Bab 2

Romance Series 2756

" Mail, ". Aku menoleh sekilas.

" Saya Mei Mei yang cantik mau buat pengakuan,".

" Emm, apa? Cakaplah! Aku nak pergi tolong mak aku berniaga ni,".

Angin petang ini menjadi saksi kebisuan Mei Mei buat seketika. Hujung kakiku menguis-nguis pasir di hujung selipar. Berduaan di pondok kecil tempat permainan kami ini membuatkan aku sedikit kekok. Lebih-lebih lagi umur masing-masing telah menginjak angka 15 tahun. Sahabat yang lain semuanya bersekolah di sekolah berasrama penuh. Aku juga dapat tawaran yang sama cuma aku sedikit risau membiarkan mak tinggal berseorangan di kampung selepas ayah meninggal dunia empat tahun lepas, lalu kutolak sahaja tawaran itu demi emak tersayang.

" Mei Mei sayang Mail, ".

" Aku tau tu, aku pun sayang kau juga. Macam kawan-kawan yang lain,".

" Mei Mei mahu jadi kesayangan Mail," ujarnya tersipu malu.

Aku diam mendengar kenyataan itu. Mei Mei kupandang tak berkelip. Cuba menghadam sebaik mungkin ayat yang baru saja kudengar tadi. Sebaik saja tercerna dalam fikiranku, aku ketawa terbahak-bahak.

" Eh, Mei Mei! Kita ni kawan. Umur pun masih muda. Belajar tak habis lagi. Kau dah gila, ke?".

" Mei Mei yang cantik ini gila sama Mail,".

" Eleh, cantiklah sangat. Dah lah, kau ni buang masa aku saja dengar cakap bohong kau ni," aku mencebik.

" Mail, saya cakap yang benar. Mama saya pesan kita tidak boleh cakap bohong. Nanti Tuhan marah,".

" Kau ingat aku percaya dengan apa yang baru saja aku dengar tadi?". Mei Mei tunduk. Malas menunggu jawapan, aku terus meninggalkan Mei Mei. Sayup-sayup kudengar Mei Mei bersuara lirih memanggil namaku. Namun langkah kaki ini tetap kuteruskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience