Bab 5

Romance Series 2755

" Mak ingin lihat Mail bahagia, kahwinlah nak".

Masih terngiang suara emak tiga hari lalu usai kami menjamu selera malam itu. Rambut kuremas kasar. Bingung memikirkan permintaan emak. Ingatkan emak merajuk hari tu sebab aku tak setuju emak kahwin lagi. Bila aku dah setuju, emak ubah rencana. Aku pula disuruh berkahwin.

" Bro, what's up? " Fizi mengetuk meja kaunter menyedarkan.

" Tak ada apa. Dari mana?". Fizi menjawab bangga dengan menunjukkan baju korporat lambang Jabatan Alam Sekitar itu. Aku mengangguk faham.

" Jom, teman aku duduk minum,".

" Tiada orang kat kaunter. Ijat cuti hari ni," aku cuba berdalih. Fizi memandang sekeliling. Pengunjung restoran masih asyik menjamu selera sambil berbual kosong. Matanya tertancap pada sebuah meja kosong berdekatan kaunter.

" Kita duduk dekat kaunter saja. Senang sikit,". Aku mengalah akhirnya. Sempat aku memesan ice lemon tea dengan Kak Dija sementara Fizi sudah berlalu memilih makanan.

" Berat masalah kau ni,". Fizi memula bicara. Aku tersentak. Sedar diri sedang mengelamun lagi. Aku mengeluh.

" Kau kuat mengeluh semenjak dua menjak ni. Mail yang aku kenal tak suka mengeluh. Ni Mail yang baru nampaknya. Selamat berkenalan bro," Fizi tayang sengih sambil meneruskan suapannya. Sempat aku menjuringkan mata sebelum keluhan kasar aku lepaskan.

" Mak aku suruh kahwin,". Terkeluar sahaja kenyataan dari mulutku, Fizi menghambur tawa. Perlahan aku menyapu sisa makanan yang melekat di muka. Tak senonoh punya kawan. Inikah pegawai Alam Sekitar? Aku mendengus geram.

" Sorry, bro. Aku tak dapat tahan gelak, " Fizi bersuara sebaik saja tawanya reda. Lucu sangatkah kenyataan aku tadi?

" Mak suruh aku kahwin je, part mana yang lucunya?". Fizi ketawa lagi. Kali ini lebih dahsyat sehingga menarik perhatian pengunjung restoran yang lain. Ketawa sambil menekan perutnya. Lucu sangat agaknya bagi Fizi. Isyarat mata aku berikan mohon pengertian agar Fizi sedar dengan keadaan sekeliling namun sia-sia sahaja bila Fizi masih tidak berhenti ketawa. Gila dah budak Fizi ni!

" Makanan kau hari ni biar aku je yang bayar. Lepas makan, kau boleh masuk kerja balik," ujarku selamba. Tiada niat untuk menghalau Fizi tapi gelagatnya tadi buat aku malu sendiri.

" Rezeki jangan ditolak. Orang dah belanja so, aku nak tambah lagi. Belum kenyang hahahaha,".

" Tu sebab kau banyak ketawa. Lagi banyak yang terhambur dari yang masuk dalam perut kau tu,". Fizi menaikkan dua jari dan keningnya. Nasib la kau member aku Fizi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience