Chapter 1

Romance Completed 17677

BAB 1 :

KAU SANA AKU SINI

Amylia berjalan mengekori lelaki di hadapannya. Perlahan-lahan supaya dia tidak melepasi lelaki tersebut.

Tubuh belakang lelaki itu diperhatikan, timbul rasa angan untuk cuba bersandar di bahunya. Ala.. macam dalam drama. Seloroh Amylia dalam hati. Dia tersenyum seorang diri dengan angan yang direkanya. Di dalam fikiran dia sudah membayangkan betapa bahagianya jika angannya menjadi kenyataan.

Asyik sangat berangan tanpa disedari, kakinya melangkah masuk ke dalam longkang kecil di sisi kaki lima sekolah. Terjelepuk jatuh dia menyembah tanah.

"Aduh.."Amylia memegang pinggangnya. Sakit bukan kepalang.

Dia memandang lelaki yang diangankan tadi. Sudah hilang dari pandangan. Laju juga dia berjalan ya. Bibir Amylia sudah muncung sedepa , kecewa tidak dibantu oleh lelaki itu, sampai terlupa dirinya sedang menjadi bahan gelak pelajar sekeliling. Menyedari akan hal itu, Amylia segera bangun. Dia mengangkat fail yang jatuh lalu menutupi wajahnya yang sudah kemerahan akibat malu. Malu..! malu sangat-sangat.

***

Habuk dan kertas bergolek ke tepi apabila bulu penyapu dihayun. Amylia berjalan sedikit demi sedikit sambil menyapu sampah di lantai. Sampai di satu meja, dia berhenti sekejap.

Memerhati lelaki yang sedang nyenyak tidur dengan sekadar meletak kepala di atas meja.

Mukanya ditutup dengan buku teks bagi melindungi wajahnya ketika tidur dilihat.

Amylia memandang sekeliling. Segelintir pelajar telah turun rehat di kantin. Sesetengahnya pula masih berada di dalam kelas tetapi sibuk menguruskan hal masing-masing.

Amylia mengambil peluang tersebut untuk melihat lelaki yang amat diminatinya itu secara dekat.

'Inilah peluang aku untuk tengok muka dia dekat-dekat..' kata Amylia di dalam hati.

Buku yang menutupi wajah lelaki itu diangkat secara perlahan-lahan. Khuatir akan menyebabkan lelaki tersebut terjaga apabila diangkat secara kasar. Hampir saja, Amylia

hampir berjaya mengalihkan buku itu dari wajah lelaki itu.

' Sikit lagi..'

" Hoi Lia !" terlepas.

PUKK! Buku teks tebal itu jatuh menghempap muka lelaki tersebut. Serta merta lelaki itu terjaga. Dengan hidung yang kemerahan serta sisa baki air liur yang melekat di pipi , lelaki tersebut memandang sekeliling dalam keadaan terpinga-pinga.

Dibangunkan daripada tidur dalam keadaan mengejut, siapa yang tidak terperanjat ? lelaki itu memandang gadis yang elok menyapu di hadapannya. Sebentar tadi dia merasakan seolah sesuatu jatuh ke mukannya dan rasa sakitnya masih ada. Dia memegang pipinya. Melekit. " Ei.." dia geli sendiri. Dengan pantas dia bingkas bangun dan menuju ke tandas.

Amylia memerhati setiap langkah yang diatur lelaki itu. Mujur sebentar tadi tindakan dia untuk melihat wajah lelaki tersebut secara dekat tidak tertangkap! Kalau ya , tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya mahu dia berhadapan dengan lelaki itu kelak. Dah lah lelaki itu duduk di belakangnya. Tak pasal-pasal jadi patung pula dia setiap hari. Haihh..

Amylia menjeling sekumpulan gadis yang sedang ketawa terkekeh-kekeh melihatnya. Sambil mengheret penyapu, dia mendekati mereka.

"Suka! Suka! Aku lempang kang."marah Amylia.

Mereka masih ketawa. Membayangkan bagaimana terperanjatnya Amylia apabila disergah sebentar tadi amat melucukan hati mereka. Apa yang tambah melucukan apabila Amylia berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku ketika Fatah terjaga dari tidurnya akibat hentakan buku yang terlepas dari tangan Amylia.

"Kau ni lawaklah Lia. Nak usha pakwe pun tengok tempatlah. Ini nasib baik kitorang sergah. Kalau member - member dia sergah ? macam mana?" soal Rania sambil bersisakan tawa di bibir.

" Okey fine! lain kali sergahlah macam tu. Aku suka sangat.." balas Amylia berbaur perli. Dia berjalan ke arah tong sampah untuk meletak semula penyapu. Membawa rajuknya pergi sambil berharap dipujuk oleh rakannya.

" Eley eley... Lia, tak mau lah merajuk. Tak comel!" pujuk Rania menggunakan loghat pelat. Dia mempamerkan riak comel sambil berkelip-kelip mata memandang Amylia.

Amylia memekakkan telinga. Tak mahu memaafkan kawan-kawannya lagi. Dia mahu mereka memujuknya bersungguh-sungguh. Setelah itu barulah dia akan memaafkan mereka. Dia mengatur langkah keluar dari kelas. Niat hati ingin menuju ke tandas untuk membasuh tangannya yang kotor akibat menyapu sebentar tadi. Penuh dengan habuk. Dah lah dia alah dengan habuk. Hidungnya serta merta akan terbersin jika terdapat habuk disekelilingnya. comel

Sebaik saja melangkah keluar,muncul Fatah untuk melangkah masuk semula ke dalam kelas setelah mencuci mukanya sebentar tadi,terhenti sebentar Amylia di situ.

Gerak ke kanan, Fatah ke kanan...

Gerak ke kiri, Fatah ke kiri...

Masing-masing tidak mahu mengalah. Amylia memandang Fatah sekilas.'Nak menari poco-poco ke mamat ni ?' soal hati Amylia. 'Kalau ya, i on je...' sempat Amylia memasang angan.

' lengang patah-patah...' lagu poco-poco sudah kedengaran di benak Amylia. Dia tersengih sambil membayangkan dia dan dan lelaki di hadapannya itu menari poco-poco.

Gelak, ketawa. Bahagia.

"Tepi sikit..." angan Amylia musnah. Bayangan dia dan Fatah menari poco-poco menjadi gelap gelita apabila kedengaran suara keras Fatah. Terpaksa dia memberi sedikit ruang untuk lelaki itu melangkah masuk ke kelas.

Kenapa ? kenapa kasar sangat ! hati Amylia menjerit penuh kegeraman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience