BAB 11

Romance Completed 28958

Ilyana memandang sahaja Ifti yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

“Ifti.” Langkah Ifti terhenti. Dia berpaling memandang gadis itu.

“Ifti penat ini. Nantilah kita cerita,” balasnya sambil mula melangkah semula.

“Kenapa Ifti tak beritahu yang Hariz satu kolej dengan Ifti?” Langkah Ifti terhenti semula.

“Baguslah kalau kau dah tahu,” jawabnya tanpa memandang wajah gadis itu.

“Itu aje? Kenapa tak beritahu awal-awal? Kalau tak boleh juga aku daftar satu kolej dengan kau. Kau dah kenapa Ifti? Kalau Hariz tak datang jumpa aku hari ini, sampai bila-bila pun aku takkan tahu!” Ifti mengetap bibir.

“Dah tahu buat apa nak bising lagi. Aku penatlah!” balasnya geram. Dia melangkah semula.

“Tunggu! aku tak habis lagi. Aku nak beri amaran pada kau Ifti. Jangan sesekali ingat nak ambil Hariz daripada aku!” kata Ilyana keras. Ifti berpaling ingin menjawab namun Ilyana sudah berlalu keluar dari rumah. Dia hanya mampu mengeluh perlahan.

Janet menarik lengan Ifti menghampiri gelanggang bola keranjang.

“Tengok siapa yang sedang bermain. Hari ini kolej kita hantar wakil untuk berentap dengan kolej GNC. And wakil bagi kolej kita adalah Farhan dan kawan-kawannya,” beritahu Janet teruja. Ifti hanya membisu. Pandangan matanya tertumpu pada seseorang yang sedang ligat bermain. Setengah jam berlalu, akhirnya kolej GNC berjaya dikalahkan.

“Yeah!!” teriak Janet gembira. Beberapa gadis menjerit riang apabila kumpulan Farhan keluar dari gelanggang.

“Aku balik dulu,” Ifti cepat-cepat ingin beredar apabila perasan lelaki itu sedang memandangnya.

“Ifti!” Hariz lebih pantas menahan. Dia menarik lengan gadis itu lembut. Ifti kaku sejenak. Apatah lagi apabila terasa jemari kanannya digenggam erat. Dia berpaling. Tengku Farhan sedang menggenggam erat jemarinya! Gelanggang yang sebentar tadi bingit tiba-tiba senyap seperti diserang garuda. Semua mata memandang ke arah tiga orang insan itu. Hariz dan Farhan saling berbalas pandang.

“Ifti, I love you,” ucap Hariz tenang namun pandangannya terarah pada Farhan. Farhan semakin menggengam erat jemari Ifti tanpa berkata apa-apa. Ifti yang berada di tengah seperti ingi menangis. Dia menarik kedua-dua tangannya serentak.

“Enough, please,” katanya hampir tidak kedengaran sebelum berlalu pantas. Hariz dan Farhan tidak menahan. Kedua-duanya masih saling berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience