Bab 9

Romance Series 2756

Myvi merah jambu itu semakin dihampiri. Dalam hujan, kelihatan seorang gadis sedang terbongkok memeriksa enjin kereta. Mail berhenti di bahu jalan. Hendak menolong takut disalah erti. Tak tolong, mana sifat perikemanusiaan itu? Akhirnya Mail keluar dari dalam kereta.

"Assalamualaikum. Boleh saya tolong?". Aku cuba berbahasa. Pandangan gadis itu beralih ke arahku. Mila! Hanya gerak bibir dan anggukan terlihat sebagai jawapan salam dan pertanyaanku.

Payung di tangan kuhulur kepadanya. Baju kurung kapas yang berlatar warna putih dengan bunga-bunga kecil sedikit menarik perhatian apabila basah. Terbias sedikit warna kulitnya. Automatik naluri kelelakian itu terbit. Deheman kecil keluar bagi mengawal resah. Segera kusarungkan jaket kulit yang kupakai ke tubuhnya. Debar di dada lain macam saja rentaknya saat jaket kulit ini singgah di bahunya. Mujur saja tudung yang dipakai agak labuh menutupi bahagian yang sepatutnya.

" Terima kasih," Mila tersenyum malu atas keprihatinanku. Segera aku meninjau masalah keretanya. Berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Kejantananku hampir terunggah dek senyumannya!

"Saya sebenarnya tak tahu sangat perihal kereta ni tapi rasanya bateri kereta awak bermasalah sekarang. Nak ganti, kena beli dulu. Nak saya hantarkan ke kedai?". Aku berbasa-basi menutup resah yang kian melanda. Mila angguk.

"Saya minta tolong dengan awak ya. Telefon saya habis cas. Tak tahu nak hubung siapa dalam keadaan macam ni. Cuma nombor papa yang saya ingat,".

" Baiklah, saya hantar awak ke kedai. Saya pun dalam perjalanan ke restoran. Saya turunkan awak berhampiran kedai di pekan nanti,".

"Boleh tunggu sekejap? Saya nak ambil barang-barang saya dulu,". Aku cuma mengangguk berlalu menuju ke kereta.

Suasana sepi tercipta dalam kereta. Kadar kelajuan sengaja kuperlahankan dalam cuaca hujan lebat ini. Bukan sengaja mencari peluang pula. Jalan licin, kita harus berhati-hati. Jaga keselamatan, sayangi nyawa anda. Ha, dalam kereta ni bukan aku je bernyawa. Tu yang duduk bagai puteri di belakang sana pun bernyawa juga. Aku tersengih.

" Ada yang lucu ke?,". Mila bersuara setelah lama menyepi. Aku malu sendiri lantas berdehem. Control macho beb!

" Emm tak ada apa-apa. Banyak buku awak, baru beli ke?". Mila tertawa.

"Tak adalah. Ni semua buku pelajar saya yang perlu disemak,".

" Oh, awak mengajar di mana?".

"Awak nak tahu ni ada apa-apa ke?" soalan berjawab soalan. Padan muka kau, Mail. Sibuk lagi hal orang. Tanyalah, confirm dapat soalan lagi.

"Salah ke saya bertanya?".

" Saya ada kata salah awak bertanya?". Kan dah cakap! Baik kau diam-diam je Mail. Tumpukan pemanduan tu.

Mila diam bila aku mula membisu. Hilang bahan cerita berjumpa dengan cikgu seorang ni. Kereta aku belok ke kanan menuju pekan yang dituju. Kubiarkan Mila a.k.a Cikgu Mila a.k.a Minah Banyak Soal menceritakan masalah kereta yang dihadapinya dengan tauke jual part kereta tu. Dan betul tekaan aku, masalah bateri kereta sahaja. Dua tahun tak ganti memang la weak battery makcik oii. Sempat aku mengutuk dalam hati. Sedang aku tersengih, pandangan mata Mila menikam wajah. Kupandang hairan tika dia menadah tangan.

"Nak apa?" aku menyoal pantas.

"Pinjam telefon awak. Saya nak call papa,".

Aku mula garu kepala tidak gatal. Berbelah bahagi perasaanku. Antara kasihan dan malu. Kasihan dengan orang yang dilanda masalah di depan mata tapi takkan aku nak bagi pinjam telefon antik aku ni?

"Err, maaf. Telefon saya tertinggal di rumah," pembohongan berlaku. Mila kelihatan hampa lantas berpaling ke belakang. Sekejapan cuma, telefon bimbit warisan arwah ayah menjerit nyaring. Mila berpaling mengecilkan mata dan aku cuma mampu menyengih salah.

Fizi, kau call tepat pada masanya. Terima kasih bro!

Perasaan malu tahap gaban ini cuba kuusir jauh dengan sengihan panjang. Perlahan telefon bimbit ini kutayang di hadapan Mila. Jelingan Mila membantutkan langkah. Dengan hati yang berat kuhulur jua telefon bimbit antik ini.

Mila sengih lambat menyambut huluran telefon ini. Entah apa makna di sebalik senyumannya itu. Mengejek atau geli? Aku tertunduk. Berat kepala untuk mendongak lagi.

"Ni telefon awak atau awak pinjam dengan orang lain?" aku panggung kepala saat mendengar bicara Mila. Pandangan mata kusorot lari ke arah tangannya yang menggenggam kemas telefon bimbit itu.

"Awak ejek saya ke?".

"Maaf kalau awak tersalah tafsir tapi saya hanya inginkan kepastian sahaja,".

Aku hanya membiarkan soalan itu berlalu pergi. Entah kenapa hatiku tersentuh. Tahu telefon aku tu murah. Telefon jenama Nokia 3310. Skrin makin pudar, badan telefon pula penuh dengan getah sayur. Tapi takkan kerana telefon warisan arwah ayah itu aku pula jadi bahan ejekan? Emosiku lantas berubah 360 darjah.

"Kalau tak jadi guna, saya nak balik telefon saya. Nak cepat ke restoran. Ada urusan," alasan sarkastik aku cipta.

Mila tunduk menghulur kembali telefon bimbit Mail. Telefon bertukar tangan, Mail terus berlalu pergi. Maaf Mail, saya tak sengaja lukakan hati awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience