Chapter 2

Romance Completed 17677

BAB 2 :

KAU SANA AKU SINI

Oh Fatah , kenapalah kau selalu buat hatiku tertawan ?

"...senyum mu menawan , menawan. Kau buat hatiku tertawan.." Amylia menyanyi perlahan. Dia memangku dagu dengan kedua tangannya sambil memerhatikan lelaki idamannya sedang berborak sakan dengan rakannya.

Mendengar Amylia menyanyikan lagu Najwa Latiff feat Sleeq bertajuk ' Untuk Dia' , Umairah yang berada di sebelahnya turut mencelah.

" ...Untuk dia hey! Untuk dia hey!"sambung Umairah sambil tersengih memandang Amylia. Mereka berdua terus menyanyi dengan penuh ceria tanpa mempedulikan orang sekeliling yang sudah mmerhatikan mereka berdua. Fatah dan rakannya menoleh apabila terdengar nyanyian mereka. Sedar diperhatikan , pantas kedua mereka menundukkan wajah kerana malu.

" Hish Aira ni, menyanyi pula dia.." tegur Fatah.

Umairah tersenyum memandang Fatah , dan membalas " Biarlah.."

"Biar-biar.. bagitahu Saza nak?" ugut Fatah separuh mengusik.

Pantas Umairah menggeleng laju. Dia dan Saza sudah menjadi skandal di dalam kelas tersebut. Walhal kedua mereka tidak mempunyai perasaan lebih daripada kawan antara satu sama lain. Semuanya disebabkan Fatah and the gang lah ni. Pandai-pandai sahaja buat gosip liar sehinggakan Umairah jadi malu untuk bercakap dengan Saza.

Amylia yang dari tadi menunduk sudah berubah raut wajah. Cemburu ? tipu kalau dia kata tak. Dia tahu antara jejaka idamannya dan juga kawan baiknya tiada apa-apa hubungan istimewa. Tambahan pula, kawan baiknya itu sudah mempunyai buah hati yang lain

'Aku ni nampak macam tunggul ke ? kenapa kau tak tegur aku ?' hati Amylia timbul seribu persoalan.

Jujur , dia sangat menantikan Fatah mengusik dan berborak panjang dengannya. Tetapi, untuk menantikan peluang itu tiba terlalu lama. Sehingga kini, dia hanya menjadi orang tengah yang mendengar Fatah berborak dengan Umairah.

"Saza...!"

"Janganlah Fatah.."Umairah sudah merayu. Ugutan Fatah mengenai hal tadi masih berlanjutan.

Gemar benar dia mengusik gadis lembut seperti Umairah. Sesekali Fatah menjeling Amylia yang tunduk melakukan kerjanya. Wajahnya masam dan berlakon seolah-olah tidak mendengar perbualan antara dia dan Umairah.

***

" Nae.. saranghaeyo.."

" Saranghaeyo ibnida...."

Mata Amylia sudah bersinar-sinar. Benar-benar dia menghayati drama korea yang ditayangkan di kaca televisyen itu. Watak hero dan heroin yang ditayangkan itu begitu romantik dan menyentuh perasaan wanitanya.

Kalaulah dia dan Fatah sebegitu ...

" Fatah.. aku suka kau.."

" Sebenarnya, dari dulu lagi aku suka kau Lia..." tangan Amylia dipegang. Salji yang turun bak hujan tidak dihiraukan. Kedinginan yang dirasai ditutupi dengan kehangatan cinta mereka.

" Tapi.. adakah ibu bapa kita akan setuju dengan hubungan kita ?" soal Amylia.

Dia melepaskan gengaman tangannya dan berpaling ke belakang.

Fatah menyentuh bahu Amylia dan memeluk gadis itu. "Apa pun berlaku , aku tetap akan mencintai kau dan takkan sesekali

tinggalkan kau.." ucap Fatah.

"Fatah.." panggil Amylia. Benar-benar terharu dengan ucapan daripada Fatah.

"Ya sayang.."

"Hahahahaha" teburai ketawa Amylia. Terlalu jauh dia membayangkan kisah romantik yang dia ingin alami. Boleh terbawa sampai ke mimpi kalau macam ni. Bibirnya masih terukir senyuman yang hanya dia seorang mengerti maksud di sebalik senyumannya.

"Mak.. adik kenapa ?" Tidak jauh dari situ, kelakuan Amylia diperhati oleh kakak dan ibunya.

"Biasalah tu.. melepaskan tekanan.." ibunya hanya mengelengkan kepala melihat kelakuan anak keduanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience