BAB 8

Romance Completed 28958

Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas. Sudah hampir sebulan aku dan Hariz rupanya semakin rapat. Aku tak tahu, tapi yang pasti aku suka dengan lelaki itu. Erm…pada masa yang sama, aku juga sangat tertekan dengan mamat yang seorang lagi ini. Aku tertekan sebab mamat ini dah terlampau sayangkan aku. Banyaklah benda yang dibuatnya buat aku semakin hari semakin meluat dan benci. Aku tak suka jadi perhatian disebabkan mamat ini! Aku rimaslah! Tak suka!

“Ifti,” sapa satu suara. Ifti tersenyum memandang lelaki yang baru sahaja duduk di sisinya itu.

“Hai, takde kelas ke?” soalnya. Hariz menggeleng perlahan.

“Fikirkan apa?”

“Takde apa.” Suasana sepi seketika.

“Saya pernah jatuh cinta dengan seorang gadis suatu ketika dulu,” kata Hariz perlahan.

“Apa yang berlaku,” tanya Ifti agak berdebar.

“Tak tahulah. Nak kata kami dah berpisah tak juga. Dia ke luar negara ikut family.” Ifti terdiam.

“Awak masih sayangkan dia?”

“Dia dah janji akan kembali. Dan saya akan tunggu dia. Banyak persoalan yang perlukan jawapan. Saya dah lama give up kalau saya tak sayangkan dia Ifti.” Ifti menarik nafas perlahan. Terasa sakit pula hatinya mendengar pengakuan jujur lelaki itu.

“Kalau dia tak kembali lagi awak masih nak tunggu ke?” soalnya tidak berpuas hati. Hariz tersenyum.

“Dia tak akan mungkir janji,”

“Awak ini baik sangat,” kata Ifti sambil tersenyum sinis.

“Mungkin awak betul.” Ifti mengetap bibir.

“Siapa gadis bertuah itu?” soalnya tetap ingin tahu walaupun terasa hatinya sudah lama berkecai.

“Ilyana Rasya.” Ifti terkedu. Terasa rohnya bercerai dari badan saat mendengar sebaris nama itu. Aku tak salah dengar ke?

Janet mengusap lembut bahu gadis yang sedang menangis teresak itu.

“Dahlah Ifti,”

“Aku tak boleh Jan. Air mata aku ini degil nak keluar! Aku…aku…,” Ifti tunduk meraup wajahnya. Janet menarik nafas perlahan.

“Aku faham perasaan kau. Anggap ajelah kau dan dia takde jodoh,”

“Senangnya nak cakap Jan. Aku dah mula sayangkan dia Jan. Tapi kenapa mesti dia? Kenapa mesti orang yang sama? Kenapa Jan?!” Janet mengetap bibir. Hilang kata-kata untuk menjawab.

“Sabarlah Ifti.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience