Chapter 3

Romance Completed 17677

BAB 3 :

KAU SANA AKU SINI

Amylia mengangkat mejanya ke tepi. Menyediakan jarak antara dia dan Umairah. Hari ini, ada ujian kecil subjek Ekonomi. Subjek paling 'digemari' oleh pelajar-pelajar di kelas tingkatan enam atas aman itu. Mujurlah Amylia sempat mengulangkaji, jika tidak, boleh buat drama sembilu di situ juga.

"Good luck Aira.." ucap Amylia. Dia tersenyum memandang Umairah.

"InsyaAllah.. Good luck juga Lia. Buat betul-betul tau. Chaiyok!" balas Umairah.

Amylia menganggukkan kepalanya dan terus melabuhkan pinggulnya ke atas kerusi. Dia menarik nafas sedalamnya. Cuba mengurangkan rasa takut yang dia rasai sekarang. Dia berdoa setinggi-tingginya supaya segala hafalan dan kefahamannya tidak hilang dan dapat digunakan untuk menjawab soalan. InsyaAllah... kalau dah usaha, doa.. kemudian tawakkallah. Sambil menggosok kedua tapak tangannya, Amylia mengalihkan pandangan ke tepi. Ke sebelah kirinya. Huh! Matanya membulat.

Fatah memandang Amylia. Hairan gadis tersebut memandangnya seolah-olah sedang melihat hantu. Dia turut memusingkan kepala ke belakang. Kot kot gadis itu memandang sesuatu yang lain? kan? sebaik saja dia pusing ke hadapan semula , Amylia sudah melindungi wajah sisinya dengan tangan.

'Ya Allah.. kenapa dia duduk kat sebelah aku ni? Susahlah aku nak jawab exam..' keluh Amylia. Dia memandang Umirah yang berada di sebelah kanannya.

Umairah sudah tersenyum simpul. Memahami debaran yang dirasai oleh Amylia kerana duduk bersebelahan dengan jejaka yang diminatinya.

Amylia menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian dilepaskan. Membawa sekali perasaan gemuruhnya ketika itu. Bagai nak meletup rasa jatungnya menahan perasaan teruja. Sesekali Amylia menjeling Fatah yang sedang menyusun alat tulis di atas meja. Lagaknya seperti seorang kanak-kanak.

'Alahai.. comelnya dia macam tu. Untung aku dapat duduk sebelah dia..' bisik hati Amylia. Tersengih dia sendiri.

Fatah seakan menyedari dirinya diperhati lalu menoleh ke arah Amylia.

Pantas Amylia mengalihkan lirikan matanya ke arah lain. Fuhh.. Selamat. Lega rasanya apabila perbuatannya tidak ditangkap oleh Fatah. Kalau tak naya.

"Baiklah. Boleh mula sekarang. Ingat, jika kamu semua didapati meniru atau memberi jawapan. Kamu akan didenda!" pesan Cikgu Azila.

Ujian kecil untuk subjek ekonomi bermula . Dengan melafazkan basmallah, Amylia mula menjawab satu persatu soalan. Sedaya upaya dia memerah mindanya untuk mengeluarkan apa yang dia telah pelajari dan ulangkaji selama ini.

15 minit berlalu.. Terasa lenguh pada bahagian tengkuknya. Amylia mengangkat muka. Cuba mengambil udara sebelum meneruskan untuk menjawab soalan terakhir.

'Agak-agak, Fatah dapat jawab tak?' soal hati Amylia. Dia menoleh ke sisi. Dilihat Fatah sedang kusut. Sudah beberapa kali lelaki itu menggaru kepalanya. Sesekali diketuk-ketuk badan pensil di atas meja. Ada juga terdengar dia mengeluh. 'Betul-betul tak boleh nak jawab mamat ni. Kesiannya dia. Aku nak tolong ke tak eh?' hati Amylia mula berkata-kata.

'... tapi, kalau aku tolong, nanti cikgu nampak. Kena marah. Kena denda.' Amylia memandang Fatah sekali lagi. ' ..kalau aku tak tolong pula, Fatah akan gagal dan kena marah juga.,Haihh.. macam mana pula ni ?' Amylia mengeluh. Sesekali dia mengaru kepalanya yang dilapik kain tudung itu. Sesekali dia mengetuk pensilnya di atas meja. Lagaknya seperti yang dilakukan Fatah sebentar tadi.

Fatah menoleh memandang Amylia. Hairan dia melihat kekusutan Amylia. Tapi lagi kusut kepalanya memikirkan jawapan untuk soalan ekonomi tersebut. ' Nak tanya dia ke taknak eh..' hati Fatah berkira-kira. Lambat-lambat dia membuka mulut. Sambil menjongketkan kerusinya ke arah Amylia , dia bertanya dengan nada berbisik. " Lia! Lia! " panggil Fatah.

Amylia terkejut dan laju menoleh. Biar betul mamat tu memanggil namanya? Wah.. boleh masuk book of record world ni! Dia merenung Fatah. Peluang keemasan wey.

Kau dah siap ke ?" soal Fatah. Masih berbisik.

" Sikit lagi..kenapa ?" balas Amylia juga separuh berbisik.

Fatah mengangkat kertasnya dan menunjukkan nombor soalan yang dia tidak dapat jawab. "Ini.. macam mana ?" soal Fatah lagi.

Amylia meneliti soalan yang ditunjukkan. Kemudian dia memandang Fatah dan memberi jawapannya. " a+byd = yd ..." Amylia memberitahu.

Fatah mengerutkan dahi. Kenapa pula suara gadis itu jadi perlahan tiba-tiba? Dia menjongketkan kerusi dengan lebih "Apa? tak dengar." Fatah meminta untuk diulangi.

" Hishh.. a+byd = yd," jelas Amylia sekali lagi.

" Kuat sikit. Tak dengarlah.." pinta Fatah. Dia menjongket kerusi lagi untuk dekat dengan Amylia.

Amylia merengus kasar. Di dalam hati dia sudah berdebar-debar. Makin lama Fatah makin dekat dengannya.

" a+byd..."

" FATAH AHMAD !!!"

Bamm! "Bhahahahahahahahahahahahaha!!!"

Amylia terkejut. Jantungnya pantas berdegup laju.

***

Para pelajar yang lalu lalang di laluan kaki lima itu memerhati mereka berdua. Ada yang sanggup berhenti dan menonton mereka seolah mereka sedang mempersembahkan satu rancangan yang menarik untuk ditonton.

Muka Amylia sudah merona merah. Malu diperhati dan diketawakan oleh semua orang. Tetapi perasaan itu tidak seteruk mana. Kenapa ? sebab.. di sisinya berdiri Fatah.

" Saya suka minta jawapan time exam.."

" Saya suka tolong orang meniru.."

Manila kad yang digantung pada leher dia dan Fatah dibaca oleh Hafiz. Kemudian lelaki itu ketawa kecil.

Muka Amylia sudah masam. 'Hish, mamat ni.. gelakkan Fatah pula, aku belasah kang.'hati kecil Amylia bersuara.

"Kesian kau Fatah. Hehehe.." usik Hafiz. Sengaja menambahkan sakit hati kawan baiknya itu. Fatah hanya membisu. Tidak membalas. "Kalau nak tiru pun janganlah sampai kantoi. Kau ni buat malu gang kita lah.." usik Hafiz lagi. Sengaja ingin bergurau dengan Fatah. Namun, Fatah masih membisukan diri.

Melihat raut wajah Fatah yang muram membuatkan Amylia bertindak memarahi Hafiz.

"Dahlah tu. Janganlah kacau dia lagi. Everyone make mistake okay. Macamlah kau tu tak pernah meniru !" marah Amylia.

"Wow.. Wow.. Okay-okay. Awek kau dah marah. Sebelum dia bertukar jadi hulk baik aku blah. Tapi kan, macam seronok je kau jatuh atas dia tadi.."

"Hafiz !!" Amylia sudah menambahkan volume suaranya.

Berserta sisa tawa di bibir, Hafiz mengatur langkah menjauhi diri dari mereka. Kini, hanya Amylia dan Fatah berduaan di kaki lima.

Masing-masing mendiamkan diri. Sesekali keduanya secara tidak sengaja bertentang mata, namun cepat-cepat dilarikan anak mata apabila bertembung.

'Apa kau ni Lia? Dah ada peluang bedua ni, gunalah untuk berborak dengan dia ! bukan ke ini yang kau nantikan selama ini ? cepatlah mulakan langkah !' hati Amylia berkata-kata. Benar, sudah lama dia nantikan saat berdua dengan Fatah. Memiliki waktu untuk berborak lama dengan jejaka itu. Sekarang ia sudah jadi kenyataan, kenapa kaku pula ?

"Ermm.. erm.." Amylia bersuara perlahan.

Dia memandang Fatah. Fatah juga begitu. Kemudian keduanya mengalihkan pandangan. Amylia mengetap bibir. Cuba mencari idea untuk mulakan perbualan.

" Aku.."

" Aku..."

Kebetulan yang tak disangka. Keduanya memulakan perbualan secara serentak. Diam

sebentar.

" Aku.."

" Aku.."

Sama seperti tadi. Fatah mengaru kepalanya yang tidak gatal. Amylia pula mengosok pipinya. Masing-masing timbul rasa malu dalam diri.

"Err.. kaulah cakap dulu," arah Fatah.

Amylia tidak membalas segera. Segan. Dia melihat manila kad yang tergantung pada lehernya. Kemudian dia ketawa.

"Heh..hehehehe... kelakarkan?" soal Amylia sambil mengangkat manila kadnya. Dia memandang Fatah.

Fatah menganguk dan ketawa sama. Dia mengangkat manila kad yang tergantung di lehernya pula.

" Ini pun sama," katanya. Keduanya sama ketawa.

Diam kembali. Dulu, banyak soalan yang ingin diajukan oleh Amylia kepada Fatah jika keadaan sebegini jadi kenyataan. Entah bagaimana soalan-soalan tersebut hilang serta merta di saat semuanya jadi kenyataan ?

" Sorry..."

Amylia memandang Fatah. 'Untuk apa kata maaf itu diucapkan?' hatinya berbisik.

Jejaka itu tunduk memandang lantai. Hujung kasutnya menguis-nguis lantai dengan lembut. Kening Amylia berkerut sekejap.

"Untuk apa ?" soalnya.

"...sebab, aku dah buat kau famous dalam kelas. Mesti kau malu dengan apa yang berlaku tadi kan ?" ujar Fatah.

Laju minda Amylia membayangkan kejadian memalukan sebentar tadi di dalam kelas.

'FATAH AHMAD !! Kamu meniru ya ?' sergahan cikgu Ekonomi mengejutkan Fatah.

Dia yang sedang menjongketkan kerusi ke arah Amylia serta merta tidak dapat mengimbangi badan lalu jatuh. Bagai dirancang, dia jatuh tepat di atas Amylia. Mereka berdua terbaring bersama di lantai.

Sebaik saja melihat babak tersebut, rakan-rakan kelas bersorak riang. Tidak kurang juga yang ketawa kepada mereka.

' Aduh..'

" Ah.. lupakan jela. Kalau diingat memang malu, tapi okey gak kan jadi famous sekejap." Seloroh Amylia dan ketawa.

Melihat respond positif dari Amylia, membuat rasa bersalah dalam diri Fatah semakin berkurangan. Tambahan, dirinya tertawan dengan gelak tawa daripada Amylia.

Comelnya budak ni...

Loceng berbunyi tiba-tiba. Menandakan waktu rehat sudah selesai. Bermakna juga waktu denda mereka sudah tamat. Pantas keduanya menanggalkan manila kad yang 'menyemak' di leher mereka.

Fatah sudah mengatur langkah pergi meninggalkan Amylia. Seketika dia berhenti dan memandang Amylia.

" Weyh ! Lia !" panggil Fatah.

Amylia mengangkat wajah dan memandang Fatah yang tidak berapa jauh darinya.

" ... Kau nampak lebih comel bila ketawa. Kau patut lebih kerap ketawa tau.." ujar Fatah dan berlalu pergi.

Manilakad yang dipegang Amylia terlepas dari tangan. Amylia memegang pipinya. Hangat. " Dia.. dia puji aku comel ?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience