BAB 9

Romance Completed 28958

Ifti melangkah perlahan masuk ke dalam kelas. Melihat mejanya kosong tanpa sebarang benda, membuat hatinya sayu seketika.

“Nampaknya dia dah mengalah Ifti.” Ifti berpaling memandang Janet yang sedang tersenyum.

“Kau okay ke? kenapa tak rehat aje kat rumah?” soal Janet sambil menyentuh dahi sahabatnya itu. Ifti menggeleng perlahan. Dia duduk di kerusinya. Kenapa tiba-tiba pula aku rasa ada yang tak kena ini. Ifti memasukkan tangan kananya dalam laci. Kosong! Dia mengeluh perlahan. Janet memerhatikan sahaja telatah rakannya itu. Erm…, aku dah agak. Bisiknya dalam hati sambil tersenyum. Ifti berpaling memandang ke luar jendela. Lama dia memandang taman kecil itu. Selalunya lelaki itu akan berdiri di taman tersebut memerhatikannya. Dia mendengus perlahan. Otak aku memang bermasalah agaknya.

Sudah hampir seminggu aku cuba menghindarkan diri daripada Hariz. Selagi ada peluang aku akan cuba mengelak dari bertembung dengan lelaki itu. Aku tak mampu berdepan dengan lelaki itu. Dan aku tak pasti patut atau tak aku beritahu Ilyana mengenai lelaki itu. Aku tahu Ilyana sedang mencari lelaki itu. Dan lelaki itu masih menanti tanpa mengetahui orang yang sudah lama dinantinya itu telah pun kembali. Ifti mengeluh perlahan. Langkahnya terhenti apabila terpandangkan seseorang. Langkah Farhan turut terhenti. Namun sekejap sahaja dia menyambung semula langkahnya tanpa menghiraukan Ifti. Ifti mengeluh sekali lagi.

“Awak!” Langkah Farhan terhenti sekali lagi namun tidak pula berpaling memandang Ifti.

“Saya dah tak ganggu awak,” kata Farhan perlahan.

“I’m sorry,” ucap Ifti hampir tidak kedengaran. Farhan menyambung langkahnya semula.

“Awak sekejap!” Farhan tetap melangkah tanpa menghiraukan gadis itu. Ifti mengetap bibir. Mahu sahaja dia menjerit memanggil lelaki itu namun sedar ramai mata yang memandang dia akhirnya mengalah. Memang patut pun dia diperlakukan sedemikian. Dia tidak pernah menghargai kehadiran lelaki itu.

“Ifti tunggu!” Hariz menarik lengan gadis itu. Ifti menepis kasar.

“Nak apa?”

“Ifti, Riz ada buat silap ke? Kenapa Ifti jauhkan diri daripada Riz? kenapa selalu mengelak daripada Riz?” soal Hariz bertalu. Wajah yang selalu kelihatan tenang itu sangat jauh berbeza saat dilanda keresahan. Ifti menarik nafas perlahan.

“Riz, saya dan awak tak boleh jadi kawan. Anggap ajelah kita tak pernah kenal. Yang pasti saya tak nak jumpa atau terserempak dengan awak lagi,” katanya tegas sebelum melangkah.

“Wait! Riz tak faham,” Hariz menarik lengan gadis itu lagi.

“Tak faham bahasa ke? nak saya cakap bahasa apa baru nak faham?!” Ifti mula naik angin.

“You selfish Ifti!” balas Hariz sambil memandang tajam wajah gadis itu.

“Awak bukan Ifti yang saya kenal,” sambungnya lagi. Ifti menarik lengannya semula.

“Ifti yang awak kenal itu otaknya tak betul. So please, saya tak nak tengok muka awak lagi,” jawabnya sambil melangkah semula.

“Awak macam ini sebab Ilyana Rasya kan.” Langkah Ifti terhenti.

“Riz dah lama tahu siapa sebenarnya Ilyana Rasya. Ifti mungkin dah lupa, hari itu Ifti tertinggalkan dompet Ifti dalam kereta Riz. Riz tahu Ifti dan Ilyana adalah pasangan kembar tapi tak seiras.” Ifti berpaling memandang lelaki itu.

“Kalau dah tahu baguslah. Tak payah saya nak terangkan lagi. Dan untuk pengetahuan awak, Ilyana Rasya dah hampir dua bulan kembali kat Malaysia. Anytime kalau awak nak jumpa dengan dia, just ask me.” Usai berkata Ifti terus berlalu. Lagi lama dia dengan lelaki itu, boleh berderai air matanya semula. Hariz meraup wajahnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience