Bab 3

Romance Series 2754

Tajam pandangan mataku ke arah Mei Mei. Apa sudah jadi dengan kawan aku sorang ni? Ungkapan sayang itu tetap setia meniti bibir mungilnya.

" Kau gila Mei Mei! Aku dah cakap aku tak percayakan kau. Aku tak suka dengan kenyataan bodoh kau ni," aku bertegas. Muak mendengar bicara Mei Mei sejak awal pertemuan. Mujur saja petang ini, Fizi kebetulan ada bersamaku. Dan Mei Mei dengan tidak tahu malu berjaya membangkitkan kemarahanku.

" Saya tidak bohong, Mail. Saya sayang awak. Saya cintakan awak,".

Tin kosong kutendang jauh. Protes. Fizi cuma duduk diam sahaja mendengar butir bicara pertelingkahan aku dan Mei Mei. Malas mahu masuk campur. Dibiarkan kami bertelagah tanpa sedikit pun rasa ingin menegah. Mei Mei terus memujuk mencurah rasa. Hampir saja tangan ini sampai di mukanya untuk memberi kesedaran akan ketidakwarasannya ketika ini.

" Kau betul-betul tersilap dalam hal ini, Mei Mei. Aku layan kau sama macam kawoan-kawan yang lain. Dan aku juga sayang kau hanya sebagai kawan. Tak lebih dari itu! ".

" Itu rasa cinta boleh pupuk Mail," pelat Cina itu kedengaran lagi.

" Gila!".

" Ya, saya gilakan Mail! Saya pun tidak tahu kenapa saya gilakan Mail. Tolong terima cinta saya, Mail, ". Rayuan Mei Mei makin buat aku tambah berang. Telunjuk ku arah tepat ke mukanya.

" Eh, Mei Mei! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak berapa umur kita sekarang ni? Inikah masanya untuk kita mengejar cinta? Cinta monyet kau ni aku malas mahu layan. Tahu tak?!,". Bergenang airmata Mei Mei mendengar nada suaraku yang semakin meninggi.

" Saya tahu kita baru berumur 15 tahun, tapi saya rasa saya betul-betul sayang dan cinta sama Mail,".

" Aku peduli apa dengan rasa kau tu? Aku tak hairan tahu tak?".

" Mail.." lirih sahaja suara itu.

" Bermula hari ini, aku putuskan hubungan sebagai kawan kau. Berhenti hantar hadiah melalui Fizi. Aku tak nak ada sebarang hubungan dengan kau lagi. Pergi! Berambus kau dari sini! Aku benci kau, Mei Mei!". Aku hilang sabar. Segala kekuatan aku gunakan untuk mengeluarkan suara. Fizi sudah mula berdiri mengawal keadaan.

" Sabar, Mail. Cuba bawa bertenang dan duduk dulu. Istighfar. Mei Mei, awak baliklah dulu, bila keadaan dah reda kita bincang semula,". Mei Mei menggelengkan kepala dan bertindak merapatkan lagi kedudukan denganku. Degil! Tanpa sedar, tangan ini mendarat cantik di pipinya. Jatuh Mei Mei terduduk. Airmatanya juga jatuh membasahi pipi. Pijar tangan yang kurasa menunjukkan betapa kuatnya tamparan sebentar tadi. Fizi terlopong. Jelas kelihatan bibir Mei Mei mengeluarkan sedikit darah. Di pipi mulus itu, terzahir corak telapak tanganku.

Namun perasaan marah ketika ini begitu menguasai. Sehingga Mei Mei berlalu pergi atas desakan Fizi. Tidak ingin kejadian seperti tadi berlaku lagi.


* * * * *

Mail,

Saya minta maaf atas sikap saya tempoh hari. Saya tidak bermaksud untuk membohongi Mail. Apa yang saya katakan adalah benar lahir dari hati saya. Saya memang sayangkan awak. Saya sendiri tidak tahu sejak bila saya mula menyukai awak.

Mail,

Awak kena rajin belajar matematik ya. Banyakkan buat latih tubi. Awak selalu bantu mama awak berniaga. Harus bijak dalam pengiraan. Simpan duit jangan boros beli kereta mainan saja. Awak tu semakin meningkat dewasa, tak sesuai lagi main permainan itu. Kalau duit banyak, awak boleh kembangkan perniagaan mama awak. Boleh juga buat bisnes baru.

Mail,

Saya tahu awak kini membenci saya tapi saya harap kita masih boleh jadi kawan sampai bila-bila. Jangan risau, saya tak akan paksa awak untuk menyukai dan menyayangi saya lagi. Tapi tolong berjanji dengan saya. Tolong jaga diri dan juga kesihatan Mail. Tumpukan perhatian dengan pelajaran. Tolong pastikan impian dan cita-cita Mail tercapai supaya Mail boleh bahagiakan mama awak. Boleh kan?

Untuk terakhir kalinya, saya sayangkan awak, Mail. Saya sayang awak lebih dari seorang sahabat. Maaf atas segala-galanya. Semoga kita diberi peluang untuk bertemu lagi.

Yang benar,
Mei Mei yang cantik.

#izinkan cinta ini terus mekar di hati saya#

Aku melipat kembali surat pemberian Mei Mei sepuluh tahun yang lalu. Entah untuk kali keberapa aku masih setia membaca surat yang sama. Sudah hampir lunyai kertasnya sejak surat ini kuterima selang seminggu kejadian pertengkaran hebat itu berlaku. Terlayar keadaan masa itu. Kuseka airmata yang mengalir membasahi pipi. Puas kuseka agar berhenti tetapi tetap tidak berhenti. Menyesal dengan tindakan sendiri. Lebih-lebih lagi setelah mendapat khabar dari Fizi bahawa Mei Mei akan berpindah sekolah di bandar.

Aku terus berlari laju menuju ke rumah Mei Mei. Kelibat Mei Mei telah tiada. Penyesalan di hati datang bertubi-tubi. Ternyata pertengkaran hebat itu adalah titik terakhir aku melihat wajah Mei Mei. Wajah sedih itu sungguh membebankan dan menyeksa jiwa ragaku sampai ke saat ini. Debar di hati turut berirama sumbang selepas ketiadaan Mei Mei. Jiwaku menjadi kosong. Benarlah kata orang, kita akan lebih menghargai mereka yang telah tiada di hadapan mata. Aku semakin sedar dan yakin tentang satu perkara.

Aku juga sayangkan dan cintakan Mei Mei yang cantik! Mei Mei, kembalilah...

Hatiku mula berlagu pilu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience