BAB 4

Romance Completed 28958

Ifti sudah dua kali memeriksa begnya namun dompet kesayangannya masih tidak kelihatan. Aduh! masalah betullah!. Rungutnya dalam hati.

“Ada duit ke nak bayar ini dik?” soal pemandu teksi yang sudah mula tidak senang duduk.

“Kejap pakcik,” jawab Ifti sambil menumpahkan segala isi begnya di tepi jalan raya.

“Lain kali kalau takde duit jangan nak susahkan orang lain!” marah pemandu teksi tersebut.I fti mengetap bibir. Baru sahaja dia ingin menjawab tiba-tiba datang seorang pemuda lalu menghulurkan wang kepada pemandu teksi tersebut.

“Terima kasih, lain kali jangan menyusahkan aku!” kata pemandu itu sebelum memecut teksinya berlalu.

“Ek eleh, macamlah aku selalu susahkan pakcik ini,” balas Ifti sambil memandang teksi yang semakin jauh. Dia memandang lelaki itu semula. Lelaki itu sudah jauh melangkah di depannya.

‘Awak! kejap,” dengan pantas Ifti memasukkan semula barang-barangnya ke dalam beg sebelum mengejar langkah lelaki yang baik hati itu.

“Awak!” Ifti menahan lelaki itu dengan berdiri di depannya. Langkah Hariz terhenti. Dia hanya memandang gadis yang sedang termengah-mengah itu. Ifti agak terkedu apabila memandang wajah lelaki itu. Erk?!

“Saya…aku…akan bayar esok hutang aku. Thanks!” Ifti mengetap bibir. Dadanya berdebar hebat. Dia tunduk memandang kasut. Hariz berlalu tanpa berkata apa-apa. Ifti mengangkat wajah semula.

“Mamat ini bukan…,” Ifti mendengus perlahan apabila melihat Hariz menghampiri kumpulan mamat sewel. Oh my!

Farhan hanya mengikut langkah gadis itu dari belakang. Ifti beralih dari satu rak ke rak yang lain .Sampai di salah sebuah rak yang agak tersorok, dia berhenti melangkah. Rasa tak sedap hati pula. Dia berpaling perlahan ke belakang. Farhan sedang berpeluk tubuh memandangnya.

“Kau nak apa?” bisiknya perlahan geram. Nasib baik dalam perpustakaan.

“Nak awak,” jawab Farhan dengan senyuman nakal. Lesung pipit kecil di pipi kirinya jelas kelihatan.

“Hei mamat sewel! pandai pula kau menggatal ek. Kau jangan nak buat drama kat sini pula,” marah Ifti sambil melangkah ingin berlalu namun dihalang oleh Farhan.

“Tepilah!” Ifti semakin geram apatah lagi melihat senyuman lelaki itu. Hisy! lama-lama kat sini boleh ‘ter’ dengan mamat ini.

“Awak suka tak hadiah itu?” soal Farhan lembut. Ifti membalas pandangan lelaki itu. Hadiah?

“Sekejap, oh my! So semua hadiah yang muncul tiba-tiba itu dari kau ke?” Ifti tergelak kecil.

“Awak tak suka ke?” soal Farhan tanpa mengendahkan senyuman sinis Ifti.

“Yes! untuk pengetahuan kau, aku dah sedekahkan semua hadiah itu dengan orang lain. Dah aku tak tahu siapa pengirimnya. Bila dah tahu ini, aku lagilah tak suka dan tak ingin. So, tak payahlah nak susah payah bagi aku hadiah,” kata Ifti kasar sebelum melanggar bahu lelaki itu untuk berlalu. Farhan bersandar perlahan pada rak di belakangnya. Dia memang tidak menyangka reaksi sebegitu yang akan diterimanya daripada gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience