Bab 4

Romance Series 2756

Dari kejauhan kulihat emak terangguk-angguk dan mulutnya petah saja berkata-kata sebelum turun dari kereta Myvi berwarna merah jambu itu. Entah apa yang dibicarakan sehingga emak tersenyum sahaja biarpun kereta itu berlalu pergi. Langkah demi langkah diatur mendekati rumah pusaka arwah ayah. Pantas aku menghampiri emak mengambil alih beg kertas dari tangannya. Mesra alam betul mak sekarang.

" Dari mana saja mak ni? Lama benar mak keluar. Bersendirian pula tu mak. Nanti ada apa-apa, macamna?".

" Mak dari rumah Mak Esah kamu tu. Anak dia, abang si Fizi tu nak berkahwin tapi dia tak mahu. Jauh sampai kena seberang laut bagai ".

" Tak pernah pula Fizi cerita dengan Mail, mak. Siapa gadis malang tu? ". Aku ketawa bila emak menjegilkan mata. Emak memang tak suka aku merendah-rendahkan orang. Tangan ku angkat memohon maaf. Kepalaku ditarik lalu diletak atas riba emak.

" Jangan macam tu, Mail. Mak tak ajar kau untuk memburuk-burukkan orang. Fizi tu kawan baik Mail. Jangan cakap bakal isteri abang dia gadis malang. Kena dek muka sendiri, hah padan muka" . Aku tersengih. Kutarik tangan emak lalu kucium mesra.

" Mail minta maaf, mak. Mail saja ingin bergurau dengan mak. Mail cemburu sebenarnya lihat mak nampak ceria bersama orang dalam kereta Myvi tadi tu. Entah siapa gerangan mak sampai tak lekang senyuman mak ni". Emak tiba-tiba ketawa. Segera aku bangun dari riba. Aik, mak ni dah kenapa? Dengar suara ketawa tu buat hati seram.

" Dia nak ambil mak dari Mail. Mail izinkan tak?". Sudah, emak mula menduga! Aku pantas menggeleng.

" Tak boleh ke? Alaaa, mak bosan sendiri di rumah bila Mail ke restoran ke ladang ternak Mail tu. Boleh la ya? Sekurang-kurangnya ada juga teman mak berbicara ".

" Kan Mail ada ni, mak. Mak bercakap saja dengan Mail. Kalau mak kata bosan sendiri di rumah, Mail boleh temankan mak. Restoran tu, biar Ijat saja yang atur. Ladang ternak tu, Mail minta bantuan Abang Salleh dan Zul yang jaga. Sekali-sekala Mail turun padang. Tu pun Mail ajak mak sekali ,".

" Mail cemburu?" emak dalam senyumnya menyoal. Aku diam tak berkutik.

" Dah, bawa masuk beg kertas mak tu ke dalam. Kalau kau tak setuju, nanti mak bagitau sendiri dekat dia. Bila dia tanya apa sebabnya, mak jawab sebab anak mak ni cemburu. Tak nak berkongsi kasih, " ujar mak lalu berlalu ke dalam rumah.

" Ai mak, takkan merajuk pula? ". Lenggang emak berterusan menuju ke bilik dan dumm. Sah emak merajuk!


* * * * *

Rajuk emak berterusan. Makanan yang terhidang di atas meja tidak berusik. Bayang juga tidak kelihatan. Aku rasa bersalah. Kalau mak kahwin lagi, aku bagaimana? Mesti bapa tiri aku bawa mak balik rumah dia. Tinggal aku sendiri dalam rumah ni. Handsome sangat ke lelaki pilihan mak ni? Dia tu baik ke? Nanti dia dera mak fizikal dan mental macamna? Aduh, naik pusing aku jadinya!

" Mak, keluarlah. Mari kita makan sama-sama,".

" Mak..." pintu bilik kuketuk lagi.

" Mak, marilah mak. Okey, kita bincang lepas makan. Jom, kita makan ya,".

" Mak kenyang lagi, makanlah dulu". Inilah emak. Sejak akhir-akhir ni kuat benar rajuknya. Lelaki mana yang ajar emak merajuk ni?

" Siapa dia mak? ". Aku cuba berdiplomasi.

" Siapa dia apa Mail? " sahut emak dari dalam bilik.

" Siapa lagi mak? Dialah yang ingin rampas mak dari Mail tu, ".

" Oh, hahahahahaha, " emak mula ketawa.

" Mail setuju ka? Mail boleh terima jika Mail akan berkongsi kasih?". Wajah emak tersembul di muka pintu. Aku diam menatap seraut wajah yang kukasihi. Wajah penuh pengharapan. Setia menanti jawapan dariku.

" Kita makan dulu, baru bincang hal ni. Jom, ".

Pintu bilik emak bertaut kembali. Wanita kesayangan merajuk lagi. Rambut kukuak ke belakang. Inilah padahnya bila tak pandai memujuk!

" Mak, Mail minta maaf. Mail tak sepatutnya halang kebahagiaan mak. Mail setuju dengan keputusan mak. Mail rela berkongsi kasih asal mak bahagia, ". Biarpun sedih dengan keputusan yang baru kubuat namun aku rela kerana seorang insan istimewa ini.

" Mail sayangkan mak. Mail redha atas segala-galanya. Mail ingin mak bahagia. Tapi sebelum tu, mari ma..".

" Mari makan Mail. Tiba-tiba mak lapar pula, ". Tak habis cakap emak sudah mengajak makan bersama senyum simpulnya yang memberi makna. Gembirakah emak dengan keputusanku? Dan benarkah aku akan mengotakan kata? Aku mengeluh perlahan.

" Jangan mengeluh depan rezeki. Tak baik. Lepas makan kita bincang. Kan Mail dah setuju tadi, ". Mak kenyit mata suka.

Emmmmmm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience