Bab 6

Romance Series 2754

Hampir seminggu dan hari ini dia datang lagi. Cuma hari ini dia datang bersama temannya. Sebelum duduk, sempat dia melemparkan senyum padaku. Berdebar hati ini jadinya. Cepat saja aku melarikan pandangan ke pintu masuk restoran. Terbit figura Fizi menayangkan sekeping kertas di tangan.

" Nah, atur perlahan-lahan bos, " Fizi bersuara nakal. Kening kunaikkan. Tidak faham maksud Fizi.

" Apa ni?".

" Nombor telefon Mei Mei,".

" Oh, " ujarku selamba. Pelipis mata kuurut perlahan. Fizi menarik tanganku ke meja berdekatan kaunter. Diarahnya aku duduk.

" Eh, Mail! Hari tu kau juga minta tolong dengan aku dapatkan nombor telefon Mei Mei. Aku dah bagi, oh je jawapan kau? Baik punya kawan, " Fizi memprotes.

"Emm yala. Terima kasih, Fizi ".

" Sama-sama. Sebagai imbalan atas kesusahan aku tu, apa kata kau belanja aku makan hari ni?" Fizi menaik-naikkan keningnya. Aku menggeleng perlahan. Bankrup bos macam ni. Hari-hari kawan datang minta belanja. Tapi Fizi bukan begitu. Mulutnya saja berkata suka hati tapi sebelum keluar duit tetap dikeluarkan untuk membayar makanan. Dah ini jadi salah satu punca rezeki aku. Aku sempat tersengih.

" Tersengih-sengih macam kerang busuk! Dah, malas aku nak layan kau. Aku ambil makanan ya,". Aku angguk juga akhirnya. Perhatian mata kutala ke arah dia lagi. Pandangan mata kami bertembung. Segera aku anggukkan kepala dan tersenyum. Dia juga begitu sebelum aku tertunduk segan.

Fizi menoleh sekilas melihat gerangan yang berjaya membuatku berubah riak lalu dia turut tersenyum apabila dia menoleh ke arahku.

" Kau suka Mila ke?" sempat lagi Fizi menyoal dengan mulut penuh itu. Aku tertawa perlahan.

" Jangan merepek, Fizi,".

" Tak ada masalah kalau kau berkenan dengan dia. Aku bagi kau nombor telefon dia. Nak?". Aku menggeleng. Ada saja modal Fizi ingin mengenakanku.

" Tapi kalau kau dengan dia, Mei Mei macamna?". Pantas aku mengangkat muka. Fizi yang menghentikan suapan menanti jawapanku dengan sabar.

" Apa khabar kawan-kawan kita?" aku mengalih tajuk. Fizi menaikkan jari. Simbol okey itu menunjukkan yang kawan-kawan aku tak mempunyai sebarang masalah.

" Bila kau nak beli telefon baru ni? Tu, telefon 'batu gosok' model baru ka? Skrin hidup segan mati tak mahu, dengan getah keliling menahan bateri kembung semacam pula tu. Menyeramkan aku tengok,".

" Telefon ni peninggalan arwah ayah aku. Aku sayang sangat dengan telefon ni,".

" Tahu tapi tak sesuai dah kau gunakan Mail. Telefon mak kau lagi canggih aku tengok. Tak boleh macam ni, kau tu bukan setakat bos tapi big boss tau tak?," Fizi sedikit kesal dengan pendirianku yang satu ini. Selagi boleh pakai, guna saja la. Apa mau bazir duit beli telefon canggih? Sama juga telefon. Tak kira apa jenama apa bentuk. Fungsinya sama, untuk berhubung!

" Nantilah, bila telefon ni dah tak berfungsi baru aku beli baru. Aku tak nak membazir. Mei Mei dah pesan awal," aku senyum dalam berkata.

" Jadi kau pilih siapa? Mei Mei atau Mila?".

Soalan Fizi aku biarkan sepi tanpa jawapan. Yang pasti, detak rindu ini hanya untuk dia. Kehadirannya kunanti dan aku akan terus menanti. Bilakah penantian ini akan berakhir? Aku juga tak punya jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience