Chapter 6

Romance Completed 17677

BAB 6 :

KAU SANA AKU SINI

Air milo panas dipandang sepi. Amylia masih memikirkan mengenai aktiviti untuk malam esok. Aktiviti itu benar-benar merungsingkan dirinya sehinggakan hilang seleranya untuk bersarapan.

" Woi !" belakang badan Amylia ditepuk.

Terkejut dia lalu pantas memandang gerangan yang memperlakukan dia sedemikian.

"Kau tak nak makan ke ?" soal Rania.

Amylia hanya menggeleng.

"Dia takut tu.. esokkan ada nightwalk.." Azwa yang tiba-tiba muncul menyampuk.

Mereka duduk di satu meja. "Kaulah ni Azwa. Hilang selera makan aku tau..kenapa kau tak cakap esok je ?" Marah Amylia. Ditenung tajam Azwa yang kelaparan meratah ayam di pinggannya.

"Mana aku tahu.. ingat kau tahu benda tu. Saja nak ingatkan," balas Azwa dengan mulutnya penuh makanan.

Amylia merengus kasar. Anak matanya meliar. Mencari kelibat gerangan bernama Fatah. Tidak kelihatan. Dia tak ikut ke ?

"Cari siapa ?" soal Umairah apabila melihat Amylia seakan mencari sesuatu.

"Takda siapa..saja nak tengok. Cantikkan pemandangan." bohong Amylia. Tidak mahu dia mengaku dirinya sedang mencari kelibat Fatah.

"Tipu.. cari Fatah lah tu.." ujar Rania seakan tahu isi hati Amylia

"Bukanlah!" Amylia masih menafikan.

"Fatah tak datangkan ? dengar cerita dia ada hal dengan family dia." Azwa memberitahu tanpa diminta.

"Patutlah dalam bas tadi tak nampak. Rupanya tak join.." kata Umairah. Dia menyiku lengan Amylia. "...apa lagi , bolehlah enjoy sepuas-puasnya. Dia tak ada kan.." jelas Umairah sambil tersenyum.

Amylia membalas senyuman Umairah. Tawar. 'Kenapa aku rasa sedih ni ? sepatutnya aku happy bila dia tiada. Aman dunia bila tak nampak muka dia!'

...aku masih perlukan diri kau...

***

Batu kecil dilontarkan ke dalam air. Sekali lagi dia melontar. Kemudian melontar lagi.

Apabila terdengar namanya dipanggil, dia memandang. Kemudian menggeleng dan kembali pada kelakuannya sebentar tadi. Amylia membiarkan beberapa rakannya mandi sungai dan dia hanya duduk tepi. Dia lebih suka melayani perasaannya sendiri di tempat yang jauh dari orang ramai.

Sebatang ranting kayu dicapai. Amylia melukis-lukis pada pasir. Lukis muka orang sedih. Lukis sebentuk hati yang hancur. Lukis pisau. Semua lukisan itu mengambarkan perasaannya kini.

Love Fatah A

Tanpa disedari Amylia menulis nama seseorang yang dia ingin lupakan. Tersedar dari lamunannya, pantas Amylia memadam nama tersebut. Dia memandang sekeliling. Takut-takut ada yang melihat apa yang ditulisnya sebentar tadi.

"Krakk.." bunyi ranting dipijak kedengaran. Mata Amylia membulat. Gila lah ! bunyi apa pula tuh... Tanpa berlengah Amylia segera menuju ke rakan-rakannya.

***

Akhirnya.. saat-saat yang paling digeruni oleh Amylia sudah tiba. Kenapa ? kenapa ? kenapa hari ini tiba ? Berkali-kali Amylia menyoal dalam hatinya. Matanya cemas memerhati rakan-rakannya. Sesetengah mereka turut sama ketakutan dengan aktiviti malam itu.

"Baiklah semua. Dengar arahan ni. Anda semua akan memakai kain hitam ini sebelum bergerak.." seorang lelaki yang menguruskan perkhemahan mereka bersuara. Dia mengangkat sehelai kain hitam di tangan.

"...apabila kami suruh tanggal, baru tanggalkan. Jika kamu ingin tamatkan aktiviti ini cepat, kamu perlu patuh pada arahan kami." Dia berkata lagi.

Para pembantunya mula mengedar kain hitam kepada mereka. Amylia mengambil pemberian kain hitam itu. Takut-takut dia memakainya.

"Lia.. Lia..." sempat juga dia diusik Azwa.

Melihat ketakutan di wajah Amylia, Azwa tergelak . Kelakar weyh... "Takut.. takut.. Chill sudah, macam aku.. hehehe," Azwa berlagak

dihadapan rakannya. Mereka memandang dengan penuh rasa menyampah. Hek eleyh.. Berlagak pulak dia kan..

***

Kain hitam yang menutup matanya itu ditanggalkan. Amylia memandang sekeliling. Mereka kini di tengah-tengah hutan. Beberapa rakannya sudah menggigil ketakutan. Amylia memandang ke sebelah kanannya. Kelihatan Azwa sedang duduk bercangkung dengan riak muka yang menunjukkan tiada sedikit pun perasaan takut.

"Yo Lia.." tegurnya selamba.

Seingat Lia, kalaulah Umairah yang berada di sisinya adalah lebih baik. Hendak dibandingkan Azwa yang kerjanya hanya menakutkan orang sahaja. Tapi untuk kali ini, biarlah dia meminjam sedikit keberanian dari gadis itu. Lengan Azwa dipegang. " Weyh.. takut.." beritahu Amylia.

"Kau ni.. cuba jangan fikirkan sangat. Baca ayatul Qursi banyak- banyak. InsyaAllah dilindungi Allah.." pesan Azwa.

Amylia mengikut setiap saranan dari Azwa. Mungkin itulah caranya gadis itu memiliki keberanian.

"Kamu berdua, ke mari.." arah seorang fasilitator .

Amylia dan Azwa patuh. Berbekalkan lampu suluh di tangan, kedua mereka dilepaskan bersama. Amylia bersyukur sangat aktiviti itu dilakukan secara berteman.

"Kau pegang je tangan aku. Jangan hiraukan apa yang bakal kita nampak okey..zikir banyak-banyak.." sempat juga Azwa berpesan.

Amylia memegang erat lengan Azwa. Lagak mereka memang seakan pasangan yang sedang bercinta. Sampai di satu selekoh, kelihatan satu lembaga putih. Dari susuk tubuh badan, dapat diketahui itu manusia.

"Orang tu.. orang.." ujar Azwa sambil menepuk-nepuk tangan Amylia.

Amylia mengangguk perlahan. Lambat-lambat mereka berjalan. Sebaik sahaja mendekati lembaga itu, mereka ditegur.

"Assalammualaikum Lia and Azwa.."

Kedua mereka terhenti. Bagi salam sudahlah, tak payah sebut nama. Keduanya memberanikan diri memandang lembaga itu.

"Assalammualaikum ?" ucapnya sekali lagi sambil melompat ke

arah mereka.

Terkejut keduanya apabila disergah sedemikian. "Wa.. waalaikumsalam !!" jerit Azwa kemudian lari meninggalkan Amylia.

"Azwa !! tunggu aku !!" panggil Amylia.

Berlaku acara kejar mengejar. Azwa sudah jauh ke hadapan. Amylia mengekori rakannya itu dengan nyalaan lampu. Seketika cahaya lampu itu hilang. Hanya tinggal cahaya lampu dari touchlight Amylia.

"Azwa.." Amylia memperlahankan lariannya. Kini, dia buntu. Jalan mana yang harus dia ekori ? Tiada satu papan tanda untuk ditunjukkan jalan. Amylia memandang langit. Aku.. aku sesat !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience