Bab 7

Romance Series 2754

Lima keping gambar kuletak atas meja semula. Tiada seorang pun yang aku berkenan. Emak mula tarik muka. Masuk kali ini, sudah 24 orang aku reject. Entah dari mana emak dapat gambar mereka ini. Aku pandang emak lagi. Kakinya sudah disimpuh atas kerusi kayu itu.

"Susah payah mak carikan kau calon yang sesuai, senang je kau tolak Mail. Jangan macam ni. Tak baik patahkan hati orang. Jangan punahkan harapan orang nak,". Menjadi kelemahanku apabila emak sudah mula merayu. Mulalah aku hilang arah tuju.

" Mail tak pernah bagi harapan dengan mereka mak. Mail masih tak bersedia," muqadimah awal yang kuyakin bisa merobek hati insan yang kusayangi.

"Sampai bila, Mail?" perlahan-lahan emak bangun merapatiku.

"Mail tak punya jawapan, mak. Dalam hati Mail telah tertulis namanya. Andai kata dia yang menjadi pilihan emak, Mail takkan menolak. Kerana dia ada di sini mak," dada kutepuk perlahan. Cuba menenteramkan hati yang sedikit galau.

"Mak faham perasaan Mail tapi di mana mak nak cari Mei Mei? Keluarganya sudah berhijrah dari kampung ni. Sejak peristiwa itu lagi kita terputus hubungan dengan mereka. Yang tahu cuma arwah Tok Dalang, itupun arwah Atok tak pernah beritahu dengan sesiapa. Mak nak buat macamna lagi?".

"Mail sakit mak. Hati Mail sakit. Sakit dengan bebanan perasaan ini mak. Sakit bila yang dinanti tak kunjung tiba" lurus aku meluah perasaan. Emak angguk lagi. Sekejapan bahuku diusap perlahan.

"Tolong Mail, mak. Mail sakit dengan rasa ini. Mail cintakan Mei Mei. Mail rindukan Mei Mei. Mail sangat rindukan dia. Mail rindukan kemaafan darinya. Mail bodoh kan, mak? Mail tak pernah hargai Mei Mei. Mail.." emak menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Menitis airmata lelaki ini. Menyesali atas apa yang telah terjadi. Kalaulah masa itu boleh kuputar semula.

Di mana pun kau berada
Kau selalu kucinta
Walau tak bersama

Sepenuh hati padamu
Kucinta dengan jiwa
Tak sanggup jauh darimu
Rindu dah tak terkira

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience