang Naseha. Baru sekarang dia dan Naseha saling bertegur sapa. Hendak diharapkan Amylia memulakan perbualan memang tak lah..

"Ambillah air ni. Nas belikan khas untuk Amylia.." katanya.

Amylia memandang air kotak berperisa milo itu di hadapannya. Memang minuman kegemarannya.,"Err.. tak apalah, kita boleh beli nanti. Panggil Lia je." balas Amylia. Segan diberi pemberian sedemikian. Daripada orang baru pula tu.

"Simpan saja duit tu. Nas belanja ni" tegas Nas dengan nada lembut.

Lambat-lambat Amylia menerima pemberian tersebut. Setelah,mengucapkan terima kasih dia mula menyedut air tersebut menggunakan straw .

"Kalau Nas tanya, Lia jangan marah tau.." Nas bersuara tiba-tiba.

Amylia memandang raut wajah gadis di hadapannya itu. Dia sudah pasti dengan pemberian Naseha itu. Pasti gadis itu mempunyai niat di sebaliknya.

"Belum tanya, dah cakap kita marah. Mana ada.. hmm, tanyalah," arah Amylia. Dalam hati sudah muncul pelbagai soalan yang meneka pertanyaan Naseha.

"Lia dengan.. Fatah bercinta ek?" tersedak Amylia apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Naseha.

Melihat Amylia tersedak, pantas Naseha mengeluarkan tisu dari dalam poketnya dan diberi pada Amylia. Mata Amylia sudah merah, rasa tersedak itu memang memedihkan.

"Eh.. sorrylah, Nas buat Lia tersedak pula," ucap Naseha. Raut wajahnya jelas melihatkan rasa bersalah.

Sambil menepuk-nepuk dada, Amylia melambai tangannya tanda 'tidak' kepada Naseha. Tidak mahu dia membuat gadis lembut itu dibebani rasa bersalah.

"Nas dengar cerita tu dari mana ?" soal Amylia sebaik sahaja sedaknya hilang.

" Fatah ada mesej Nas.."

Mendengar saja perkataa 'mesej', jantung Amylia hampir tercabut. Wahh.. Aku yang dah berkawan lama dengan dia pun tidak pernah berhubung melalui telefon bimbit , inikan budak baru yang tidak sampai sebulan usianya di sekolah itu. 'So , betullah yang Fatah dah ada orang lain...' Hatinya berkata.

"...dia cakap, dia minta maaf sebab kawan-kawan kaitkan dia dengan Nas. Sedangkan dia hanya anggap Nas kawan." Jelas Naseha.

Setelah mendengar penerangan penuh daripada Naseha, dalaman Amylia kembali tenang. Mujurlah bukan mesej untuk mengikat perasaan. Alhamdulillah...

Sambil membetulkan tudung, Amylia bertanya " Jadi, apa kaitannya dengan cerita Fatah bercinta dengan Lia?"

Naseha tersenyum. " Nas ada tanya, dia dah ada yang punya ke ? sebab tu ke dia takut digosipkan dengan Nas..and dia jawab.." Naseha sengaja menggantungkan ayatnya.

Membiarkan Amylia berperang dengan pelbagai jawapan di dalam mindanya. Amylia gusar. Cepatlah cerita ... cepat !

" ...dia cakap..."

Kata-kata Naseha terhenti disitu , dia pantas berdiri. Kelihatan seorang guru berada di hadapan kelas.

Terpandangkan jam dinding, barulah Amylia sedar bahawa waktu rehat sudah berakhir. Namun, dia masih mengharapkan Naseha menghabiskan ceritanya.

Lengan gadis itu ditarik sebelum Naseha berlalu pergi ke mejanya. Naseha memandang Amylia dan tersengih.

" Dia...

***

Dup ... dap ...dup... dap..

Amylia hilang fokus. Setiap apa yang disampaikan oleh guru yang berdiri di hadapan kelas langsung tidak melekat pada mindanya. Mindanya tidak dapat dikawal.

Sesekali anak matanya sengaja memandang susuk tubuh jejaka yang berada tidak jauh di hadapannya. Dia masih tidak percaya, dia masih ragu , dia masih menafikan semuanya !

'Dia suka Lia.. betul..'

Amylia memandang Naseha. Apa yang dikatakan oleh gadis itu bermain dalam kepalanya. Fatah suka aku ? Tak kanlah?

Kertas kajang tanpa tulisan itu dipandang. Renungan kosong kelihatan. Amylia cuba mengingati segalanya. Segalanya bagi membuktikan apa yang dikatakan Naseha itu fakta semata-mata. Bukan cuma rekaan ataupun khayalan.

"Lia ! Lia !"

Sebaik sahaja mengangkat wajah, Amylia sedar dirinya menjadi perhatian mata-mata di dalam kelas. Guru subjek pengajian am memandangnya dengan renungan yang tajam. Ya Allah, macammana aku boleh khayal macam ni ?

"Kamu termenung apa ? Boyfriend ?" Gurunya menyoal. Amylia tidak menjawab.

"Dia termenungkan Fatah cikgu. Rindu kat abe dia ni.." Hafiz mencelah sambil menepuk-nepuk badan belakang Fatah.

Fatah jadi segan. Memberi isyarat supaya Hafiz berhenti mengusiknya.

Guru tersebut memandang Fatah. " Oh.. patutlah kamu selalu pandang-pandang. Rupanya bercinta.. betul Lia?" soal guru tersebut setelah mengalihkan pandangan ke arah Amylia.

Rakan sekelas yang lain sudah riuh bersorak dengan gosip terbaru lagi sensasi itu. Amylia dan Fatah , secocokkan? Semuanya membahaskan topik percintaan antara Fatah dan Amylia.

Amylia gelabah. Malunya! Matanya melirik memandang Fatah. jejaka itu memarahi Hafiz kerana membuat gurauan sedemikian. Amylia memandang rakannya yang lain. Semua ketawa dengan usikan sebentar tadi.

'Aku suka.. aku benci.. aku suka..' hatinya meronta. Tak tahu apa yang perlu dia katakan kepada guru dan rakan sekelasnya. Mukanya merona merah menahan malu.

"Kamu suka Fatah , Lia?" soalan yang diajukan guru subjek menambahkan kegusaran dalam hati Amylia.

"Suka! Suka!" Rania , Azwa serta rakannya yang lain sudah menjawab bagi pihak Amylia.

Amylia terpaku. Dia dan Fatah saling berpandangan. Mengingatkan segala kelakuan Fatah yang menyakiti hatinya benar-benar membuatkan Amylia buntu dengan perasaannya yang sebenar.

" Suka ! Suka !"

" Berhenti ! Aku tak suka Fatah lah !! Tak suka!"

Fatah memandang Amylia. Terkesima. Tak sangka dengan pengakuan yang telah dibuat oleh Amylia.

"Tak suka." Amylia tunduk.

Keadaan seakan menjadi sepi. Apa.. apa yang aku dah buat ni ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience