Chapter 9

Romance Completed 17677

BAB 9 :

KAU SANA AKU SINI

Hampir sebulan berlalu selepas peristiwa pahit itu berlaku. Amylia duduk sendirian di bangku taman sekolah. Memangku dagu sambil termenung.

Jujur, ada rasa bersalah dalam dirinya. Rasa bersalah yang masih tidak hilang walaupun masa sudah berlalu dan.. dan persoalan yang masih tak dapat dijawab oleh Amylia sendiri. "Haish! Kenapa aku boleh cakap yang aku tak suka kat dia ??" kerap soalan itu diulang-ulang dalam benaknya. Kalaulah masa mampu diputarkan semula.

Tiba-tiba dia terpandangkan sekumpulan lelaki yang riuh ketawa sambil melangkah menuju ke tempat parking motosikal. Amylia bingkas bangun, dia berlari menuju ke arah mereka. Hari ini, dia mesti berjaya ! Berjaya untuk membuang segala kekusutan yng bersarang di hatinya.

"Fatah !" panggil Amylia.

Langkah mereka terhenti. Masing-masing menoleh memandang Amylia namun Fatah sebaliknya. Jejaka itu rela memandang ke tempat lain dari melihat Amylia. 'Hina sangatkah diri aku? '

"Boleh tak aku bercakap dengan kau sekejap ?" soal Amylia sedikit rayu.

Rakan-rakan Fatah saling bertukar pandangan. Mereka menunggu arahan dari Fatah sebelum beredar. Melalui isyarat mata, masing-masing mengerti lalu meninggalkan Amylia dan Fatah berdua.

"Nak cakap apa ? Kalau benda sama. Aku blah.." Fatah mendahului.

Amylia menarik nafas. Sebak dadanya diperlakukan sedemikian. "Sampai macamni kau marahkan aku ? salah apa aku kat kau ?" soal Amylia. Geram.

"Aku malaslah nak cakap. Kau fikir sendirilah!" kata Fatah lalu melangkah pergi tanpa mendengar Amylia menghabiskan ayatnya.

Amylia benar-benar marah. Marah! geram! semuanya ada..

"Kalau kau benci aku! Aku pun akan benci kau Fatah!" Amylia menguatkan nada suaranya. Berharap Fatah mendengar kata-kata terakhirnya.

Setelah itu, dia beredar dengan segera. Itulah kali terakhir dia akan bersemuka dengan Fatah. Kali terakhir! terakhir!

Langkah Fatah terhenti sebaik mendengar kata-kata Amylia. Terkejut. Salahkah apa yang dia lakukan selama ini ? menghindari Amylia demi membaluti luka dalam hatinya.

' Aku tak suka Fatah!'

Gila. Siapa yang tidak kecewa apabila mendengar kata-kata itu dilafazkan? apalagi daripada orang yang amat diharap untuk dimiliki. Fatah sangka. Usahanya mendekati Amylia hampir berjaya untuk memiliki hati gadis itu. Dia tidak bijak memikat gadis, apalagi memujuknya di kala dalam kesedihan.

Tetapi, Amylia memberikan reaksi yang baik apabila dia berusaha melangkah ke hadapan dalam hidup gadis itu.

'Aku ingat, aku dah berjaya... rupanya, itulah permulaan kegagalan bagi aku. Aku sanggup buat apa sahaja demi melihat kau bahagia, tetapi hakikatnya aku tak mampu melepaskan kau.'

Ya.. ego, kerana ego yang tinggi dalam diri Fatah yang menghalang segalanya. 'Weyh.. dia tak suka kaulah. Tolong terima kenyataan tu ?'

Fatah menoleh ke belakang. Mengharap Amylia masih berada di situ. Namun, kelibat gadis itu hanya tinggal bayang-bayang.

'Aku sangat suka kau...'

***

Fatah melangkah masuk ke kelas, dia memandang sekeliling. Kecoh, sekumpulan pelajar perempuan yang sedang bergosip. Suara Rania paling jelas kedengaran di cuping telinganya. Dia berjalan melintasi gadis-gadis itu.

"Pindah? betul ke?"

"Tipulah.. kat mana?"

Fatah menuju ke tempat duduknya. Dalam perjalanan dia sempat mendengar perbualan pelajar perempuan kelasnya.

"Dia nak pindah ke Melaka. Masuk asrama if tak silap lah.."

"Ala.. kenapa Lia nak pindah. Tak bestlah macam ni."

Mata Fatah membulat. Tanpa segan dia mencelah di tengah-tengah perbualan mereka. "Korang cakap Lia nak pindah ?" soal Fatah cemas.

Masing-masing mengangguk dengan segera. Pantas Fatah berlari keluar kelas. Belum sempat kaki melangkah ke luar, dia kembali semula.

"Wait.. dia kat mana sekarang?" soal Fatah lagi.

"Rumah dia.."

Sebaik sahaja memperoleh maklumat yang jelas, Fatah berlari keluar. Mendapatkan motosikalnya dan beredar dari kawasan sekolah. Biarlah dia dikenakan tindakan disiplin sekalipun, yang pasti dia tidak mahu kehilangan barang yang paling berharga buat dirinya.

***

Baju-baju yang siap dilipat dimasukkan ke dalam beg. Segala peralatan yang perlu dibawa juga diletakkan kemas ke dalam beg. Setelah dipastikan segalanya lengkap tanpa tertinggal satu barang, dia menzipkan beg tersebut.

Amylia memandang ke jendela. Matahari menyinari pagi itu dengan ceria. Hari yang baik bukan ? seketika air matanya menitis. Teringat akan segalanya. Terbayangkan bagaimana dia mengharungi hidupnya selepas ini. Sedang dalam khayalan sendiri, tiba-tiba terdengar suara lelaki memberi salam. Nadanya tidak teratur.

Amylia keluar rumah. Jantungnya berdegup laju apabila terpandangkan gerangan yang memberi salam itu.

" Fatah.." bibir Amylia melafazkan nama lelaki itu.

Fatah mengah. Seakan baru menghabiskan larian berganti di balapan. " Lia.." sebutnya dengan nafas yang tercungap-cungap.

Timbul rasa kasihan dalam hati Amylia apabila melihat keadaan Fatah. Namun, sebaik saja teringatkan akan perbuatan Fatah padanya pantas mematikan rasa kasihan dalam dirinya.

"Kau buat apa kat sini? Ponteng sekolah?" tanya Amylia dengan nada kasar.

Fatah menarik nafas panjang. Mendapatkan keberanian untuk meluahkan segalanya yang terbuku dalam hatinya.

"A..aku minta maaf Lia" ucap Fatah.

"Sebab?" soal Amylia sinis.

"...aku tahu aku dah sakitkan hati kau. Banyak sangat kesalahan yang aku dah lakukan pada kau. Aku minta maaf.." pinta Fatah. Dia memandang Amylia dengan mempamerkan riak muka simpati.

Amylia mengalihkan pandangan. Tidak mahu dia memandang lelaki itu. Dia tahu, dia akan terpedaya dengan pujuk rayunya sekiranya mata mereka saling bertaut. Oleh itu, adalah lebih baik dia tidak memandang.

"Straight to the point lah Fatah. Apa sebab kau datang sini? Kalau setakat nak minta maaf.. esok pun boleh.." kata Amylia.

Fatah menghela nafas panjang. Dia yakin, tibanya masa dia meluahkan perasaan dia. Walaupun jawapannya dia sudah ada, tetapi biarlah dia meluahkan tanpa berharap untuk dibalas.

"Lia.. aku tahu kau tak suka aku. Aku tahu hati kau bukan pada aku. Tapi, aku nak kau tahu.. sebelum kau pergi. Aku.. aku.. aku sangat sukakan kau Lia" luah Fatah.

Hampir pitam Amylia ketika itu. Tetapi dia cuba sedaya upaya mengawal gemuruh dalam dirinya. Betulkah apa yang dia dengar? atau cuma mimpi?

"Tipu.." balas Amylia. Kini, dia memberanikan diri memandang ke mata Fatah. Lelaki itu benar-benar serius.

" Aku..aku betul-betul sukakan kau Lia. Takpe, aku tak kisah kalau kau tak suka aku juga. Aku redha.." ujar Fatah.

Amylia diam. Apa yang patut dia ucapkan? meluahkan juga perasaan sebenar dia? Lia.. semua dah jadi kenyataan. Kenapa kau masih nak menipu hati kau?

"Itu je yang aku nak beritahu. Selamat tinggal Amylia." Fatah memusing badannya. Melangkah sedikit demi sedikit meninggalkan Amylia.

" Bukan!"

Fatah segera menoleh memandang Amylia. Gadis itu sedang menangis.

"Bukan kau yang suka aku.. aku yang suka kau. Berharap dapat bersama kau. Perhatikan kau.. Nak berada di samping kau. Kau buat aku keliru sampai aku sendiri tak mengerti perasaan aku.." jelas Amylia.

Fatah menghampiri gadis itu. Menggunakan hujung ibu jarinya, dia mengesat air mata Amylia. "Sekarang.. jarak antara kita dah dihapuskan. Izinkan aku masuk ke dalam hidup kau ?" soal Fatah.

Amylia memandang jejaka itu lalu tersenyum.

Dulu, kau di sana dan aku di sini. Kita saling memerhati sambil menunggu saat untuk saling bertegur sapa. Selalu hilang keyakinan kerana khuatir dengan perasaan kita sendiri. Sedangkan hati kita sudah saling terikat.

Dan kini.. jarak itu sudah kita dekatkan.

Dan kini, hati kita terbukti saling terikat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience